Diumumkan semasa Summer Game Fest baru-baru ini, Bandai Namco dan Spike Chunsoft mendedahkan bahawa Dragon Ball: Sparking! ZERO rasmi akan dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC melalui Steam pada 11 Oktober 2024.
Bersama pengumuman ini, mereka turut mengeluarkan trailer baharu dan turut membuka pre-order untuk game ini.
Tentang Game Ini
Dibangunkan oleh Spike Chunsoft, terkenal dengan kerja mereka untuk game Dragon Ball Z lama seperti Budokai Tenkaichi, Dragon Ball: Sparking! ZERO membolehkan pemain mengalami pertempuran epik bersama watak legenda daripada siri ini.
Episode Battle membenarkan pemain memilih salah satu daripada lapan watak dan menghidupkan semula detik-detik pertempuran penting dalam saga Dragon Ball. Custom Battle memperkenalkan elemen baharu untuk mengalami Dragon Ball di mana pemain boleh mencuba perlawanan yang dibayangkan oleh pembangun atau mencipta situasi pertempuran sendiri dan berkongsi dengan dunia.
Trailer baharu turut mendedahkan penambahan baharu pada senarai playable character dengan Goku (Super), Ultra Instinct, Gohan (Dewasa), Super Saiyan 2, Golden Frieza, Bardock, Raditz, Goku Black, Zamasu dan Jiren, Full Power.
Pre-Order
Selain Standard Edition, Dragon Ball: Sparking! ZERO tersedia dalam edisi berikut:
- Edisi Digital Deluxe yang merangkumi Edisi Standard, tiga hari akses awal kepada game dan Season Pass, yang mengandungi lebih daripada 20 watak termasuk watak daripada Dragon Ball Super: Super Hero dan Dragon Ball Daima serta Shenron Summon yang boleh membuka item. Akses awal kepada watak DLC turut disertakan.
- Edisi Digital Ultimate mengandungi kandungan Edisi Deluxe serta Ultimate Upgrade Pack yang merangkumi Kostum Goku (Super) dengan Power Pole, Set Emote Voice, satu item Customisation dan dua player card background. Edisi ini juga termasuk Super Shenron untuk membuka item atau watak.
- Edisi Collector’s termasuk kandungan daripada Edisi Digital Ultimate bersama dengan diorama eksklusif Dragon Ball: Sparking! ZERO dan Metallic Bookmark.
- Edisi Premium Collector’s, tersedia secara eksklusif di Bandai Namco Store, termasuk semua kandungan Edisi Collector’s serta SteelBook dan empat kad eksklusif daripada Dragon Ball Super Card Game Fusion Worlds.
Untuk pre-order, anda boleh tekan di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post