Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Projek ‘Game Mobile JoJo’s Bizarre Adventure’ Diteruskan Oleh KLab

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 21, 2024
in Anime, Artikel, Berita, Mobile
0 0
0
Projek ‘Game Mobile JoJo’s Bizarre Adventure’ Diteruskan Oleh KLab
Share on FacebookShare on Twitter

Syarikat pembuat game mobile Jepun, KLab, nampaknya akan menyambung semula pembangunan “game mobile online” berdasarkan anime JoJo’s Bizarre Adventure, dengan kerjasama Wanda Cinemas Games.

Kredit: David Production

KLab asalnya mengumumkan game ini pada tahun 2020 di mana mereka menerima hak pengedaran untuk sebuah game mobile berdasarkan IP tersebut. Malangnya, projek terpaksa dihentikan apabila “masalah” timbul dengan rakan pembangunan dahulu.

Kini, empat tahun kemudian, mereka menemui rakan kongsi, Wanda Cinemas Games, yang berpangkalan di Beijing. Disebabkan KLab masih memegang hak lesen, akhirnya mereka boleh bersambung dengan projek game mobile JoJo’s Bizarre Adventure.

Kredit: ZeroChan

Buat masa sekarang, game JoJo ini dijangka akan dilancarkan di seluruh dunia kecuali Jepun pada tahun 2026 (mungkin ia dikeluarkan lebih awal di Jepun). Pengumuman lanjut akan menyusul, termasuk tajuk rasmi dan gameplay.

Sama ada game mobile JoJo akan berubah secara dramatik atau kekal setia kepada bahan sumber masih belum pasti, tetapi KLab mengesahkan game ini adalah berdasarkan anime dan bukannya manga.

Kredit: David Production

Syarikat KLab amat terkenal kerana bekerjasama dengan francais besar daripada Jepun, dengan mengubahnya kepada game mobile yang boleh dinikmati oleh semua. Antara contoh terkenal ialah Captain Tsubasa: Dream Team hingga Bleach: Brave Souls.

Malah, pada bulan lepas, mereka juga mengumumkan sedang menghasilkan game kasual hibrid berdasarkan anime “BLEACH”. Gameplay dan butiran lain tidak diumumkan tetapi KLab menjelaskan bahawa permainan itu akan tersedia dalam bahasa Inggeris dan Jepun.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: JoJo’s Bizarre AdventureMobile
ShareTweetSend
Previous Post

Redmi Note 13 Pro 5G Menambah Pilihan “Olive Green”, Harga Promo Bermula RM 1,299!

Next Post

Gen Alpha Memilih “Top 5 Anime Kegemaran”, Demon Slayer Nombor 1!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

aespa Membawa Sentuhan K-pop Ke Dalam Street Fighter 6 Melalui Kolaborasi Khas!
Berita

aespa Membawa Sentuhan K-pop Ke Dalam Street Fighter 6 Melalui Kolaborasi Khas!

July 1, 2025
JoJo’s Bizarre Adventure: Ora Ora Overdrive – Game Baharu Untuk Platform Mobile!
Mobile

JoJo’s Bizarre Adventure: Ora Ora Overdrive – Game Baharu Untuk Platform Mobile!

July 1, 2025
Steam Menambah “In-Game Performance Monitor” untuk Tingkatkan Pengalaman Gaming!
Teknologi

Steam Menambah “In-Game Performance Monitor” untuk Tingkatkan Pengalaman Gaming!

July 1, 2025
Next Post
Gen Alpha Memilih “Top 5 Anime Kegemaran”, Demon Slayer Nombor 1!

Gen Alpha Memilih "Top 5 Anime Kegemaran", Demon Slayer Nombor 1!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd