Sempena expansion Bloomburrow akan datang, kami kembali sekali lagi dengan satu lagi previu untuk Magic: The Gathering (MTG) yang kali ini menampilkan kad istimewa, Hearthborn Battler, yang diberi oleh rakan-rakan dari Wizards of the Coast.

Secara am, Hearthborn Battler adalah kad Creature yang memakan kos 2 generic mana dan satu red mana. Menampilkan Lizard Warlock sebagai fokus utama, ia memiliki stats 2 Power dan 3 Toughness. Dengan hanya menggunakan 3 mana, kad ini ternyata sangat murah, jadi anda boleh menggunakannya sejak daripada pusingan awal. Malah, kami anggap kad ini juga boleh dimuatkan dalam dek yang sangat OP kerana sifat pertarungannya yang agresif.
Efek dan teks untuk kad Hearthborn Battler adalah seperti berikut:
“Haste”
“Setiap kali mana-mana pemain melakukan spell kedua setiap pusingan, Hearthborn Battler akan melakukan 2 damage kepada musuh sasaran.”
Dengan abiliti Haste, ini bermaksud kad ini boleh menyerang pada giliran yang sama ia diseru, di mana Hearthstone Battler mampu melakukan lebih banyak damage setiap kali pemain memainkan kad lain. Ini membuatkan kad ini sangat bagus semasa late game apabila anda mempunyai lebih banyak mana untuk membuat serangan berterusan.
Malah, disebabkan teks berkata “mana-mana pemain” (a player), itu juga bermakna ia bertindak sebagai cara untuk menghalang pihak lawan daripada bermain terlalu agresif.
Sekilas pandang, kad ini nampak sangat sesuai untuk Mono Red deck, Rakdos deck, ataupun Boros deck yang memfokuskan kepada strategi spell-slinging.
Kad ini boleh kombo dengan Impact Tremor yang akan memberikan damage, walaupun sekadar seru sahaja memandangkan ia adalah kad Creature. Anda juga boleh cuba kombo ini: Impact Tremor → Fiery Emancipation → Hearthborn Battler → Lightning Bolt. Jika dibuat dengan sempurna, kombo ini membolehkan 18 damage dalam satu pusingan.
Cuma, saya mengesyorkan anda untuk menggunakan Mana Geyser dan/atau Ritual Pyretic sebagai mana ramp supaya dapat melakukan keempat-empat speel dalam satu pusingan. Jika tidak menggunakan kombo di atas, Hearthborn Battler masih adalah kad yang fleksibel dan boleh digunakan dalam Blue deck memandangkan dek biru mempunyai banyak spell.

Selain versi standard, Hearthborn Battler juga datang dalam versi Booster Fun, yang menampilkan reka bentuk “Extended Art.” Bagi mereka yang kurang tahu, rekaan Extended Art memanjangkan seni pada kad sehingga ke sisi kiri dan kanan, lantas menghilang bingkai di sekeliling. Memandangkan kad Extended Art jatuh di bawah peraturan “non-silver”, oleh itu ia sah untuk digunakan dalam kejohanan.
Jika berminat dengan kad ini, anda boleh mendapatkan set Bloomburrow yang akan dikeluarkan pada 2 Ogos 2024! Merupakan set MTG pertama Magic tanpa sebarang makhluk humanoid, watak-wataknya terdiri daripada haiwan antropomorfik. Bloomburrow tersedia dalam Play Booster, Collector Booster, Bloomburrow Bundle, empat deck Commander dan Starter Kit.
Untuk info lanjut, sila layari laman web rasmi di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post