Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pengalaman paling SEBENAR dalam dunia anime di taman tema VR Mazaria!

Selami saat-saat paling bikin saspen dalam VR!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 17, 2019 - Updated on September 20, 2019
in Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Pengalaman paling SEBENAR dalam dunia anime di taman tema VR Mazaria!
Share on FacebookShare on Twitter

Bandai Namco Amusement telah mendirikan ruang hiburan unik VR bernama “Mazaria“. Selepas selesai Tokyo Game Show 2019, mestilah saya lawat lokasi! Ramai orang sarankan. Untuk pengetahuan kamu, pusat hiburan baru ini menggunakan teknologi Virtual Reality (VR) untuk menggabungkan dunia sebenar dan dunia maya, agar tetamu boleh masuk ke dunia anime dan game.

Di sini, saya agak kesuntukan masa, jadi saya hanya mampu cuba tiga permainan VR sebelum kerja lain memanggil. Jangan risau kawan-kawan. Game saya pilih mesti gempak belaka ah!

https://www.youtube.com/watch?v=je_yBzNZ6N0&feature=youtu.be

Godzilla VR

Kamu dan 3 rakan lain merupakan juruterbang kepada sebuah helikopter. Misi kamu adalah untuk menghantar peluru berpandu bagi membunuh Godzilla sebelum ia menghancurkan kota. Peluru berpandu pertama tidak menjejaskannya kerana peluru perlu pergi masuk dalam mulutnya. Kamu harus kamikaze ke dalam mulutnya dengan helikopter dan menembak peluru berpandu kedua, barulah ia berakhir.

Jumlah pemain adalah empat tetapi setiap pemain melakukan perkara yang sama. Tiada co-op. Selain itu, kerusi yang kelihatan seperti kerusi helikopter akan bergerak dan bergetar untuk meningkatkan pengalaman VR.

Gundam VR Diver Attack

Terdapat 2 versi, satu adalah versi asli Gundam vs Zaku, dan satu lagi adalah versi Unicorn. Versi yang saya main ialah versi Unicorn, di mana ia berlangsung di hadapan Diver City Tokyo Plaza pada waktu malam.

VR ini bermula dengan penampilan MSN-06S Sinanju yang mula membuat huru-hara di kawasan tersebut. Kemudian tugu RX-0 Unicorn Gundam hidup kembali dan melindungi kamu dengan meletakkan pemain di telapak tangannya. Gundam boleh lawan Sinanju hanya dengan satu tangan. Hebat kan?

Secara keseluruhan, sebenarnya kita lebih melihat Sinanju beraksi berbanding Unicorn Gundam kerana beliau berada di belakang kamu, dan kamu hanya boleh melihat Sinanju terbang sini-sana. Akhirnya Unicorn Gundam akan masuk ke Destroyer Mode dan menewaskan Sinanju.

Evangelion VR – The Throne of Souls: Berserk

Ini lebih menarik daripada Gundam VR kerana kamu sebenarnya boleh mengawal mecha tersebut. Dalam permainan, kita akan bertarung dengan Sachiel. Pengalaman VR ini lebih imersif kerana terdapat pergerakan daripada kerusi dan pada senario tertentu, akan ada gelombang angin yang meniup ke arah kamu. Kamu ada controller di setiap sisi kerusi untuk mengawal pergerakan EVA, dan kita perlu menyasar menggunakan visi (kepala) dan tekan pemicu pada pengawal untuk menembak. Sekiranya kita gagal mengalahkan Sachiel, maka kita akan dimakan olehnya. Nak rasa kena makan dalam VR?

Keputusannya?

 

1 of 4
- +

Kesimpulannya, pengalaman keseluruhan di Mazaria cukup menarik kerana selain daripada stesen VR, ada juga kedai-kedai dan kafe untuk kamu duduk di situ dan lepak. Tiket untuk sehari bernilai 4,200 yen (RM162) bagi dewasa dan 2,700 yen (RM104) untuk kanak-kanak. Kebanyakan pameran VR bertahan hanya 5-10 minit+, jadi jika korang rasa nak alami satu senario unik di mana korang adalah wira, sini lah tempatnya.

*Gambar ditangkap oleh Honor 20 Pro ( 8MP AI Quad Camera)*

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Bandai Namco AmusementEvangelion VR – The Throne of Souls: BerserkGodzilla VRGundam VR Diver AttackMazariavr
Previous Post

5 Kumpulan PUBG Mobile ini sekali lagi mewakili Malaysia berentap di PMCO SEA FALL SPLIT 2019 bermula hari ini!

Next Post

Yu-Gi-Oh! Duel Links mendapat dunia terbaru bedasarkan Filem The Dark Side of Dimensions!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Microsoft Gaming Menghentikan Pekerja Secara Besar-Besaran, Beberapa Projek Game Besar Juga Dibatalkan!
Industri

Microsoft Gaming Menghentikan Pekerja Secara Besar-Besaran, Beberapa Projek Game Besar Juga Dibatalkan!

July 3, 2025
Persona5: The Phantom X Kini Tersedia di Malaysia – Main Sekarang & Rebut Ganjaran Percuma!
Berita

Persona5: The Phantom X Kini Tersedia di Malaysia – Main Sekarang & Rebut Ganjaran Percuma!

July 3, 2025
Ultraman Omega Bakal Gegarkan Malaysia Di Ultraman The Hero Premiere 2025!
Acara

Ultraman Omega Bakal Gegarkan Malaysia Di Ultraman The Hero Premiere 2025!

July 3, 2025
Next Post
Yu-Gi-Oh! Duel Links mendapat dunia terbaru bedasarkan Filem The Dark Side of Dimensions!

Yu-Gi-Oh! Duel Links mendapat dunia terbaru bedasarkan Filem The Dark Side of Dimensions!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd