Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Oshi no Ko: Pembunuhan Ruby Dihalang? Dalang Rupanya Orang Rapat (SPOILER)

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 5, 2024
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Oshi no Ko: Pembunuhan Ruby Dihalang? Dalang Rupanya Orang Rapat (SPOILER)
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam bab terakhir Oshi no Ko, seorang individu misteri telah menikam protagonis kita, Hoshino Ruby. Memandangkan bab tersebut berhenti benar-benar di saat kejadian itu berlaku, ramai yang tertanya apa terjadi kepada Ruby? Selepas seminggu menunggu, akhirnya kita mendapat jawapan selepas keluaran bab terbaharu.

New Chapter UP!
(For English Series)

【OSHI NO KO】 Chap 159https://t.co/YLLzNjkKlL

The Days of Diamond Chap 065https://t.co/2HdDjNTiDF pic.twitter.com/lzzsDlsx3W

— MANGA Plus by SHUEISHA (@mangaplus_o) September 4, 2024

AMARAN! SPOILER UNTUK OSHI NO KO BAB 159!!

Di permulaan bab, individu jahat dibongkarkan sebagai Fuyuko Niino yang meluahkan tentang kehebatan Hoshino Ai. Secara tiba-tiba, Ruby melawan semula kerana pisau itu sebenarnya tidak pernah menembusi tubuhnya. Beberapa saat kemudian, Saito Ichigo tiba untuk membantu Ruby lalu menahan Niino ke lantai. Ichigo penuh dengan kekesalan kerana gagal melindungi Ai sebagai pengurusnya, mengambil keputusan supaya perkara yang sama tidak berulang.

Kredit: Shueisha

Rupanya, Ruby tidak pernah ada di rumah, dan yang menyamar sebagai dirinya ialah Kurokawa Akane yang memakai jaket kalis pisau. Ruby sebenar pula sekarang berada di lokasi konsert, sedang bersiap sedia untuk persembahan langsungnya.

Ichigo cuba mendapat tahu mengapa Niino bersungguh-sungguh untuk membalas dendam terhadap Ai. Dia tahu bahawa Niino mempunyai hubungan rapat dengan peminat, dan antara mereka, dia sebenarnya bercinta dengan Sugano Ryosuke (iaitu pembunuh sebenar Ai). Pada mulanya, Ryosuke merupakan peminat terbesar Niino, tetapi kemudian dia beralih kepada Ai. Menurut Ichigo, Niino tidak dapat menahan kesakitan itu dan ingin membalas dendam.

Kredit: Shueisha

Namun, itu bukan kebenaran. Niino sudah memaafkan Ryosuke, dan mengaku Ai adalah idol terhebat di dunia sehingga hatinya dirampas sepenuhnya oleh Ai. Niino hanya mahu Ai mengekalkan imej sebagai idol terunggul di seluruh dunia.

Tetapi, luahan hatinya dipotong oleh Akane, yang memberitahu bahawa Ai sebenarnya hanya ingin berkawan biasa dengan Niino. Mendengar ayat ini, Niino serta-merta sebak dan menyatakan dia juga menginginkan perkara yang sama.

Kredit: Shueisha

Kembali ke konsert terakhir B-Komachi, semuanya berjalan lancar termasuk persembahan terakhir Arima Kana.

Kredit: Shueisha

Adegan bertukar kepada Kamiki Hikaru dan Hoshino Aqua. Aqua mendedahkan, atas permintaan Ai, dia cuba mencari jalan untuk menyelamatkan ayahnya Hikaru, tetapi, nampaknya sudah terlambat. Aqua menuduh Hikaru Kamiki sebagai pembohong hodoh yang menyebarkan pembohongan tidak terkira banyaknya hanya untuk kepentingan diri sendiri. Sebagai tindak balas, dengan mata hitam berbintang, Hikaru acah tidak tahu tentang tuduhan Aqua.

Kredit: Shueisha

Bab tamat.

Untuk membaca apa yang berlaku, anda boleh pergi ke aplikasi laman web rasmi Manga Plus.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Oshi no Ko
ShareTweetSend
Previous Post

Manga Twin Star Exorcists Tamat Selepas 11 Tahun

Next Post

Reviu ASTRO BOT – Pengembaraan Lagi Epik Bersama Francais PlayStation!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

BrownDust2 Kini Berstatus 18+ di Google Play Store, Kandungan Semakin Eksplisit
Berita

BrownDust2 Kini Berstatus 18+ di Google Play Store, Kandungan Semakin Eksplisit

May 9, 2025
NetEase Umum Spirit Beast Adventure, Sebuah MMORPG Menyerupai Pokemon?
Mobile

NetEase Umum Spirit Beast Adventure, Sebuah MMORPG Menyerupai Pokemon?

May 9, 2025
BIC Festival 2025 Tampilkan Visual Utama, Janjikan Pengalaman Gaming Indie Bertemakan Kosmik
Acara

BIC Festival 2025 Tampilkan Visual Utama, Janjikan Pengalaman Gaming Indie Bertemakan Kosmik

May 9, 2025
Next Post
Reviu ASTRO BOT – Pengembaraan Lagi Epik Bersama Francais PlayStation!

Reviu ASTRO BOT - Pengembaraan Lagi Epik Bersama Francais PlayStation!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd