Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[TGS 2019] Sword Art Online: Alicization Lycoris – Seperti anime cuma lebih banyak aksi!

Segar Dari Ladang!

Jade Ice by Jade Ice
September 14, 2019
in Artikel, Berita, PC, PS4, Temuramah, Xbox One
0 0
0
[TGS 2019] Sword Art Online: Alicization Lycoris – Seperti anime cuma lebih banyak aksi!
Share on FacebookShare on Twitter

Di Tokyo Game Show 2019, Sword Art Online: Alicization Lycoris telah dipamerkan kepada pihak media. Kami juga berkesempatan untuk menghadiri persembahan dan temuramah bersama penerbit game ini iaitu Yosuke Futami. Kepada yang ingin tahu, Alicization Lycoris membawa maksud bunga sebagai motif. Ini dapat dilihat dalam permainan dimana terdapat watak yang menggunakan pedang rose berwarna biru. Di Jepun bunga Lycoris dipanggil Higanbana dimana ianya menggambarkan kesedihan.

Ini adalah game terkini berdasarkan sebuah anime yang sangat terkenal, dan ianya akan membawa pemain ke dunia maya “Underworld” yang di dasarkan daripada Alicization arc. Arc ini memiliki 24 episod kesemuanya, tetapi selepas itu, hala tuju anime dan game nya akan mengambil arah yang berbeza. Ini menjamin keaslian jalan cerita untuk game anime ini.

Di samping sistem pertempuran “real-time”, game ini juga membolehkan pemain untuk menghentikan seketika permainan ketika pertempuran; membenarkan pemain memberi arahan kepada watak-watak mereka. Tetapi disarankan agar pemain menggunakan mod real-time agar animasi dan visual permainan tampak lebih cantik dengan aliran yang lancar.

Ciri baru yang membezakan game terbaru anime ini adalah peranan AI. Sistem AI dalam game ini akan menghafal corak permainan pemain, menjadikan pertempuran lebih menarik. Watak utama boleh melakukan rantaian serangan bersama NPC. Sistem ini seakan sistem Gambit dalam Final Fantasy XII, tetapi galam Alicization Lycoris, corak permainan unik pemain sendiri boleh dijadikan Gambit.

Dari segi watak pula, terdapat banyak watak yang boleh digunakan oleh pemain. Untuk penambahan watak, Yosuke mengatakan bahawa sebarang penambahan akan diumumkan pada masa hadapan tetapi, setiap partner player adalah watak yang boleh digunakan pemain.

Untuk pemain baru (yang belum pernah memainkan) Sword Art Online, game terbaru ini boleh dimainkan secara terus tanpa mengetahui jalan cerita animenya kerana, satu dunia yang baru telah dibina dalam game ini. Oleh kerana ini adalah game RPG, seseorang pemain akan mampu menamatkannya setelah mencapai satu level watak yang tertentu.

Apa yang menarik adalah, Yosuke mengatakan game ini secara keseluruhannya adalah “ringan” untuk pemain-pemain baru dan pemain separa serius, tetapi ia juga menawarkan kandungan yang menarik untuk pemain-pemain hardcore.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Bandai NamcoSword Art Online: Alicization Lycoris
Previous Post

[TGS 2019] Mengganas sebagai Kaiju di GigaBash! Hasil studio Malaysia Passion Republic!

Next Post

[TGS 2019] Bersedia untuk berperang dengan Call of Duty: Modern Warfare juga Beta Terbuka bermula hari ini 14 hingga 16 September!

Jade Ice

Jade Ice

"Bolehlah" gamer. Tak n00b tak expert. Dulu-dulu teras keras punya gamer. Sekarang kids, wife, gaming (in that order). Hantu Final Fantasy, MGS, Kingdom Hearts.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
[TGS 2019] Bersedia untuk berperang dengan Call of Duty: Modern Warfare juga Beta Terbuka bermula hari ini 14 hingga 16 September!

[TGS 2019] Bersedia untuk berperang dengan Call of Duty: Modern Warfare juga Beta Terbuka bermula hari ini 14 hingga 16 September!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd