Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

PlayStation Portal Akan Datang Pada 9 Oktober Di Malaysia, Berharga RM999!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 29, 2024
in Aksesori, Artikel, Berita, PS5, Teknologi
0 0
0
PlayStation Portal Akan Datang Pada 9 Oktober Di Malaysia, Berharga RM999!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Sony Interactive Entertainment telah berkongsi maklumat baharu mengenai pelancaran PlayStation Portal di Malaysia. Seperti yang dijelaskan dalam PlayStation Blog, PlayStation Portal nampaknya akan mula dijual pada 9 Oktober 2024 di Malaysia, dengan nilai harga sebanyak RM999.00. Pre-order akan bermula dari 5 Ogos 2024 di pengedar tempatan yang anda boleh rujuk di SINI!

Tentang Produk Ini

Kredit: Sony Interactive Entertainment

Secara am, PlayStation Portal Remote Player berfungsi sebagai aksesori handheld gaming yang membawa pengalaman PS5 ke mana sahaja anda berada. Ia termasuk ciri utama wireless controller DualSense, termasuk adaptive trigger dan haptic feedback.

Skrin LCD 8-inci mampu menghasilkan resolusi 1080p pada 60fps, memberikan pengalaman visual definisi tinggi yang diharapkan daripada game berkualiti tinggi yang dicipta oleh studio bertaraf dunia.

Kredit: Sony Interactive Entertainment

PlayStation Portal ialah peranti yang sesuai untuk pemain dalam isi rumah di mana mereka mungkin perlu berkongsi TV di ruang tamu atau hanya mahu bermain game PS5 di bilik lain di rumah. PlayStation Portal akan disambungkan dari jauh ke PS5 anda melalui Wi-Fi, jadi anda boleh beralih dari bermain pada PS5 ke PlayStation Portal dengan pantas.

PlayStation Portal boleh memainkan game yang disokong yang dimuat turun pada konsol PS5 anda dan menggunakan controller Dualsense. Ia juga termasuk bicu audio 3.5mm untuk audio berwayar. Malangnya, game PS VR2, yang memerlukan headset dan game yang distrim melalui cloud streaming PlayStation Plus Premium, tidak disokong.

Untuk butiran lanjut tentang PlayStation Portal, sila semak halaman produk di SINI.

Tags: MalaysiaPlayStation Portal
ShareTweetSend
Previous Post

Kumpulan Idol ‘KLP48’ Memperkenalkan Ahli Generasi Pertama Secara Rasmi

Next Post

Robert Downey Jr Kembali Sebagai Doctor Doom Dalam ‘Avengers: Doomsday’ Arahan Russo Brothers

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati
Fakta & Trivia

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati

July 17, 2026
GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran
Berita

GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran

July 17, 2026
Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit
Mobile

Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit

July 17, 2026
Next Post
Robert Downey Jr Kembali Sebagai Doctor Doom Dalam ‘Avengers: Doomsday’ Arahan Russo Brothers

Robert Downey Jr Kembali Sebagai Doctor Doom Dalam 'Avengers: Doomsday' Arahan Russo Brothers

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd