Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

KPL Dream Team Menjuarai HoK Invitational Midseason 2024, LGD Gaming MY Menjadi Naib Johan

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 5, 2024
in Artikel, Berita, Esports, Kejohanan esports, MOBA
0 0
0
KPL Dream Team Menjuarai HoK Invitational Midseason 2024, LGD Gaming MY Menjadi Naib Johan
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas minggu yang sangat memenatkan, pasukan KPL Dream Team dari China merangkul gelaran juara Honor of Kings Invitational Midseason 2024 selepas menewaskan LGD Gaming MY dari Malaysia di Grand Final sebanyak 3-0, untuk membawa pulang mahkota.

The undisputed, undefeated, unbeatable.

Your #HoK Invitational Midseason x #EsportsWorldCup Champions:

KPL Dream Team
🏆 Fly
🏆 Pang
🏆 Rong
🏆 Yinuo
🏆 NoFear
🏆 Hai
🏆 Chance pic.twitter.com/VQkjX9nqiz

— Esports World Cup (@EWC_EN) August 4, 2024

Dengan kemenangan itu, mereka menuntut bahagian terbesar daripada prize pool sebanyak USD $3,000,000, dan menamatkan kejohanan dengan rekod tanpa kalah. Bukan itu sahaja, Yinuo dari KPL Dream Team juga telah dinobatkan sebagai ‘Finals Most Valuable Player‘ kerana persembahannya yang cemerlang, dan menerima wang USD $50,000 sebagai bonus.

The moment KPL Dream Team became #HoK Invitational Midseason x #EsportsWorldCup champions 😲 pic.twitter.com/kBbL0wHBXI

— Esports World Cup (@EWC_EN) August 4, 2024

Walaupun tiga pasukan Malaysia melayakkan diri ke Honor of Kings Invitational Midseason 2024, hanya LGD Gaming MY sahaja yang berjaya mara ke Grand Final di mana mereka mempamerkan prestasi mengagumkan yang sangat membanggakan, dan menunjukkan semangat juang yang gigih dan abiliti teknikal yang hebat. Dengan pencapaian sebagai naib johan, LGD Gaming MY berjaya membawa pulang USD $500,000.

They gave it their all, but @LGDgaming just fall short and exit in second place 🥈#HoK Invitational Midseason x #EsportsWorldCup pic.twitter.com/mQ9P6vrQqE

— Esports World Cup (@EWC_EN) August 4, 2024

Selain itu, Level Infinite turut mengumumkan kejohanan esport antarabangsa baharu untuk mengakhiri Honor of Kings Invitational Midseason 2024. Secara khususnya, musim esports akan beralih ke Honor of Kings Championship 2024 yang akan diadakan di Indonesia pada bulan Oktober tahun ini dengan prize pool sebanyak $1 juta.

🌟 Our thrilling journey through international events has been incredible! Now, let’s shift our focus to the most prestigious event of the year: the 2024 Honor of Kings Championship! 🏆

📅 October 2024
📍 Indonesia
🏆 Teams: Top 16 Teams from around the globe
💰 Prize Pool:… pic.twitter.com/aA4ndpDQGE

— HoK Global Esports (@HoKEsports) August 4, 2024

Berita baiknya, LGD Gaming MY sudahpun melayakkan diri ke Honor of Kings Championship 2024 selepas persembahan mereka yang solid di HoK Invitational Midseason 2024 di mana mereka akan bersaing sekali lagi dengan pasukan-pasukan terbaik di seluruh dunia untuk gelaran juara!

Semoga pasukan Malaysia boleh menang kali ini!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: HoK Invitational Midseason 2024KPL Dream TeamLGD Gaming MY
ShareTweetSend
Previous Post

Interviu Eksklusif: Produser SNK ‘Yasuyuki Oda’ Menjelaskan Kebangkitan Fighting Game dan Francais Fatal Fury

Next Post

Game Darksiders Baharu Dalam Pembikinan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Game Darksiders Baharu Dalam Pembikinan!

Game Darksiders Baharu Dalam Pembikinan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd