Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Infinix Memulakan Mobile Vlog Awards 2024, Nilai Hadiah Hingga RM43,000!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 6, 2024
in Artikel, Berita, Tempatan
0 0
0
Infinix Memulakan Mobile Vlog Awards 2024, Nilai Hadiah Hingga RM43,000!
Share on FacebookShare on Twitter

Infinix secara rasminya telah memulakan tahun kedua Mobile Vlog Awards (MVA) 2024 di TikTok, pertandingan vlog yang direka untuk memperkasakan pencipta muda di seluruh dunia.

Dengan slogan “Capture Your Own Story” dan tema “Your Story, Your Style,” para peserta dijemput untuk berkongsi vlog unik mereka dengan menggunakan hashtag #InfinixMVA dan menggunakan filter TikTok yang direka secara khas.

Kredit: Infinix

Dengan hadiah menarik bernilai RM43,000, cara-cara untuk sertai MVA 2024 sangat mudah dan boleh diakses oleh semua rakyat Malaysia. Untuk menyertai:

  • Ikuti Infinix Malaysia di TikTok.
  • Cari hashtag #InfinixMVA dan klik “Join this hashtag” untuk mula merakam.

ATAU

  • Cari filter “YourStoryYourStyle” yang dibangunkan khas untuk pertandingan ini dan mulakan rakaman.
  • Muat naik dengan hashtag #InfinixMVA, #YourStoryYourStyle dan #InfinixMY. Pastikan video ditetapkan kepada Public.
Kredit: Infinix

Ganjaran untuk MVA tahun ini amat menarik di mana pemenang Grand Prize “Best Vlogging Award” akan menerima TikTok boost sehingga RM43,000. Selain itu, ada lima anugerah utama seperti Best Creative Award, Best Storytelling Award, Best Film Editing Award, Most Popular Award dan Honorable Judges’ Mention.

Pemenang dalam kategori ini juga akan dianugerahkan smartphone flagship Infinix ZERO, kit alat Creator, dan gelaran “Infinix Vlog Ambassador.” Ini adalah peluang anda untuk mempamerkan kreativiti dan kemahiran di pentas global!

Mobile Vlog Awards 2024 sedang berlangsung secara rasmi sekarang dan akan berlangsung sehingga 30 November, apabila pemenang akan diumumkan.

Pada masa yang sama, Infinix ZERO 40 5G kini boleh didapati di Malaysia pada harga RM1,699 untuk varian 12GB+256GB, yang ditawarkan dalam Violet Garden, Moving Titanium dan Rock Black.

Sempena promosi masa terhad, setiap pembelian akan termasuk VLOG Expert Creator Kit percuma—yang menampilkan Gimbal Stabilizer dan Magnetic Powerbank bernilai RM499—sementara stok masih ada. Anda boleh beli di Infinix Official Store di TikTok Shop dan luar talian melalui Kedai Rasmi Infinix.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: InfinixMobile Vlog Awards 2024
ShareTweetSend
Previous Post

Apple Arcade Menambah 8 Game Baharu, Termasuk Balatro & NBA 2K25

Next Post

Yu-Gi-Oh! World Championship 2024 Tamat, Inilah Para Juara Anda! [YGOWCS2024]

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Webtoon Eleceed Diadaptasi Ke Anime, Akan Datang 2026!
Anime

Webtoon Eleceed Diadaptasi Ke Anime, Akan Datang 2026!

July 1, 2025
Interviu RAIDOU Remastered: Pengarah Yamai Kazuyuki Tidak Tolak Harapan Remaster Atau Game Baru
Temuramah

Interviu RAIDOU Remastered: Pengarah Yamai Kazuyuki Tidak Tolak Harapan Remaster Atau Game Baru

July 1, 2025
Mengapa Beli Nintendo Switch 2 Di Malaysia Adalah Pilihan Lebih Bijak Dari Segi Masa Dan Kos
Nintendo Switch 2

Mengapa Beli Nintendo Switch 2 Di Malaysia Adalah Pilihan Lebih Bijak Dari Segi Masa Dan Kos

July 1, 2025
Next Post
Yu-Gi-Oh! World Championship 2024 Tamat, Inilah Para Juara Anda! [YGOWCS2024]

Yu-Gi-Oh! World Championship 2024 Tamat, Inilah Para Juara Anda! [YGOWCS2024]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd