Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

AFA Creators Super Fest 2024 Bawa Artis ‘wataboku’, Idol ‘Sally Amaki’ & VTuber ‘Dokibird’ – Info Terkini!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 22, 2024
in Acara, Anime, Artikel, Berita, Cosplay, Pameran/Expo, Vtuber
0 0
0
AFA Creators Super Fest 2024 Bawa Artis ‘wataboku’, Idol ‘Sally Amaki’ & VTuber ‘Dokibird’ – Info Terkini!
Share on FacebookShare on Twitter

Menghitung hari untuk AFA Creators Super Fest (AFA CSF) Singapore 2024 pada 27 dan 28 Julai di Singapore Expo Hall 3, penganjur SOZO berkongsi maklumat baharu mengenai barisan kandungan serta penampilan sulung bagi beberapa tetamu festival.

Sorotan termasuk pameran seni oleh artis digital Jepun prolifik ‘wataboku‘, sudut busking Open Mic untuk penghibur yang bercita-cita tinggi, dan senarai tetamu istimewa dari Jepun dan bakat serantau termasuk ‘Sally Amaki‘, dan ‘Dokibird‘ yang membuat persembahan di atas pentas.

Wataboku Exhibition

Ilustrator Jepun wataboku akan mempamerkan gaya uniknya dalam pameran seni istimewa khas. Anda juga berpeluang emui wataboku secara peribadi di dua Signing Session eksklusif (hanya untuk pengunjung festival dengan pembelian minimum $60 dari kedai) di AFA CSF.

Sorotan lain termasuk barangan eksklusif dan sesi tandatangan dengan Guest Cosplayer Non di booth AFASHOP, penampilan Guest Cosplayer Knite dan pengalaman interaksi peminat di booth Infold Games, serta studio foto pop-up oleh jurugambar profesional Prestonles.

Super Akiba Stage – Persembahan sulung Sally Amaki dan Dokibird di Singapura

Super Akiba Stage akan menampilkan tetamu istimewa dari Jepun dan bakat serantau – termasuk idol, pelakon suara dan YouTuber Sally Amaki dan VTuber Dokibird, yang kedua-duanya akan membuat persembahan di Singapura buat kali pertama di AFA CSF. Acara turut akan mempamerkan persembahan selama dua malam oleh DJ terkenal dari Jepun, Indonesia dan Singapura.

Pada 27 Julai, saksikan persembahan tetamu khas Dokibird, rancangan bual bicara oleh wataboku Talk Show, dan ANiBEATS yang menampilkan D.WATT (IOSYS), REDSHIFT, Sasuke Haraguchi.

Pada 28 Julai, sorotan termasuk Talk Show dan Live Performance oleh Sally Amaki, penampilan tetamu khas oleh Vtuber ASTRALINE dari Merryweather Media, dan persembahan oleh Goldenmix dan DJ SOBA.

Open Mic

Kredit: AFA Creators Super Fest

Para hadirin boleh menikmati persembahan muzik daripada pelbagai ahli muzik di Open Mic, kerjasama antara AFA CSF dan pengedar peralatan muzik City Music. Sudut busking akan menyaksikan penghibur solo dan kumpulan sehingga 3 orang mempamerkan bakat mereka kepada penonton secara langsung.

City Music akan menyediakan sokongan peralatan, termasuk pembesar suara dan keyboard, untuk para peserta, yang mempunyai slot pentas selama 30 minit. Slot amat terhad dan mereka yang berminat boleh mendaftar di SINI.


Untuk info lanjut tentang AFA Creators Super Fest 2024, anda boleh melayari halaman Facebook, Instagram, X dan Tiktok.

Setakat ini, bundle tiket dua hari untuk festival telah habis dijual. Tiket sehari masih tersedia untuk pembelian secara online di SINI dengan harga bermula SGD 19. Tiket juga boleh didapati di kaunter lokasi semasa hari acara.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AFA Creators Super Fest 2024
ShareTweetSend
Previous Post

Honor of Kings Capai 50 Juta Muat Turun, Tidak Sampai Sebulan!

Next Post

Reviu Metal Slug Attack Reloaded – Rupa Retro, Tapi Gameplay Serba Baharu

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Next Post
Reviu Metal Slug Attack Reloaded – Rupa Retro, Tapi Gameplay Serba Baharu

Reviu Metal Slug Attack Reloaded - Rupa Retro, Tapi Gameplay Serba Baharu

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd