Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Apple Raikan Kreativiti Karya Indie Buatan Asia Tenggara Melalui ‘Here’s to the Dreamers’

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 9, 2024
in Artikel, Berita, Industri, iOS, Mobile, Tempatan
0 0
0
Apple Raikan Kreativiti Karya Indie Buatan Asia Tenggara Melalui ‘Here’s to the Dreamers’
Share on FacebookShare on Twitter

Untuk tahun kedua secara berturut-turut, kempen Here’s to the Dreamers kembali untuk memberi penghormatan kepada bakat luar biasa di Asia Tenggara yang berani meninggalkan jejak di dunia dengan visi unik mereka untuk menghasilkan pelbagai medium.

Di seluruh App Store, Apple Music dan aplikasi Apple TV, Apple mempamerkan para kreatif, pembangun dan artis yang telah mencabar norma dengan semangat, kreativiti dan keazaman yang tidak henti-henti, dengan berkongsi kisah kejayaan mereka untuk memberi inspirasi kepada semua orang bagi mula merealisasikan impian mereka sendiri.

Berikut adalah antara kisah mereka:

DreamChaser

Kredit: Apple

Phuc Pham dan Hiep Tran ialah pembangun muda dari Vietnam dan pencipta di sebalik DreamChaser, iaitu game endless runner berseni piksel pertama dalam sejarah Vietnam. Phuc berani keluar dari universiti untuk meneruskan pembangunan game ini secara profesional, dengan bekerja sepenuh masa sambil membangunkan DreamChaser dan menjalankan halaman YouTube-nya, di mana dia berkongsi perjalanan pembangunan game tersebut dengan lebih 30K subscriber.

DreamChaser menceritakan kisah tentang melarikan diri dari tekanan kehidupan bandar untuk kembali ke tempat yang tenang. Ia melambangkan keinginan untuk melepaskan diri daripada kekangan kerja dan menerokai Dinasti Nguyen, lengkap dengan makhluk mitos, pakaian tradisional dan haiwan peliharaan yang sangat comel.

Melancarkan game itu tidak mudah bagi mereka. “Apabila saya memuat naik video tentang DreamChaser ke YouTube, sebilangan besar orang mula bermain. Masa itu juga saya menerima sejumlah besar laporan bug daripada pengguna, “kata Duy. “Saya penuh dengan kegembiraan, keterujaan dan keperitan menguruskan semua bug itu. Tetapi melihat pemain menikmati game kami dan mencipta kandungan sendiri berdasarkan kerja kami adalah sangat memuaskan.”

Kredit: Apple

ThoughtFull Chat

Kredit: Apple

Terpengaruh dengan pengalamannya menjaga orang tersayang yang menghadapi cabaran kesihatan mental, Joan Low dari Singapura meninggalkan kerja banknyauntuk menumpukan dirinya sepenuh masa kepada ThoughtFull Chat.

ThoughtFull Chat ialah aplikasi yang menghubungkan orang ramai dengan sokongan kesihatan mental dalam cara yang mudah, mudah didekati dan boleh diakses. Ia memadankan pengguna dengan profesional kesihatan mental yang paling sesuai untuk terapi berasaskan teks atau video pada bila-bila masa, di mana sahaja.

Joan Low berkata terapi berasaskan teks ThoughtFull Chat adalah yang pertama di Asia yang membuktikan keberkesanan klinikal untuk penambahbaikan semasa dalam tekanan, kebimbangan dan kemurungan. Dia juga berbangga dengan pendekatan komprehensif ThoughtFull Chat, dengan mengatakan ia “bukan hanya menumpukan pada campur tangan krisis tetapi juga pada langkah pencegahan dan kesejahteraan keseluruhan.”

Kredit: Apple

Potion Permit 

Kredit: Apple

MassHive Media ialah studio pembangunan game yang berpangkalan di Indonesia, yang diasaskan oleh duo adik beradik Andika Pradana dan Anggia Lestari.

Awal tahun ini, mereka mengeluarkan Potion Permit, game simulasi yang mengikuti perjalanan seorang ahli kimia di bandar Moonbury yang pelik. Dengan keinginan untuk mencipta sesuatu yang baharu untuk genre simulasi, mereka menghasilkan naratif yang diilhamkan daripada pengalaman teman wanita Pradana ketika itu sebagai doktor. Pradana berkata dia “ingin menunjukkan bahawa hero tidak selalu memakai perisai atau pedang; kadang-kadang, mereka juga menyokong dan menyembuh.”

Pradana dan Lestari mengimbas kembali, “Pada masa itu, tidak banyak program pendidikan tertumpu kepada reka bentuk dan pembangunan game. Kami terpaksa bersaing dengan syarikat yang lebih besar untuk mendapatkan profesional berkemahiran.” Walaupun begitu, mereka berkata mereka telah “mempelajari begitu banyak daripada kegagalan dan kejayaan kami, dan saya percaya itulah yang membuatkan kami terus maju.”

Kredit: Apple

WithU

Kredit: Apple

Tyme Suteesopon dan Sirin (Nanny) Thamakaison mula membangunkan WithU semasa mereka masih di sekolah menengah sebagai projek di bawah organisasi bukan untung Crying Cloud, yang diasaskan oleh Thamakaison dengan tujuan mempromosikan kesihatan mental dalam komuniti Thai, terutamanya di kalangan belia Thailand.

Menyampaikan nilai positif setiap hari, WithU menawarkan petikan yang menyentuh hati dan karya seni indah yang dicipta oleh artis Thai berbakat. Suteesopon menerangkan cara ia mencerahkan hari pengguna dengan setiap pandangan pada skrin mereka, memandangkan WithU meletakkan widget pada skrin utama yang menukar mesej inspirasi setiap 20 minit, untuk memberikan galakan berterusan. Aplikasi ini telah diterima dengan baik kerana mesejnya yang tepat pada masanya dan membangkitkan semangat, dan berikutan update bahasa Inggeris terkini, kini boleh diakses oleh jumlah pengguna yang lebih luas.

Kredit: Apple

Anda boleh belajar lebih lanjut tentang kisah-kisah pembangun ini dan cuba aplikasi mereka di App Store di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: appleHere's to the DreamersiOS
ShareTweetSend
Previous Post

Akan datang 2025, The First Berserker: Khazan Pamer Gameplay & Naratif Lengkap!

Next Post

Interviu Bersama Dev DreamChaser – “Sanggup Berhenti Universiti Untuk Usahakan Game!”

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Mission: Impossible – The Final Reckoning – Misi Terakhir Ethan Hunt
Review

Reviu Mission: Impossible – The Final Reckoning – Misi Terakhir Ethan Hunt

Tarikh Comic Fiesta 2025 Diumumkan, Hujung Minggu Penuh Budaya ACG!
Acara

Tarikh Comic Fiesta 2025 Diumumkan, Hujung Minggu Penuh Budaya ACG!

May 19, 2025
Asal Usul Senju Tobirama – Hokage Kedua Yang Dibayangi Kontroversi
Anime

Asal Usul Senju Tobirama – Hokage Kedua Yang Dibayangi Kontroversi

May 19, 2025
Next Post
Interviu Bersama Dev DreamChaser – “Sanggup Berhenti Universiti Untuk Usahakan Game!”

Interviu Bersama Dev DreamChaser - "Sanggup Berhenti Universiti Untuk Usahakan Game!"

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime Sakamoto Days Part 2 Akan Ditayangkan Julai 2025, Trailer Baru Diperkenalkan
Anime

Anime Sakamoto Days Part 2 Akan Ditayangkan Julai 2025, Trailer Baru Diperkenalkan

May 14, 2025
Siapakah Ibu Anime Terbaik? Ini Pilihan Peminat Jepun Sempena Hari Ibu!
Anime

Siapakah Ibu Anime Terbaik? Ini Pilihan Peminat Jepun Sempena Hari Ibu!

May 12, 2025
Under 18 x KLEPET – Kolaborasi Komik Terbaru Gempak Starz & Filem Lokal
Tempatan

Under 18 x KLEPET – Kolaborasi Komik Terbaru Gempak Starz & Filem Lokal

May 12, 2025
DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!
Berita

Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!

May 8, 2025
‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!
Anime

‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!

May 8, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd