Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

HoYo FEST 2024 Umum Acara Online, Tapi Peminat Mengadu Ganjaran Tidak Berbaloi!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 12, 2024
in Acara, Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, PC, PS4, PS5, RPG
0 0
0
HoYo FEST 2024 Umum Acara Online, Tapi Peminat Mengadu Ganjaran Tidak Berbaloi!
Share on FacebookShare on Twitter

Pada bulan lepas, HoYoverse mengumumkan bahawa HoYo Fest 2024 akan kembali ke Malaysia sekali lagi pada bulan Ogos tahun ini. Untuk mempersiapkan semua orang, mereka baru-baru ini mendedahkan barisan acara online untuk HoYo FEST 2024, di mana para peserta berpeluang untuk memenangi pelbagai jenis ganjaran in-game dan barangan eksklusif bertemakan HoYo FEST.

Setakat ini, hanya tiga acara sahaja yang diumumkan tetapi semuanya khas untuk Genshin Impact. Berikut adalah butirannya:

Sharing is Caring

Kredit: HoYoverse
  • Cara-cara sertai: Cipta imej eksklusif di halaman web HoYo FEST dan kongsikannya pada platform media sosial.
  • Tempoh: 18 Julai 2024, 11:00 – 30 Ogos 2024, 23:59
  • Ganjaran: 20,000 Mora

Let’s join HoYo FEST together!

Kredit: HoYoverse
  • Cara-cara sertai: Kongsi posting halaman web HoYo FEST sudah online di akaun media sosial rasmi Genshin Impact atau HoYoLAB.
  • Tempoh: 18 Julai 2024, 11:00 – 30 Ogos 2024, 23:59
  • Ganjaran: 160 Primogem (untuk 500 pemenang sahaja)

Lights, Camera, Action!?

Kredit: HoYoverse
  • Cara-cara sertai: Jemput Traveler lain untuk mengambil gambar bersama dalam game, dan muat naik di bahagian komen di posting media sosial rasmi Genshin Impact.
  • Tempoh: 18 Julai 2024, 11:00 – 30 Ogos 2024, 23:59
  • Ganjaran: Barangan HoYo FEST eksklusif Genshin Impact (untuk 220 pemenang sahaja, watak yang diberi adalah rawak)

Kontroversi

Malangnya, acara ini menimbulkan kontroversi kerana ganjarannya dianggap tidak berbaloi, sedikit, kedekut dan sebagainya oleh para peminat. Malah apabila dibandingkan dengan game lain, ramai yang setuju Honkai: Star lebih pemurah hati daripada segi hadiah dan ganjaran. Berikut adalah beberapa komen daripada netizen:

Kredit: Facebook
Kredit: Facebook
Kredit: Facebook

Memandangkan acara-acara online HoYo FEST 2024 di atas dikhususkan untuk Genshin Impact, kemungkinan besar HoYoverse akan menambah lagi banyak acara online baharu untuk game mereka yang lain seperti Honkai: Star Rail, Zenless Zone Zero, dan lain-lain. Cuma, kami berharap ganjaran yang diberi lebih banyak daripada sekarang.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: HOYO Fest 2024
ShareTweetSend
Previous Post

‘Need For Speed Mobile’ Rasmi Lancar Di China, Versi Global Mungkin Hujung 2024!

Next Post

Previu Hearthborn Battler – Serang Tanpa Henti Dalam “MTG: Bloomburrow!”

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Persona 4 Revival – Remake Moden Kepada RPG yang Dicintai
Remake

Persona 4 Revival – Remake Moden Kepada RPG yang Dicintai

June 9, 2025
Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Next Post
Previu Hearthborn Battler – Serang Tanpa Henti Dalam “MTG: Bloomburrow!”

Previu Hearthborn Battler - Serang Tanpa Henti Dalam "MTG: Bloomburrow!"

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd