Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

STALKER 2: Heart of Chornobyl Ditunda Ke 20 November, Untuk Menggilap Prestasi!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 26, 2024
in Artikel, Berita, Epic Store, GOG, Microsoft, PC, Seram, Shooter, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
STALKER 2: Heart of Chornobyl Ditunda Ke 20 November, Untuk Menggilap Prestasi!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas proses pembikinan lama yang makan bertahun-tahun, nampaknya peminat masih perlu menunggu lagi untuk bermain STALKER 2: Heart of Chornobyl kerana game tersebut terpaksa ditunda ke 20 November 2024, daripada tarikh yang dirancang sebelum ini pada 5 September 2024.

Pasti ramai yang kecewa, tetapi Yevhen Grygorovych sekalu Game Director di GSC Game World, menyampaikan mesej kepada para peminat:

“Kami tahu anda mungkin bosan menunggu, dan kami amat menghargai kesabaran anda. Dua bulan tambahan ini akan memberi kami peluang untuk membetulkan lebih banyak “anomali yang tidak dijangka” (atau “bug”, seperti yang anda panggil). Kami sentiasa berterima kasih atas sokongan dan pemahaman anda yang berterusan – ini bermakna segala-galanya bagi kami. Kami sama bersemangat seperti anda untuk akhirnya mengeluarkan game ini dan untuk anda merasainya sendiri.”

Kredit: GSC Game World

Dengan tarikh pelancaran baharu, pasukan GSC Game World juga akan berkongsi maklumat terbesar dan paling komprehensif tentang STALKER 2 untuk memberi pemahaman penuh tentang keadaan dan penampilan terkini. Khususnya, STALKER 2 Developer Deep Dive akan ditayangkan dengan kerjasama Xbox pada 12 Ogos 2024, uamh menampilkan pelbagai kandungan yang tidak pernah dilihat sebelum ini, termasuk:

  • Temu bual dan proses pembangunan di sebalik tabir
  • Banyak rakaman baharu, termasuk gambaran keseluruhan dunia, pelbagai lokasi, gameplay dan cutscene;
  • Panduan video penuh tentang salah satu story quest

Tentang Game Ini

Bagi mereka yang tidak tahu, S.T.A.L.K.E.R. 2: Heart of Chornobyl ialah sekuel kepada S.T.A.L.K.E.R.: Shadow of Chornobyl, game pertama pada 2007. Dalam sekuel ini, pemain akan dibawa ke tengah-tengah kawasan pasca-apokaliptik Chornobyl Exclusion Zone, untuk mengalami aksi dan berjuang untuk terus hidup. Game FPS ini menampilkan jalan cerita bukan linear, dengan grafik yang dikuasakan oleh Unreal Engine 5 termasuk sokongan mod rasmi untuk pemain kreatif mengembangkan gameplay mereka.

GSC Game World

Pemain harus menyelam ke dalam misteri ini untuk membongkar rahsia tergelap, memburu mutan menakutkan, dan meneroka anomali misteri sambil mencari artifak bernilai dengan kuasa yang mampu mengubah permainan. Untuk pertempuran, pemain juga boleh berhadapan dengan musuh dalam pertarungan taktikal, dan memakai lebih 30 jenis senjata berbeza yang boleh dinaik taraf dan diubahsuai.

Sementara menunggu keluaran STALKER 2: Heart of Chornobyl pada 20 November, anda boleh pre-order game ini sekarang di SINI untuk platform PC (Steam, Epic Games Store, Microsoft Store, GOG), dan Xbox Series X|S!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: STALKER 2: Heart of Chornobyl
ShareTweetSend
Previous Post

Unboxing Yu-Gi-Oh OCG Duel Monsters “LEGACY OF DESTRUCTION” & “Essential Selection 01!”

Next Post

Stellar Blade ‘Summer Update’ Kini Tersedia, Tambah Dua Pakaian Baharu

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!
Preview

Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!

June 8, 2025
Interviu SHINOBI: Art of Vengeance – Pengaruh Seni Neo2D & Cabaran Menghidupkan Joe Musashi!
Temuramah

Interviu SHINOBI: Art of Vengeance – Pengaruh Seni Neo2D & Cabaran Menghidupkan Joe Musashi!

June 8, 2025
Next Post
Stellar Blade ‘Summer Update’ Kini Tersedia, Tambah Dua Pakaian Baharu

Stellar Blade 'Summer Update' Kini Tersedia, Tambah Dua Pakaian Baharu

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd