Hari ini, HoYoverse mengumumkan bahawa Genshin Impact Version 5.0 “Flowers Resplendent on the Sun-Scorched Sojourn,” akan tersedia pada 28 Ogos. Dalam update ini, pemain akan menjejak kaki ke negara utama ke-6 dalam Teyvat bernama Natlan dan bersekutu dengan pahlawan di rantau ini, termasuk Kachina, Kinich, dan Mualani, serta bangsa Saurian.
Berikut ialah trailer rasmi:
Jalan ke Natlan akan dibuka dengan Teleport Waypoint yang boleh diakses oleh semua pemain yang telah menyelesaikan Prologue untuk Archon Quest di Mondstadt.
Dikenali sebagai ‘Nation of Pyro’, Natlan terletak di barat padang pasir Sumeru. Rakyat di negara ini terbahagi kepada enam puak utama. Naga yang wujud di Natlan, lebih dikenali sebagai bangsa Saurian, adalah hasil evolusi yang panjang dan telah berkembang untuk wujud bersama manusia, malah menjadi teman setia mereka. Dalam Version 5.0, pemain akan dapat meneroka tiga daripada enam puak, serta menemui tiga jenis Saurian yang duduk bersama dengan orang tempatan.

Negara Natlan memberi penghormatan kepada pahlawannya di Stadium of the Sacred Flame, di mana juara setiap puak dipilih melalui kejohanan. Di sinilah kisah utama terungkap, ketika pemain, diiringi oleh Kachina, Kinich, dan Mualani, pergi ke Stadium. Untuk memulakan Archon Quest di Natlan, pemain perlu mencapai Adventure Rank 28 dan ke atas, dan telah menyelesaikan semua Archon Quest di Liyue.

Watak-Watak Baharu
Kachina ialah watak Geo 4★ Polearm, yang dapat menyeru Turbo Twirly lalu menaikinya untuk memanjat dinding dan tebing, serta menumbuk tanah untuk melakukan AOE DMG. Dia boleh direkrut secara percuma dengan melengkapkan Act I daripada Archon Quest di Natlan.

Kinich ialah watak Dendro 5★ Claymore yang menggunakan grappling hook supaya dapat mencapai tempat tinggi dengan mudah, atau untuk mendekatkan diri kepada musuh bagi melakukan ‘Loop Shot’ kuat. Rakan istimewanya, Ajaw, juga boleh menyertai pertarungan itu, dengan melepaskan nafas naga terhadap musuh.

Mualani ialah watak Hydro 5★ Catalyst yang boleh memandu Sharky Surfboard miliknya pada kelajuan penuh di permukaan air dan juga di tanah. Dalam pertempuran, apabila Mualani bergerak di atas Sharky Surfboard dan menyerang musuh, dia mengenakan ‘mark’ yang mengaplikasikan Sharky’s Bite, lalu menyebabkan lebih banyak damage selepas beberapa pukulan.

Dalam Event Wishes Versi 5.0, Mualani dan Kachina akan membuat debut pada fasa pertama bersama dengan rerun Kaedehara Kazuha, manakala debut Kinich akan datang dengan Raiden Shogun pada fasa kedua.
Ganjaran Bonus
Memandangkan ulang tahun ke-4 Genshin Impact semakin hampir, pelbagai ganjaran dan bonus akan ditawarkan kepada pemain semasa Version 5.0.
Acara log-in harian khas kembali yang memberi sehingga Intertwined Fate ×10, dan pemain boleh in-game mail untuk menerima Primogem ×1,600, dua gajet eksklusif “Firstborn Firesprite” dan “Kaboom Box,” serta banyak lagi. Sebagai tambahan, pemain juga boleh mendapatkan watak 5★ daripada banner Standard Wish secara percuma.
Genshin Impact Version 5.0 akan tiba pada 28 Ogos di PS5, PS4, PC, Android dan iOS.
@gamersantaimy
Discussion about this post