Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Eksklusif] XD Menjelaskan Kejayaan Sword of Convallaria, RPG Klasik Dengan Naratif Pilihan Pemain!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 4, 2024
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, PC, RPG, Steam, Temuramah, Turn-Based
0 0
0
[Eksklusif] XD Menjelaskan Kejayaan Sword of Convallaria, RPG Klasik Dengan Naratif Pilihan Pemain!
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam sebuah temu bual eksklusif, XD—pasukan di sebalik RPG popular Sword of Convallaria—baru-baru ini berkongsi pandangan mereka tentang kejayaan dan penerimaan game tersebut, falsafah mereka semasa membayangkan reka bentuk game ini dan rancangan pada masa depan.

Voyagers,

Thanks to your support, #SwordofConvallaria has hit 5M downloads! 🎉

Join our [5M Downloads Milestone] event starting soon to claim your well-deserved rewards! 🤩

⏰Event Schedule: 8/9 0:00 – 8/18 23:59 (UTC-4)

Stay tuned! pic.twitter.com/SOmNLsfqne

— Sword of Convallaria (@SwordofConva) August 8, 2024

Hanya seminggu selepas pelancaran, Sword of Convallaria “mencapai 5 juta muat turun di seluruh dunia, yang merupakan pencapaian luar biasa sebagai game baharu,” menurut studio.

Mereka menekankan kepentingan melibatkan pemain, dengan menyatakan bahawa “pemain sedang terlibat secara aktif dengan game, berkongsi pengalaman dan cadangan mereka, yang didengari dan diuruskan oleh pasukan pembangunan.”

Kredit: XD

Salah satu ciri unik tentang game ini ialah pengakhirannya yang pelbagai, terutamanya dalam jalan cerita Spiral of Destinies. Studio, dengan sengaja, menghasilkan pengakhiran tanpa kesimpulan “canon”, kerana mahu “meninggalkan plot yang terbuka dan ditentukan oleh pemain.”

Walau bagaimanapun, pembangun memerhatikan bahawa “pemain lebih tertarik kepada pengakhiran tertentu, di mana kesimpulan ‘Salvation’ merupakan paling digemari” kerana “tahap emosi dan naratifnya yang kompleks.”

Rancangan Global, Aspek Monetization dan Masa Depan

Kredit: XD

Mengenai versi global, XD menyatakan bahawa mereka “akan melaraskan kandungan versi global, bukan hanya mengikut rentak di rantau lain, untuk menyediakan pengalaman kandungan yang lebih sesuai untuk pemain antarabangsa mengikut tabiat gaming mereka.”

Studio juga menjelaskan ketiadaan suara bahasa Inggeris, dengan menjelaskan “mereka membuat keputusan untuk mengekalkan identiti budaya dan seni asal game itu.”

Kredit: XD

Apabila membincangkan tentang ‘class system’, pasukan memberikan info penting tentang dinamik antara Watchers dan Destroyers. Mereka menjelaskan bahawa reka bentuk ini “mencipta kitaran kecil dan besar.”

Kitaran kecil ialah interaksi antara [Breaker], [Defender], dan [Seeker], dan kitaran yang lebih besar termasuk interaksi antara [Destroyer] dan [Watcher].” Pendekatan ini, kata mereka, “mencabar pemain untuk berfikir lebih kritikal tentang taktik mereka dan menyesuaikan diri dengan senario pertempuran yang berbeza.”

Kredit: XD

XD turut menyatakan “pemain boleh mempengaruhi hasil pertempuran melalui strategi pre-battle dan in-battle yang baik,” serta “pemain boleh mendapatkan semua watak, peralatan dan pengumpulan dan sumber dalam game sepenuhnya secara percuma.”

Mereka cipta game ini dalam bentuk agar membolehkan pemain membuat kemajuan yang jauh tanpa membelanjakan wang.

Melihat ke hadapan, Sword of Convallaria akan “mengeluarkan lebih banyak cerita sampingan untuk dinikmati semua orang pada masa hadapan,” yang menunjukkan komitmen mereka untuk mengembangkan kisah naratif permainan berdasarkan maklum balas pemain.

Jika berminat, game ini free-to-play dan boleh dimuat turun di mobile melalui Android dan iOS, serta PC melalui Steam atau laman web rasmi!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: EksklusifSword of Convallaria
ShareTweetSend
Previous Post

Mengapa Kaum ‘Alien’ Otsutsuki Dipilih Sebagai Antagonis Utama Boruto, Bukan Shinobi Biasa?

Next Post

ASUS Malaysia Umum Laptop Vivobook S 15 & Tablet ProArt PZ13, Dikuasakan Snapdragon X Plus

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Daripada Booster Hingga Kad Rare, Inilah Unboxing Magic: The Gathering – FINAL FANTASY Kami!
Unboxing

Daripada Booster Hingga Kad Rare, Inilah Unboxing Magic: The Gathering – FINAL FANTASY Kami!

June 2, 2025
Setiap Pengumuman Besar di Netflix TUDUM 2025!
Movie/siri

Setiap Pengumuman Besar di Netflix TUDUM 2025!

June 1, 2025
Stranger Things 5 Umum Tarikh Keluaran, Akan Tayang Hujung Tahun
Movie/siri

Stranger Things 5 Umum Tarikh Keluaran, Akan Tayang Hujung Tahun

June 1, 2025
Next Post
ASUS Malaysia Umum Laptop Vivobook S 15  & Tablet ProArt PZ13, Dikuasakan Snapdragon X Plus

ASUS Malaysia Umum Laptop Vivobook S 15 & Tablet ProArt PZ13, Dikuasakan Snapdragon X Plus

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd