Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Reviu Kunitsu-Gami: Path of the Goddess – Hapuskan Iblis Dengan Tarian Kagura!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 15, 2024
in Action, Artikel, Berita, Game Review, PC, PS4, PS5, Real time strategy, Review, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Reviu Kunitsu-Gami: Path of the Goddess – Hapuskan Iblis Dengan Tarian Kagura!
Share on FacebookShare on Twitter

Tidak seperti syarikat gaming besar lain, Capcom telah menyediakan macam-macam jenis game dari pelbagai genre. Sebagai contoh, mereka terkenal dengan siri Resident Evil, Monster Hunter, dan Street Fighter. Walaupun begitu, Capcom nampaknya masih gigih membangunkan IP baharu, kerana baru-baru ini memperkenalkan Kunitsu-Gami: Path of the Goddess, yang mengambil banyak inspirasi daripada game fantasi klasik mereka seperti siri Onimusha dan Okami.

Berlatarkan dunia Jepun kuno, Kunitsu-Gami: Path of the Goddess ialah game single-player “Kagura Action Strategy” yang menggabungkan elemen aksi bersama tower defense. Itulah premisnya secara di mana saya akan menceritakan isi selanjutnya di bawah selepas menghabiskan masa sekitar 16 jam dalam game ini.

Anda boleh membaca previu awal kami dahulu supaya lebih mudah faham kerana ada beberapa bahagian yang kami tidak akan menjelaskan dalam reviu ini, kebanyakan tentang gameplay.

Jadi tanpa melengahkan masa lagi, berikut adalah previu saya untuk Kunitsu-Gami: Path of the Goddess!

Naratif

Kredit: Capcom

Selain previu awal, kali ini kami akhirnya dapat belajar serba sedikit tentang jalan cerita dan latar belakang game ini. Kisah bermula di Gunung Kafuku apabila kuil yang dijaga oleh Maiden Yoshiro dimakan oleh makhluk yang tidak dikenali. Pada saat itu, protagonis turut terjaga.

Watak utama ialah Soh, yang cuba melindungi gadis itu tetapi kuasanya bersama 12 topeng dengan kuasa istimewa diserap oleh makhluk tersebut. Musuh itu tidak dapat dikalahkan, jadi mereka meninggalkan puncak gunung yang kini dilanda wabak, dan membuat rancangan untuk mengambil semula kuasa Soh dan topeng milik penduduk kampung, serta membersihkan setiap kampung daripada kekotoran ini.

Kredit: Capcom

Majoriti perjalanan memerlukan kita untuk menyelamatkan penduduk kampung, membersihkan kampung, melawan bos dan mencari semula topeng. Khususnya di Stage 5, pemain akan mendapat semula kuasa Soh, serta membuka keupayaan untuk meningkatkan kuasanya.

Daripada segi jalan cerita, naratifnya agak mendatar dan tipikal, di mana saya ramai ramai gamer dapat menjangka apa yang berlaku di titik pertengahan dan pengakhiran. Walaupun Yoshiro adalah salah satu watak penting, tetapi kisahnya tidak begitu menonjol.

Kami tidak belajar banyak tentang asal-usulnya, serta alasan mengapa dia menjadi seorang Maiden. Malah sepanjang perjalanan, Soh dan Maiden sebenarnya tidak banyak berinteraksi, di mana kita hanya memegang peranan sebagai “bodyguard” kepadanya.

Kredit: Capcom

Selain naratif, unsur-unsur mitologi dan kisah dongeng Jepun dimuatkan dengan menarik dalam jalan cerita. Setiap musuh (digelar sebagai Seethe) dan bos direka berdasarkan raksasa sebenar dari kisah dongeng.

Satu contoh adalah Kamaitachi, yang sepatutnya mempunyai penampilan comel tetapi dalam Kunitsu-Gami, ia direka supaya nampak lebih menakutkan, yang memberi nafas baharu dan elemen seram kepada gameplay. Bukan Kamaitachi sahaja, setiap Seethe dan bos lain direka dengan sangat baik.

Namun, walaupun musuh mempunyai reka bentuk yang menarik, tetapi latar belakang mereka tidak diteroka dengan lebih mendalam. Game ini tidak pernah menjelaskan mengapa Seethe muncul atau apa yang berlaku selepas mereka dikalahkan.

Kredit: Capcom

Secara keseluruhan, jalan ceritanya agak biasa-biasa sahaja, tetapi berkat sistem Re Engine, reka bentuk watak dan persekitaran ternyata kelihatan hebat – saya sendiri sangat suka cutscene yang ada dalam game ini.

Cuma saya rasa aspek penceritaan perlu dikuatkan, kerana buat masa ini ia terasa seperti perjalanan yang membosankan untuk menyelamatkan gunung.

Gameplay Aksi Campur Tower Defense

Kredit: Capcom

Gameplay dibahagikan kepada dua fasa, fasa persediaan dan fasa pertahanan. Pada siang hari, Soh perlu membersihkan kampung yang dilanda masalah, menyelamatkan penduduk kampung daripada situasi bahaya, bantu haiwan, membina bangunan dan mesin pertahanan, serta lain-lain; semuanya sebagai persiapan diri sebelum matahari terbenam. Pada waktu malam, lindungi Maiden daripada gerombolan Seethe.

Kitaran ini akan berulang sehingga kamu berjaya membersihkan gunung itu dari segala kekotoran.

Kredit: Capcom

Apabila meneroka peringkat yang berbeza, pemain boleh melihat pelbagai jenis persekitaran walaupun semuanya berlaku di atas lokasi gunung yang sama. Tidak kira mana satu peringkat yang dipilih, setiap laluan menawarkan aspek eksplorasi yang menarik.

Sebagai contoh, satu laluan mungkin mempunyai lebih banyak bangunan untuk dibaiki; manakala satu lagi laluan mungkin lebih singkat tetapi perjalannya lebih berbahaya. Ini membuatkan pemain ingin mencuba semula setiap peringkat bagi meneroka setiap laluan berbeza.

Kredit: Capcom

Semasa fasa pertahanan yang menyerupai game tower defense 3D, pemain wajib pandai menyesuaikan diri dan membuat improvisasi semasa bertarung. Sudah tentu, anda boleh letakkan penduduk kampung di satu tempat yang sama, lalu menggunakan watak utama untuk meneroka seluruh peta tetapi itu bukan lah cara untuk bermain game ini.

Menyusun posisi penduduk kampung dan mesin pertahanan di tempat strategik adalah cara terbaik untuk memenangi game ini, jadi pemain tidak boleh bermain game ini seperti game aksi tipikal.

Kredit: Capcom

Tsuba Guard, dan Mazo Talisman juga adalah elemen penting dalam game ini. Andai kata kalah pun di suatu peringkat, anda masih boleh menukar kedua-dua peralatan dan mencuba sekali lagi.

Satu lagi hal menarik semasa fasa pertahanan ialah pertempuran bos. Pentasnya sama sekali berbeza, dan berbanding bersifat taktikal, gameplay melawan bos lebih kepada genre aksi. Pemain masih perlu bantuan penduduk kampung tetapi medan perang kini lebih besar di mana bos turut akan bergerak.

Pemain boleh memilih berdasarkan situasi untuk membuat orang kampung bertarung sekali atau bertahan, tetapi sumbangan mereka tidak besar kerana Soh sahaja yang akan melawan bos.

Di sini, setiap langkah seperti dodge, parry dan mencari titik kelemahan bos amat penting, seolah-olah seperti game soulslike (yang kurang kejam).

Kredit: Capcom

Selepas menyelamatkan kampung yang bertaburan di atas gunung, kampung itu akan ditukar kepada Base, yang boleh digunakan oleh Soh. Antara ganjaran paling penting selepas membina base ialah “Musubi” – yang boleh digunakan untuk upgrade Soh dan penduduk kampung.

Sistem upgrade ini pun terasa sangat mudah. Sebanyak dua skill akan dibuka semasa upgrade penduduk kampung, daripada jumlah total enam (empat upgrade lain hanya sekadar peningkatan kepada stats).

Untuk Soh, ada empat jenis slot untuk upgrade, iaitu Sword Style (Oka Dance dan Shiden Dance), Archery, kuasa dan buff. Seperti saya jelaskan tadi, sistem upgrade ini mudah difahami, dan tidak mempunyai terlalu banyak perkara yang rumit. Jika tersilap, anda juga boleh reset semua upgrade yang dilakukan kepada penduduk kampung.

Kredit: Capcom

Ternyata, Capcom sangat mahir dalam membuat game aksi, yang terbukti semasa pergerakan lancar dalam pertarungan. Walau bagaimanapun, kemasukan tower defense semasa fasa pertahanan mungkin tidak menarik pemain baru yang rasa gameplay-nya kekok kerana melambatkan momentum.

Budaya Jepun Yang Berat

Kredit: Capcom

Aspek seterusnya dan paling mengagumkan tentang game ini ialah penggambaran budaya Jepun. Gaya seni dan muzik benar-benar menyerlahkan lagi mitologi dan dongeng Jepun, hampir sama hebat dengan Okami (juga dibuat oleh Capcom).

Satu contoh jelas yang saya sudah sebutkan tadi; persekitaran dan reka bentuk Seethe diilhamkan oleh yokai sebenar dari Jepun tetapi direka dengan cara yang lebih mengancam.

Contoh kedua; gaya seni menggabungkan reka bentuk moden dengan gaya lukisan Ukiyo-e. Sebagai contoh, semasa skrin arahan, penduduk kampung dilukis dalam gaya Ukiyo-e. Untuk lihat dengan lebih teliti, bahagian Galeri juga menampilkan pelbagai lukisan Ukiyo-e.

Walaupun teknik lukisan ini tidak digunakan secara meluas seperti Okami, masih ada banyak elemen yang mempamerkan budaya lukisan ini.

Kredit: Capcom

Satu lagi contoh ialah gula-gula tradisional Jepun yang dipanggil Wagashi. Kita boleh mendapatkannya sebagai ganjaran selepas membina semula base. Apabila dibawa ke Maiden, dia akan makan gula-gula tersebut, yang membawa kepada interaksi kecil bersamanya.

Sambil menonton dia makan, pemain juga akan belajar serba sedikit tentang manis-manisan itu.

Kredit: Capcom

Selain visual mata, budaya Jepun turut ditampilkan dalam muzik. Dalam game, anda boleh mendengar bunyi instrumen taiko, shamisen, koto, shakuhachi dan banyak alat muzik tradisional Jepun lain.

Bukan sedar repetitif, muzik memberi rasa aman dan tentang semasa fasa persediaan, manakala semasa fasa pertahanan, ia membawa suasana pertempuran. Dalam beberapa peringkat penting dan pertempuran bos, instrumen moden seperti jazz dan gitar digabungkan untuk menjadikan muzik lebih bertenaga untuk menyampaikan betapa sengitnya suasana tersebut pada masa itu.

Penambahbaikan Lain

Kredit: Capcom

Selepas mencapai peringkat tertentu, tahap kesukaran yang menawarkan lebih banyak cabaran. Hal ini membuatkan pemain perlu berfikir dengan strategik semasa memikirkan cara untuk mengalahkan musuh, sama ada perlu menyusun semula peralatan atau mencuba kelas yang berbeza.

Jika semua itu tidak berfungsi, pemain masih boleh memainkan semula beberapa peringkat lama untuk mendapatkan lebih banyak Musubi bagi menguatkan Soh dan penduduk kampung.

Kredit: Capcom

Pada masa yang sama, AI penduduk kampung boleh bertindak dengan tidak rasional. Sebagai contoh, di hadapan pintu pagar terdapat kawasan toksik yang akan melakukan damage tetapi penduduk kampung masih akan melangkah masuk – saya harap hal ini dapat diperbaiki dalam masa terdekat.

Tetapi selain itu, saya tidak menghadapi sebarang bug atau masalah game game, yang bermaksud aspek pengoptimuman dilaksanakan dengan baik.

Pendapat

Kredit: Capcom

Kunitsu-Gami: Path of the Goddess ialah game menarik yang kuat menonjolkan budaya Jepun, bukan sahaja daripada gaya seni dan muzik, malah perkara kecil seperti gula-gula Jepun turut diserlahkan.

Aksi dan tower defense taktikal pula merupakan fokus kuat dalam game ini. Dengan dua sisi untuk dipantau, ini membuatkan pemain lebih terlibat pada gameplay tidak kira semasa waktu pertahanan atau pertempuran.

Aspek tower defense juga tidak terlalu ditekankan, dan lebih mirip kepada game survival di mana anda perlu membina kubu pertahanan untuk menghalang ancaman musuh. Sistem strategi pun mudah untuk difahami dan tidak ada banyak hal yang rumit untuk dipelajari.

Kredit: Capcom

Berkenaan aksi, anda tidak perlu risau kerana Capcom memang pakar dalam genre ini. Pergerakan tempur Soh nampak lancar dan cantik seperti tarian. Walau bagaimanapun, tidak banyak gaya pedang dimasukkan yang bermaksud gaya permainan yang sedikit.

Namun; sebagai seorang yang gemar bermain game naratif, saya mendapati jalan cerita agak lemah. Tiada perkembangan plot yang ketara, dan interaksi pun amat minimum.

Kredit: Capcom

Secara keseluruhan, gameplay Kunitsu-Gami: Path of the Goddess memang sangat solid, dan pasti mudah disukai oleh para gamer. Jika beberapa kelemahan kecil dapat diperbaiki, ada kemungkinan IP ini dapat berkembang menjadi besar untuk Capcom pada masa akan datang.

Kunitsu-Gami: Path of the Goddess akan dikeluarkan pada 19 Julai 2024, untuk Xbox Series X|S, Xbox One, Windows, PlayStation 5, PlayStation 4 dan Steam. Mereka yang melanggan Xbox Game Pass boleh memainkannya dari hari pertama keluaran. Untuk pre-order, anda boleh tekan SINI!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Kunitsu-Gami: Path of the Goddess

7 Score

Aksi dan tower defense taktikal pula merupakan fokus kuat dalam game ini. Dengan dua sisi untuk dipantau, ini membuatkan pemain lebih terlibat pada gameplay tidak kira semasa waktu pertahanan atau pertempuran.

PROS

  • Aspek aksi dan tower defense memberi nafas baru kepada gameplay
  • Menampilkan banyak budaya Jepun - tidak kira rekaan watak, muzik dan lain-lain
  • Sistem upgrade mudah faham dan tidak rumit

CONS

  • Jalan cerita membosankan
  • Game terlalu singkat

Review Breakdown

  • Skor 0
Tags: Kunitsu-Gami: Path of the Goddessreviu
ShareTweetSend
Previous Post

Transformers One Akan Tayang September 2024, Kisah Awal Optimus Prime & Megatron

Next Post

Previu Kriegsfront Tactics – Prologue: Mecha Muncul Di Asia Tenggara?

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Previu Kriegsfront Tactics – Prologue: Mecha Muncul Di Asia Tenggara?

Previu Kriegsfront Tactics - Prologue: Mecha Muncul Di Asia Tenggara?

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd