Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Katalog PS Plus Jun 2024 – Monster Hunter Rise, Football Manager 2024, After Us

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 13, 2024
in Artikel, Berita, Game Percuma, PS4, PS5
0 0
0
Katalog PS Plus Jun 2024 – Monster Hunter Rise, Football Manager 2024, After Us
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Sony Interactive Entertainment telah mengumumkan mereka akan menambah sejumlah game baharu ke katalog game PlayStation Plus (PS) bulan Jun 2024 bagi pelanggan Extra dan Deluxe.

Antara game yang bakal ditambah termasuk Monster Hunter Rise, Football Manager 2024, After Us dan banyak lagi. Kesemua game ini akan tersedia bermula 18 Jun, jadi anda tidak perlu menunggu begitu lama. Berikut adalah senarai game yang akan tersedia dalam katalog PS Plus Jun 2024.

After Us (PS5)

Bermain sebagai Spirit of Life Gaia, dan navigasi persekitaran platform dalam dunia abstrak untuk menyelamatkan roh haiwan yang telah pupus. Hidupkan semula makhluk ini selepas mengetahui nasib terakhir mereka, semasa bertahan daripada Devourers, makhluk berbahaya diliputi minyak yang berkeliaran mencari kehidupan yang masih hidup.

Anno 1800 (PS5)

Selamat datang ke awal Zaman Perindustrian dalam game real-time strategy membina bandar ini. Temui teknologi, wilayah dan masyarakat baharu, laksanakan strategi sendiri dan bina dunia baharu mengikut reka bentuk anda. Main solo atau gunakan mode online untuk bermain mode PvP atau co-op:

Crusader Kings III (PS5)

Jalani kehidupan pemerintah zaman pertengahan dalam strategi RPG, Crusader Kings III! Ambil pimpin sebagai keluarga bangsawan pada zaman pertengahan, meningkatkan kuasa dan reputasi melalui generasi. Main sebagai pakar perang dengan menakluk musuh, atau menggunakan plot rahsia dan racun untuk memajukan agenda anda.

Far Cry 4 (PS4)

Terokai dunia terbuka luas Kyrat, sebuah negara yang penuh dengan tradisi dan keganasan, di mana ada bahaya di setiap sudut. Bermain sebagai Ajay Ghale, yang mengembara ke Kyrat untuk memenuhi hajat ibu yang hampir mati, tetapi mendapati diri terperangkap dalam perang untuk menggulingkan rejim diktator Pagan Min.

Football Manager 2024 (PS5)

Football Manager 2024 Console mengubah anda menjadi pengurus bola sepak sebenar untuk merealisasikan impian kepada kenyataan. Anda ditugaskan untuk membina skuad elit penuh dengan bintang antarabangsa yang mampu memenangi trofi utama dalam bola sepak seperti UEFA Champions League.

LEGO The Hobbit (PS4)

Game interaktif LEGO The Hobbit membolehkan pemain mengalami adegan kegemaran mereka daripada filem The Hobbit, diubah ke suasana lucu Lego. Ikuti Bilbo Baggins ketika dia direkrut oleh Gandalf untuk membantu Thorin Oakenshield dan rakan-rakan kerdilnya.

LEGO The Incredibles (PS4)

Alami pengembaraan lucu The Incredibles ketika mereka menghentikan jenayah sambil meneruskan kehidupan sebagai keluarga melalui kedua-dua filem Disney-Pixar The Incredibles dan Incredibles 2, dalam dunia LEGO yang penuh dengan keseronokan dan jenaka.

Monster Energy Supercross – The Official Videogame 6 (PS5, PS4)

Beraksi dengan Monster Energy Supercross 6! Alami semua kejohanan Monster Energy Supercross 2022 Championship dengan basikal, rider dan litar rasmi. Manfaatkan setting yang luas untuk customize setiap butiran gaming anda, untuk memilih jumlah realisme dan kemudahan memandu.

Monster Hunter Rise (PS5, PS4)

Sahut cabaran dan sertai pemburuan Monster Hunter Rise! Customize hunter anda, pilih daripada 14 jenis senjata unik, rekrut Palico Felyne dan Palamute Canyne serba baharu, dan bersedia untuk menerokai pelbagai peta yang luas dan terperinci, secara solo atau bersama skuad empat orang.

Police Simulator: Patrol Officers (PS5, PS4)

Sertai pasukan polis Amerika fiksyen dan alami kehidupan seharian seorang pegawai polis. Bermula dengan tugasan kecil, sehinggalah anda bersedia untuk memikul tanggungjawab lebih besar.

Tags: ps plusps5
ShareTweetSend
Previous Post

AFA Creators Super Fest Kembali Di Singapura Pada 27 & 28 Julai 2024!

Next Post

Manga ‘Gachiakuta’ Dapat Anime Rasmi Oleh Studio Bones, Akan Keluar 2025

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Manga ‘Gachiakuta’ Dapat Anime Rasmi Oleh Studio Bones, Akan Keluar 2025

Manga 'Gachiakuta' Dapat Anime Rasmi Oleh Studio Bones, Akan Keluar 2025

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd