Antara berita paling mengejutkan hari ini, Apple mengumumkan bahawa Honor of Kings: World ciptaan Tencent akan dilancarkan secara global pada 2025. Berita ini didedahkan semasa siaran Apple Event 2024, yang turut mengumumkan barisan iPhone 16.
Bagi mereka yang tidak tahu, Honor of Kings: World ialah judul Open-World RPG berdasarkan francais MOBA popular Honor of Kings yang sudah lama popular di seluruh dunia, dan baru-baru ini dilancarkan di Malaysia.

Dibangunkan oleh TiMi Studio Group dan diterbitkan oleh Tencent Games, game ini asalnya diumumkan pada 2021. Sudah lama dalam pembangunan, game ini berkongsi trailer gamplay terakhir pada Oktober 2023. Sejak itu kita tidak pernah mendengar apa-apa berita langsung pun.
Menurut Tencent, pemain perlu “menguasai pelbagai abiliti hebat semasa menjelajah benua dan memulakan perjalanan.” Daripada deskripsi, game ini akan mempunyai semua ciri-ciri yang selalunya ada dalam RPG tipikal.

Pertama sekali, pemain mempunyai akses kepada pelbagai watak berbeza daripada alam Honor of Kings, masing-masing dengan kebolehan dan gaya permainan unik tersendiri.. Semua aksi yang berlaku akan menggunakan “stamina bar” dan mekanik “penukaran watak” ala-ala Genshin Impact digabungkan dengan sistem pertempuran ala Monster Hunter. Untuk meneroka dunia luas ini, beberapa pilihan traversal diwujudkan seperti glider dan zipline, serta hoverboard.
Walaupun mengikuti struktur game popular lain, TiMi berharap populariti HoK dapat membezakannya daripada pesaing lain.
Walaupun Tencent atau Level Infinite tidak mendedahkan tarikh keluaran tepat untuk Honor of Kings: World, kami pasti akan mendapat berita lanjut tidak lama lagi, memandangkan game ini sudah mempunyai tarikh keluaran anggaran pada 2025.
@gamersantaimy
Discussion about this post