Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Robert Downey Jr Kembali Sebagai Doctor Doom Dalam ‘Avengers: Doomsday’ Arahan Russo Brothers

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 29, 2024
in Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Robert Downey Jr Kembali Sebagai Doctor Doom Dalam ‘Avengers: Doomsday’ Arahan Russo Brothers
Share on FacebookShare on Twitter

Semasa panel Marvel Studios di San Diego Comic-Con, presiden Marvel Studios Kevin Feige mengumumkan bahawa Robert Downey Jr, yang berlakon sebagai Tony Stark/Iron Man dalam 10 filem MCU, akan kembali dalam peranan baharu, dan kali ini memainkan watak penjahat ikonik, Doctor Doom/Victor von Doom dalam filem akan datang, Avengers: Doomsday.

Bukan itu sahaja, Joe dan Anthony Russo turut akan kembali mengarahkan dua filem baharu: Avengers: Doomsday yang disebutkan tadi dan Avengers: Secret Wars.

Presenting Victor Von Doom.

Robert Downey Jr. stars in Marvel Studios’ Avengers: Doomsday, in theaters May 2026. #SDCC pic.twitter.com/xWQx9owZjG

— Marvel Studios (@MarvelStudios) July 28, 2024

Adik-beradik Russo sebelum ini mengarahkan empat filem untuk Marvel Studios iaitu: Captain America: The Winter Soldier, Captain America: Civil War, Avengers: Infinity War dan Avengers: Endgame. Ketika di atas pentas, Joe dan Anthony Russo memberitahu orang ramai bahawa mereka mengambil peluang untuk mengarahkan Secret Wars, dan memanggil filem ini sebagai “kisah terbesar yang pernah diceritakan oleh komik Marvel” dan sebab mereka mula-mula “jatuh cinta dengan komik”.

Kredit: Marvel Studios

Adik-beradik Russo kemudian menambah bahawa ada “satu watak sangat, sangat penting yang diperlukan untuk menjayakan Secret Wars”, lalu mengenalkan Doctor Doom yang terkenal. Sekumpulan figura berjubah hijau kemudian naik ke pentas dengan topeng Doom, sebelum salah seorang melangkah ke hadapan untuk mendedahkan dirinya sebagai Robert Downey Jr.

“Topeng baharu, tugas yang sama,” kata Downey. “Apa yang boleh saya beritahu? Saya suka memainkan watak yang rumit.”

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Robert Downey Jr. (@robertdowneyjr)

Syarikat AGBO milik adik-beradik Russo akan menghasilkan kedua-dua filem bersama Marvel Studios. Stephen McFeely, yang mengusahakan trilogi Captain America dan Avengers: Endgame, akan menulis skrip.

Kredit: Marvel Studios

Avengers: Doomsday (sebelum ini bertajuk The Kang Dynasty) akan dikeluarkan pada Mei 2026 dan Avengers: Secret Wars pada Mei 2027.

Selain itu, kumpulan superhero The Fantastic Four — Reed Richards/Mister Fantastic (Pedro Pascal), Susan Storm/Invisible Woman (Vanessa Kirby), Johnny Storm/Human Torch (Joseph Quinn) dan Ben Grimm/the Thing (Ebon Moss-Bachrach) — turut disahkan akan bertemu dengan geng Avengers baharu dalam Doomsday dan Secret Wars.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Avengers: DoomsdayDoctor DoomRobert Downey Jr
ShareTweetSend
Previous Post

PlayStation Portal Akan Datang Pada 9 Oktober Di Malaysia, Berharga RM999!

Next Post

‘The Fantastic Four: First Steps’ Dijangka Akan Tayang Tahun 2025

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!
Review

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu
Review

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Next Post
‘The Fantastic Four: First Steps’ Dijangka Akan Tayang Tahun 2025

'The Fantastic Four: First Steps' Dijangka Akan Tayang Tahun 2025

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd