Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pencipta Naruto, Masashi Kishimoto, Ingin Cipta Manga Baharu?

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 26, 2024
in Anime, Artikel, Berita, Khabar angin, Manga
0 0
0
Pencipta Naruto, Masashi Kishimoto, Ingin Cipta Manga Baharu?
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, Perancis mengadakan sebuah acara Naruto & Boruto istimewa di mana artis Masashi Kishimoto, yang terkenal kerana mencipta Naruto dan menyelia sekuelnya Boruto, mengusik bahawa beliau ingin mencipta manga baharu.

Info ini diberikan oleh @BorutoOricon, yang mempunyai reputasi sebagai pemberi info yang tepat tentang segala hal berkaitan Naruto dan Boruto. Malah, dia juga berada di acara tersebut.

Kishimoto just teased a potential new manga.

— Boruto Oricon (@BorutoOricon) August 25, 2024

Kembali ke topik utama, komen Kishimoto tentang manga baharu dibuat semasa acara Naruto & Boruto : Nuit à Konoha untuk mempromosikan Boruto: Two Blue Vortex bersama Mikio Ikemoto, artis semasa untuk siri manga Boruto. Dalam sebuah temu bual, peserta berpeluang bertanya pelbagai soalan kepada mereka. Daripada sesi temu bual ini, muncullah khabar angin bahawa Kishimoto ingin memulakan projek manga baharu.

Kredit: CGREvents

Menurut maklumat, beliau memiliki rasa motivasi baharu selepas menghabiskan masa bersama keluarga dan rakan-rakan. Secara tidak langsung, motivasi ini membuatkan beliau lebih terbuka kepada idea memulakan projek manga baharu. Malangnya, khabar angin tidak menyatakan sama ada manga tersebut adalah sekuel kepada Naruto atau sesuatu yang baharu sepenuhnya atau sekadar gurauan.

Kredit: Shueisha

Berita tentang manga baru Masashi Kishimoto adalah prospek yang menarik bagi peminat, memandangkan dia memiliki pengaruh yang besar dan luas dalam industri manga. Naruto kekal sebagai salah satu siri paling ikonik dan popular di seluruh dunia, jadi apa-apa projek baharu oleh Kishimoto pasti akan menjana minat yang besar.

Walau bagaimanapun, karya Kishimoto sebelum ini, Samurai 8: The Tale of Hachimaru, tidak mencapai tahap kejayaan yang sama seperti Naruto. Siri ini, yang bertujuan untuk menggabungkan fiksyen sains dengan tema samurai tradisional, akhirnya dibatalkan kerana jumlah pembaca dan respon yang rendah.

Kredit: Shueisha

Di penghujung hari, semuanya masih khabar angin dan setiap maklumat diambil daripada media sosial tanpa apa-apa pengesahan. Jika ingin berita rasmi, peminat hanya mampu menunggu jawapan daripada Shueisha atau mana-mana syarikat penerbitan lain.

Tags: mangamasashi kishimotonaruto
ShareTweetSend
Previous Post

“Jujutsu Kaisen Phantom Parade” Versi Global Dibuka Untuk Pradaftar Sekarang!

Next Post

Jujutsu Kaisen: Disangka Mati, Watak Kegemaran Sebenarnya Hidup!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Jujutsu Kaisen: Disangka Mati, Watak Kegemaran Sebenarnya Hidup!

Jujutsu Kaisen: Disangka Mati, Watak Kegemaran Sebenarnya Hidup!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd