Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Call of Duty: Black Ops 6 Akan Datang 25 Oktober Di PlayStation, Xbox Series & PC

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 10, 2024
in Artikel, Berita, Microsoft, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Call of Duty: Black Ops 6 Akan Datang 25 Oktober Di PlayStation, Xbox Series & PC
Share on FacebookShare on Twitter

Activision mengumumkan bahawa Call of Duty: Black Ops 6 akan dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Steam dan Microsoft Store pada 25 Oktober tahun ini. Game ini juga boleh didapati melalui Xbox Game Pass pada hari pertama.

Bersama pengumuman ini, mereka turut mendedahkan gameplay rasmi pertama yang anda boleh tonton di bawah:

Secara ringkas, Black Ops baharu menampilkan narrative campaign serba baharu, mode Multiplayer dengan 16 peta multiplayer baharu, termasuk 12 peta utama six-versus-six dan empat peta Strike yang boleh dimainkan two-versus-two atau six-versus-six, bersama dengan kepulangan fitur kegemaran peminat seperti mode Classic Prestige dan Theater, serta pengalaman Zombie serba baharu yang memperkenalkan dua peta Zombie baharu dan unik.

Kredit: Activision

Campaign

Kredit: Activision

Berlatarkan selepas peristiwa Black Ops Cold War dan terikat dengan flashback 1980-an Black Ops 2, Black Ops 6 berlangsung pada awal 1990-an semasa tempoh pergolakan politik global, selepas berakhirnya Cold War.

Pemain akan meneroka Tundra Rusia yang sejuk, padang pasir Timur Tengah yang luas, Eropah Selatan, dan Amerika Syarikat bersama watak ikonik Frank Woods dan Russell Adler, dengan sekutu baharu Troy Marshall dan Jane Harrow. Berlatarkan awal 90-an, senjata dan peralatan juga berasal daripada ’90-an dan boleh digunakan untuk pertempuran berdepan dan bersembunyi.

Kredit: Activision

Safehouse baharu, sebuah rumah agam terbiar dan tapak hitam KGB, menawarkan campaign hub di mana pemain boleh belajar tentang sekutu, meneroka dan menyelesaikan teka-teki, mengumpulkan info dan upgrade atau pergi ke papan bukti untuk memilih misi.

Tambahan Baru Pada Gameplay

Kredit: Activision

Untuk gameplay, ciri baharu ‘Omnimovement’ membolehkan pemain bergerak secara realistik dan melakukan pergerakan rumit seperti hero aksi sebenar.

Omnimotion membolehkan pemain memecut, menggelongsor dan menyelam ke mana-mana arah, bersama dengan Supine Prone baharu, keupayaan untuk berpusing sambil meniarap, untuk memberikan lebih kebebasan bergerak dan fleksibiliti taktikal.

Kredit: Activision

Inovasi pergerakan juga termasuk keupayaan Intelligent Movement dan Corner Slicing.


Sekali lagi saya ingatkan, Call of Duty: Black Ops 6 akan dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Steam dan Microsoft Store pada 25 Oktober.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Call of Duty: Black Ops 6
ShareTweetSend
Previous Post

Balahara Muncul Dalam Gameplay Baharu ‘Monster Hunter Wilds’, Game Akan Sokong Crossplay

Next Post

Dragon Age: The Veilguard Akan Lancar Sekitar September – Disember 2024

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

AFA Creators Super Fest 2025 Kembali Ke Singapura – Lokasi Baharu Dengan Lineup Hebat!
Acara

AFA Creators Super Fest 2025 Kembali Ke Singapura – Lokasi Baharu Dengan Lineup Hebat!

July 10, 2025
Netflix Umumkan Siri Live-Action Solo Leveling Dibintangi Byeon Woo-seok
Movie/siri

Netflix Umumkan Siri Live-Action Solo Leveling Dibintangi Byeon Woo-seok

July 10, 2025
Racing Master “Authentic Racer Season” Gegarkan Malaysia Dengan Kereta & Pelbagai Acara Baharu!
Mobile

Racing Master “Authentic Racer Season” Gegarkan Malaysia Dengan Kereta & Pelbagai Acara Baharu!

July 10, 2025
Next Post
Dragon Age: The Veilguard Akan Lancar Sekitar September – Disember 2024

Dragon Age: The Veilguard Akan Lancar Sekitar September - Disember 2024

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Reviu Gachiakuta EP1 & EP2 – Konsep “Sampah Pun Barang Berharga”
Review

Reviu Gachiakuta EP1 & EP2 – Konsep “Sampah Pun Barang Berharga”

Daemons of the Shadow Realm Diadaptasi Ke Anime – Karya Terbaru Pencipta Fullmetal Alchemist
Anime

Daemons of the Shadow Realm Diadaptasi Ke Anime – Karya Terbaru Pencipta Fullmetal Alchemist

July 8, 2025
Netmarble Umum Solo Leveling: KARMA, Sebuah RPG Aksi Roguelite Untuk PC & Mobile
Berita

Netmarble Umum Solo Leveling: KARMA, Sebuah RPG Aksi Roguelite Untuk PC & Mobile

July 7, 2025
Anime Garena Free Fire Dedahkan Trailer Pertama, Fokus Utama Pada Watak Kelly!
Anime

Anime Garena Free Fire Dedahkan Trailer Pertama, Fokus Utama Pada Watak Kelly!

July 7, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd