Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sword Art Online: Fractured Daydream Akan Tiba 3 Oktober, Boleh Pre-Order Sekarang!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 3, 2024
in Action, Anime, Artikel, Berita, Nintendo Switch, PC, PS5, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Sword Art Online: Fractured Daydream Akan Tiba 3 Oktober, Boleh Pre-Order Sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Bandai Namco mengumumkan bahawa Sword Art Online: Fractured Daydream akan dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series, Switch dan PC melalui Steam pada 3 Oktober, serta dibuka untuk pre-order sekarang.

Dibuat sempena Ulang Tahun ke-10 francais Sword Art Online, video baharu turut dimuat naik yang menjelaskan jalan cerita bagi game baharu ini:

Bagi peminat lama dan baharu, Sword Art Online: Fractured Daydream memberikan pengalaman co-op raid battle terunggul dalam siri, dengan menampilkan mekanik gameplay serba baharu dan barisan impian lebih 20 watak terhebat dari seluruh francais Sword Art Online.

Semua watak-watak ini datang daripada anime – khususnya Season 1 hingga 3, dan juga siri filem. Bukan generik semata-mata, setiap watak tergolong dalam kelas pertempuran unik dengan atribut sendiri, serta mempunyai kemahiran dan abiliti yang membezakannya dengan watak lain.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Daripada segi gameplay, pemain akan terlibat dalam aksi co-op yang sengit, termasuk online dungeon raid melawan gerombol musuh yang banyak dan juga bos yang lebih kuat. Bekerjasama dengan sehingga 20 pemain di seluruh dunia (sokongan cross-gen) untuk mengalahkan setiap raksasa mengancam bersama wira dan penjahat Sword Art Online kegemaran.​

Bukan itu sahaja, Sword Art Online: Fractured Daydream turut menampilkan kisah original baharu. Apa yang akan berlaku jika watak Sword Art Online daripada dunia dan zaman yang berbeza bertembung? Sejauh manakah seseorang akan pergi untuk mendapatkan peluang kedua?

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Semua dunia Sword Art Online kini bertembung, dengan interaksi luar biasa antara watak berbeza—musuh menjadi sekutu, yang mati pun dapat hidup semula, dan sebagainya. Pemain dapat mengalami pelbagai interaksi daripada semua story arc – Season 1 hingga 4 – dalam game.

Seperti saya kata tadi, game ini dibuka untuk pre-order sekarang. Edisi Deluxe termasuk watak DLC dan set kostum, manakala Edisi Premium termasuk kostum tambahan lain, buku seni digital, runut bunyi digital dan akses awal tiga hari sebelum dikeluarkan.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Jika berminat dengan Sword Art Online: Fractured Daydream, anda boleh pre-order di SINI!

Tags: Pre-OrderSword Art Online: Fractured Daydream
ShareTweetSend
Previous Post

Unboxing MTG x Assassin’s Creed – Set Lebih Membunuh Bersama Hidden Ones!

Next Post

Gundam Breaker 4 Umum ‘Open Network Test’, Akan Bermula 18 Julai

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’
Berita

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’

June 12, 2026
Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru
Berita

Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru

June 12, 2026
Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026
Demo

Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026

June 12, 2026
Next Post
Gundam Breaker 4 Umum ‘Open Network Test’, Akan Bermula 18 Julai

Gundam Breaker 4 Umum 'Open Network Test', Akan Bermula 18 Julai

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd