Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Siri Live-Action ‘Like a Dragon: Yakuza’ Mendedahkan Trailer Pertama

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 29, 2024
in Amazon Prime Video, Artikel, Berita, Movie/siri
0 0
0
Siri Live-Action ‘Like a Dragon: Yakuza’ Mendedahkan Trailer Pertama
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, Prime Video telah mendedahkan teaser trailer rasmi untuk siri live-action ‘Like a Dragon: Yakuza‘, yang menunjukkan beberapa adegan daripada rancangan itu. Diumumkan semasa panel khas di San Diego Comic-Con, Prime Video turut mengumumkan bahawa Kento Kaku akan berlakon sebagai Akira Nishikiyama, aka Nishiki.

Berikutan tayangan trailer pertama eksklusif, pelakon utama Ryoma Takeuchi naik ke pentas bersama Kento Kaku serta James Farrell, Ketua International Originals di Amazon MGM Studios, dan penerbit eksekutif rancangan Erik Barmack untuk memperkenalkan adaptasi aksi langsung ‘Like a Dragon: Yakuza’.

Panel ini berakhir dengan mesej video khas daripada Masayoshi Yokoyama, penerbit eksekutif di RYU GA GOTOKU Studio di Jepun, yang berkongsi pandangan di sebalik tabir tentang penciptaan francais ‘Like a Dragon’ terbitan SEGA.

Tentang Siri Ini

A lot can happen in 10 years… pic.twitter.com/KrlhMP1j8U

— RGG Studio | Like a Dragon & Yakuza Series (@RGGStudio) July 26, 2024

Like a Dragon: Yakuza ialah siri aksi saspens jenayah serta adaptasi aksi langsung dengan jalan cerita original berdasarkan francais game popular oleh SEGA, Yakuza: Like a Dragon. Cerita ini berlatarkan Kamurocho dan menceritakan kisah watak utama, Kazuma Kiryu dan perkembangannya. Siri ini diarahkan oleh Masaharu Take yang terkenal dan menampilkan Ryoma Takeuchi sebagai watak utama, Kazuma Kiryu.

Meliputi sepanjang 1995 dan 2005, siri ini mengikuti kehidupan sekumpulan kawan semasa zaman kanak-kanak, dan akibat daripada keputusan Kazuma Kiryu, seorang Yakuza yang menakutkan dan tiada tandingan dengan rasa keadilan, kewajipan dan kemanusiaan yang kuat.

Tiga episod pertama (daripada total enam) Like a Dragon: Yakuza akan debut secara eksklusif di Prime Video di lebih 240 negara dan wilayah di seluruh dunia mulai Khamis, 24 Oktober.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Like a Dragon: Yakuzalive-action
ShareTweetSend
Previous Post

‘The Fantastic Four: First Steps’ Dijangka Akan Tayang Tahun 2025

Next Post

Dynasty Warriors: Origins Menampilkan Jumlah Askar Terbanyak Dalam Francais – Info Baru!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita
Review

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

June 5, 2025
Next Post
Dynasty Warriors: Origins Menampilkan Jumlah Askar Terbanyak Dalam Francais – Info Baru!

Dynasty Warriors: Origins Menampilkan Jumlah Askar Terbanyak Dalam Francais - Info Baru!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd