Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime Dandadan, Ranma 1/2 Remake, Arcane Season 2 & Banyak Lagi Terbocor Online! Netflix Punca?

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 9, 2024
in Anime, Artikel, Berita, Movie/siri, Netflix
0 0
0
Anime Dandadan, Ranma 1/2 Remake, Arcane Season 2 & Banyak Lagi Terbocor Online! Netflix Punca?
Share on FacebookShare on Twitter

Pada awal minggu ini, sejumlah besar anime, yang bakal ditayangkan tidak lama lagi, telah dibocorkan di internet. Kami menerima info bahawa anime Ranma 1/2 remake, anime Dandadan, musim ketiga Re:ZERO -Starting Life in Another World-, animasi Arcane Season 2, anime Terminator Zero, serta filem Gekijoban Mononoke: Karakasa telah dibocorkan melalui laman web seperti 4chan dan BitTorrent, lalu dikongsikan di media sosial.

Berapa banyak yang dibocorkan? Jawapannya adalah banyak. Selepas menyiasat, berikut adalah senarai projek yang terjejas:

  • 12 episod Ranma 1/2 (MAPPA remake) dibocorkan
  • Enam episod pertama Dandadan dibocorkan
  • Episod pertama untuk musim ketiga Re:ZERO -Starting Life in Another World- dibocorkan
  • 5 episod Arcane Season 2 dibocorkan
  • Keseluruhan episod Terminator Zero dibocorkan
  • Keseluruhan filem anime Gekijoban Mononoke: Karakasa dibocorkan

Mungkin ada yang tanya; “Apa kaitan isu kebocoran ini dengan Netflix?” Menurut beberapa sumber, semua anime dan animasi yang disenaraikan di atas bakal ditayangkan di platform Netflix sama ada selepas tayangan Jepun atau sekaligus.

Baru-baru ini, insiden pencerobohan sekuriti telah berlaku yang melibatkan salah satu rakan kongsi pasca produksi Netflix. Ini mengakibatkan beberapa siri tersebut dibocorkan. Kebocoran-kebocoran ini boleh dilihat secara meluas melalui laman 4chan dan BitTorrent, malah beberapa orang turut memuat naik episod penuh di media sosial dan platform lain.

Boleh dianggap sebagai salah satu insiden kebocoran terbesar dalam sejarah anime, seorang wakil Netflix memberi kenyataan secara eksklusif kepada laman TheWrap, yang berkata:

“Salah satu rakan kongsi pasca produksi kami telah dikompromi dan rakaman daripada beberapa judul kami malangnya telah bocor dalam talian. Pasukan kami kini secara agresif mengambil tindakan untuk membuang semua.”

Ramai peminat anime di seluruh dunia telah menggalakkan satu sama lain untuk mengabaikan kebocoran ini dan sebaliknya menunggu tayangan rasmi yang sepatutnya berlaku dalam beberapa bulan akan datang. Walaupun begitu, ini masih adalah berita sedih untuk para juruanimasi dan kakitangan studio yang bertungkus lumus bekerja di projek masing-masing.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animenetflix
ShareTweetSend
Previous Post

Dragon Ball Umum Game MOBA Untuk PC & Mobile!

Next Post

‘The One Piece’ – Visual Awal Didedahkan Untuk Versi Remake Oleh Wit Studio!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
‘The One Piece’ – Visual Awal Didedahkan Untuk Versi Remake Oleh Wit Studio!

'The One Piece' - Visual Awal Didedahkan Untuk Versi Remake Oleh Wit Studio!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd