Selama lebih setahun, banyak laporan mendakwa bahawa Sony akan mengeluarkan versi PlayStation 5 (PS5) yang dinaik taraf, digelar PS5 Pro, pada tahun 2024. Hari ini, nampaknya Sony tanpa sengaja (atau mungkin sengaja) telah mendedahkan rupa PS5 Pro sebelum pengumuman rasmi.

Di media sosial, Sony menjelaskan rancangan mereka sempena Ulang Tahun ke-30 PlayStation. Di sini, sesetengah peminat yang mata tajam melihat imej samar di latar belakang salah satu visual promosi yang kelihatan seperti PS5 Pro.
Secara lebih khusus lagi, visual itu merupakan wallpaper untuk ‘PlayStation 30th Anniversary’ yang mengandungi pelbagai konsol, peranti, dan controller yang dikeluarkan oleh Sony sepanjang sejarah PlayStation. Menurut Wario64, di antara logo PlayStation dan nombor tiga dalam teks 30th Anniversary, di situlah terletaknya PS5 Pro.
As people are pointing out, PS5 Pro design may have been revealed through the PlayStation 30th Anniversary image
— Wario64 (@Wario64) September 5, 2024
PS5 Pro on the left, PS5 on the right https://t.co/oyfSZgs92R pic.twitter.com/kC09hTcmp6
Berkongsi badan yang, perbezaannya adalah konsol baharu itu mempunyai tiga baris di bahagian tengah yang memisahkan unit atas dan unit bawah. Ini sepadan dengan khabar angin dahulu oleh Dealabs.
Pada hujung bulan lepas, Dealabs memuat naik visual pertama PS5 Pro, berdasarkan apa yang mereka lihat di kotak pembungkusan. Namun atas sebab hak cipta, mereka tidak dapat berkongsi gambar. Sebaliknya Dealab menunjukkan lakaran yang menggambarkan rupa reka bentuk PS5 Pro.

Tidak boleh dinafikan, kedua-dua visual oleh PlayStation dan lakaran kasar oleh Dealabs mempunyai penampilan yang sama. Walaupun Sony belum mengesahkan secara rasmi bila PS5 Pro akan dikeluarkan, laporan lain mendakwa bahawa konsol itu mungkin diumumkan dalam masa terdekat.
@gamersantaimy
Discussion about this post