Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime Klasik ‘Evangelion’ Bakal Tiba Di Goddess Of Victory: Nikke!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 13, 2024
in Android, Anime, Artikel, Berita, Gacha, iOS, Mobile, PC
0 0
0
Anime Klasik ‘Evangelion’ Bakal Tiba Di Goddess Of Victory: Nikke!
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, Level Infinite mengumumkan bahawa game mobile sci-fi RPG shooter popular ‘Goddess Of Victory: Nikke‘ akan menampilkan acara crossover masa terhad dengan siri anime klasik kegemaran ramai, ‘Evangelion‘.

Kolaborasi ini akan berlangsung untuk masa yang terhad bermula 22 Ogos dan menampilkan watak, pakaian dan karya seni daripada Evangelion dalam story event serba baharu di dalam Nikke. Sempena itu, pembangun Shift Up turut memuat naik teaser awal untuk kolaborasi tersebut:

Dalam kolaborasi istimewa ini, watak Evangelion yang popular seperti Asuka, Rei, Mari dan Misato akan ditampilkan dalam dunia Goddess Of Victory: Nikke. Watak-watak baharu ini juga mempunyai senjata dan set kemahiran khas yang membezakan cara-cara setiap seorang dimainkan secara unik.

Setakat sekarang, itu sahaja info yang dilaporkan, tetapi melalui update ini, pemain akhirnya dapat menikmati kandungan eksklusif yang menggabungkan Evangelion ke dalam dunia NIKKE.

【Collaboration Starting Soon】

「GODDESS OF VICTORY: NIKKE」×「EVANGELION」 collaboration begins officially on 8/22! 🎉

The Ark Defense Battle, initiate!
YOU CAN (NOT) EVADE.#NIKKE#NIKKExEVA#TheArkDefenseBattleInitiate pic.twitter.com/XzMiVbxYWc

— GODDESS OF VICTORY: NIKKE (@NIKKE_en) August 13, 2024

Bagi mereka yang tidak tahu, Goddess Of Victory: Nikke berlatarkan masa depan pasca-apokalips di mana Bumi ditawan oleh makhluk asing mekanikal, yang dipanggil Rapture. Manusia yang terselamat melarikan diri ke bawah tanah dan menghasilkan tentera buatan yang dipanggil Nikkes.

Kisah ini mengikuti seorang Commander dan skuad Nikke-nya yang ditugaskan untuk mendapatkan semula Bumi.

Kredit: Shift Up

Percuma untuk dimainkan dan menampilkan sistem gacha, gameplay sistem pertempuran menumpukan pada penukaran watak pantas sambil menembak musuh di posisi statik dalam persekitaran gaya anime.

Apa yang membuatkan game ini popular adalah kehadiran para Nikke yang terdiri daripada gadis-gadis cantik, comel dan seksi, yang boleh diperoleh oleh pemain secara percuma melalui naratif dan acara; atau secara gacha.

Tersedia untuk PC, iOS dan Android, anda boleh memuat turun game ini sekarang. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi di SINI.

Pre-register sekarang!
Goddess of Victory: NIKKE
Publisher: SHIFTUP
Release Date TBC
Android, iOS
NIKKE ialah game third-person shooter mobile yang mengharuskan pemain mengawal salah satu android NIKKE, untuk memerangi Rapture. Pemain perlu menembak ke arah musuh sambil menguruskan jumlah peluru, serangan pihak, dan menggunakan senjata yang sesuai mengikut tugasan/misi.
Tags: EvangelionGoddess of Victory: NIKKE
ShareTweetSend
Previous Post

Steam Umum Promosi Diskaun Untuk Francais Monster Hunter & Persona!

Next Post

‘Black Myth: Wukong Benchmark Tool’ Kini Tersedia Di Steam

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
‘Black Myth: Wukong Benchmark Tool’ Kini Tersedia Di Steam

'Black Myth: Wukong Benchmark Tool' Kini Tersedia Di Steam

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd