Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime Terminator Zero Dedah Watak Utama, Akan Datang Ogos 2024!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 28, 2024
in Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Anime Terminator Zero Dedah Watak Utama, Akan Datang Ogos 2024!
Share on FacebookShare on Twitter

Semalam, Netflix telah mendedahkan barisan watak utama untuk siri anime Terminator Zero, yang berdasarkan francais filem Terminator. Akan ditayangkan di seluruh dunia pada 29 Ogos, Netflix turut mendedahkan beberapa imej baharu yang memberi pandangan lebih lanjut kepada anime baharu ini.

Kredit: Netflix

Dihasilkan oleh Skydance Animation dan Production I.G, Mattson Tomlin (Project Power, The Batman II) akan berkhidmat sebagai showrunner, penerbit eksekutif dan penulis untuk siri ini. David Ellison, Dana Goldberg dan Don Granger daripada Skydance akan bertanggungjawab sebagai penerbit eksekutif. Selain itu, Masashi Kudo akan mengarahkan anime itu di Production I.G.

Terdiri daripada lapan episod, siri anime Terminator Zero adalah sebahagian daripada universe Terminator, tetapi mengisahkan tentang watak baharu. Berikut adalah sinopsis rasmi menurut Netflix:

Kredit: Netflix

2022: Perang masa depan telah berterusan selama beberapa dekad antara segelintir manusia yang terselamat dan tentera mesin yang tidak berkesudahan. 1997: AI yang dikenali sebagai Skynet mendapat kesedaran diri dan memulakan perangnya terhadap kemanusiaan.

Terperangkap antara masa depan dan masa lalu adalah seorang askar yang dihantar kembali ke masa lepas untuk mengubah nasib manusia. Dia tiba pada tahun 1997 untuk melindungi seorang saintis bernama Malcolm Lee yang bekerja untuk melancarkan sistem AI baharu yang direka untuk bersaing dengan Skynet yang akan menyerang manusia.

Ketika Malcolm mengharungi masalah moral sendiri, dia diburu oleh pembunuh upahan yang tidak putus-putus dari masa depan yang mengubah nasib tiga anaknya selama-lamanya.

Berikut adalah barisan watak utama:

Timothy Olyphant sebagai The Terminator: android sibernetik yang menyamar sebagai manusia. Ia tidak berasa kasihan, penyesalan, ketakutan, dan tidak akan berhenti, sehingga sasarannya mati.

Kredit: Netflix

Rosario Dawson sebagai Kokoro: AI canggih dan ciptaan Jepun untuk melawan Skynet, jika dibawa online, Kokoro akan diberi kuasa yang sama seperti Skynet.

Kredit: Netflix

André Holland sebagai Malcolm Lee: Seorang programmer genius, Malcolm Lee dihantui mimpi ngeri tentang apokalips masa depan. Dia menghabiskan sedekad mencipta kecerdasan buatan rahsia yang dia percaya akan menjadi harapan terakhir manusia.

Kredit: Netflix

Sonoya Mizuno sebagai Eiko: Berasal dari Judgment Day 2022, Eiko ialah askar yang dihantar ke masa lalu untuk menghalang Malcolm daripada melancarkan Kokoro.

Kredit: Netflix

Ann Dowd sebagai The Prophet: Pada masa hadapan, The Prophet adalah individu berfalsafah yang membantu manusia.

Kredit: Netflix
Tags: animeTerminator Zero
ShareTweetSend
Previous Post

Kolaborasi ‘Nikke Cool Summer Fest’ Akan Bermula Di Malaysia Pada 4 Julai!

Next Post

HoYo Fest Akan Kembali Di Malaysia Pada Ogos 2024!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
HoYo Fest Akan Kembali Di Malaysia Pada Ogos 2024!

HoYo Fest Akan Kembali Di Malaysia Pada Ogos 2024!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd