Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Final Fantasy XVI Datang Ke PC Pada 17 September!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 20, 2024
in Action, Artikel, Berita, Epic Store, PC, Steam
0 0
0
Final Fantasy XVI Datang Ke PC Pada 17 September!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, SQUARE ENIX mengumumkan bahawa FINAL FANTASY XVI, entri terbaharu dalam francais popular tersebut, akan datang ke platform PC melalui Steam dan Epic Games Store pada 17 September.

Asalnya dilancarkan untuk PlayStation 5 pada 2023, akhirnya pemain PC turut dapat mencuba Final Fantasy XVI. Sempena itu, sebuah trailer baharu telah dimuat naik, yang anda boleh tonton di bawah:

Berbeza daripada entri-entri dahulu, FINAL FANTASY XVI memperkenalkan gameplay yang sepenuhnya aksi di dalam kisah tersendiri yang lebih gelap dan matang.

“Kisah fantasi ini berlaku di alam Valisthea – tanah yang diberkati Mothercrystal, tetapi kini diancam oleh wabak ‘Blight’. Nasib setiap wilayah ditentukan oleh Eikon, makhluk gergasi dan Dominant mereka, lelaki dan wanita yang telah diberkati dengan keupayaan untuk menyeru dan menggunakan Eikon.”

“Ini adalah kisah Clive Rosfield, seorang pahlawan yang diberi gelaran “First Shield of Rosaria” dan bersumpah untuk melindungi adiknya Joshua – Dominant kepada Phoenix, dan Eikon of Fire. Tidak lama kemudian, Clive akan terperangkap dalam tragedi hebat dan bersumpah untuk membalas dendam terhadap Dark Eikon yang dikenali sebagai Ifrit, entiti misteri yang membawa malapetaka ke atasnya.”

Kredit: Square Enix

Bagi mereka yang berminat, anda kini boleh pra-beli FINAL FANTASY XVI Standard Edition, yang termasuk base game, atau Complete Edition, yang juga merangkumi DLC “Echoes of the Fallen” dan “The Rising Tide” pada harga diskaun. Selain itu, pemain juga boleh membeli DLC secara berasingan atau Expansion Pass, yang mempunyai kedua-dua DLC, semasa pelancaran.

Mereka yang pra-beli pada mana-mana platform akan menerima item bonus berikut:

  • Brave Blade Weapon
  • Cait Sith Charm (Gil Boost Accessory)
  • “Sixteen Bells” Orchestrion Roll
Kredit: Square Enix

Bukan itu sahaja, sebuah demo percuma untuk FINAL FANTASY XVI kini tersedia pada Steam dan Epic Games Store. Demo ini termasuk prolog semasa Clive zaman remaja, di mana save data boleh dibawa ke game penuh semasa pelancaran.

Demo menawarkan kandungan lebih dua jam, dan turut menyertakan Mode “Eikonic Challenge”, membolehkan pemain menikmati pertarungan Eikon yang lebih rancak dengan akses kepada lebih banyak abiliti.

Kredit: Square Enix
Tags: Final Fantasy XVIPC
ShareTweetSend
Previous Post

Tinggal 5 Bab Lagi, Manga Jujutsu Kaisen Akan Tamat Pada 30 September

Next Post

Anime Dandadan Mula Tayangan Pada 4 Oktober!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Anime Dandadan Mula Tayangan Pada 4 Oktober!

Anime Dandadan Mula Tayangan Pada 4 Oktober!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd