Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Cuba Demo Kunitsu-Gami: Path of the Goddess Sekarang, Kolaborasi Okami Turut Diumum

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 2, 2024
in Artikel, Berita, Demo, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Cuba Demo Kunitsu-Gami: Path of the Goddess Sekarang, Kolaborasi Okami Turut Diumum
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Capcom mengumumkan bahawa demo percuma untuk Kunitsu-Gami: Path of the Goddess kini tersedia untuk PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series, Xbox One dan PC. Bukan itu sahaja, mereka turut mengumumkan bahawa game ini akan mengadakan kolaborasi unik bersama satu lagi game buatan Capcom iaitu Okami!

Demo

Kredit: Capcom

Merupakan game single-player strategi aksi Kagura, Kunitsu-Gami: Path of the Goddess menampilkan elemen mitos yang diilhamkan oleh Jepun kuno dan gameplay yang menawan visual ketika pemain membantu protagonis Soh untuk membuat keputusan strategik dan menggunakan aksi tarian pedang demi melindungi Maiden Yoshiro dan membawa keamanan kembali ke kampung-kampung di Gunung Kafuku .

Pemain kini dapat mencuba demo Kunitsu-Gami: Path of the Goddess sekarang, yang membolehkan anda bermain beberapa stage di dalam main game seberapa banyak yang anda suka tanpa had masa.

Kredit: Capcom

Bagi mereka yang berminat, demo ini boleh dimuat turun di PlayStation 5 dan PlayStation 4 melalui PlayStation Store, Xbox Series dan Xbox One melalui Microsoft Store dan PC melalui Steam dan Microsoft Store.

Kolaborasi Okami

Kredit: Capcom

Sempena pelancaran demo, kolaborasi istimewa dengan Okami, game pengembaraan aksi klasik buatan Capcom pada 2006 akan hadir ke Kunitsu-Gami: Path of the Goddess, termasuk senjata dan kostum kolaborasi eksklusif Okami, serta runut bunyi yang istimewa!

Sebagai bonus; jika pemain bekerjasama untuk mengumpul 1 bilion kristal dan mencari 15 Lucky Mallet tersembunyi, item kolaborasi Okami akan disertakan sebagai “free title update” semasa pelancaran untuk semua orang.

Kredit: Capcom

Kunitsu-Gami: Path of the Goddess akan dikeluarkan pada 19 Julai 2024, untuk Xbox Series X|S, Xbox One, Windows, PlayStation 5, PlayStation 4 dan Steam. Mereka yang melanggan Xbox Game Pass boleh memainkannya dari hari pertama keluaran. Untuk pre-order, anda boleh tekan SINI!

Tags: Kunitsu-Gami: Path of the GoddessOkami
ShareTweetSend
Previous Post

One Piece Live-Action Season 2 Memulakan Produksi!

Next Post

[UPDATE] UNIQLO Malaysia Akan Menambah Koleksi UT Oshi No Ko, Akan Datang 5 Julai!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Stellar Blade Dedahkan Sekuel “BLOOD RAIN”
Berita

Stellar Blade Dedahkan Sekuel “BLOOD RAIN”

June 6, 2026
Capcom Umum Remake Resident Evil Veronica, Akan Datang Tahun 2027
Remake

Capcom Umum Remake Resident Evil Veronica, Akan Datang Tahun 2027

June 6, 2026
Final Fantasy VII Revelation – Game Terakhir Untuk Trilogi Remake Akan Datang Pada 2027 Di Semua Platform
Berita

Final Fantasy VII Revelation – Game Terakhir Untuk Trilogi Remake Akan Datang Pada 2027 Di Semua Platform

June 6, 2026
Next Post
[UPDATE] UNIQLO Malaysia Akan Menambah Koleksi UT Oshi No Ko, Akan Datang 5 Julai!

[UPDATE] UNIQLO Malaysia Akan Menambah Koleksi UT Oshi No Ko, Akan Datang 5 Julai!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd