Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Destiny 2: The Final Shape Lancar Hari Ini, Pengakhiran Kepada ‘Light & Darkness Saga!’

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 5, 2024
in Artikel, Berita, PC, PS4, PS5, Shooter, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Destiny 2: The Final Shape Lancar Hari Ini, Pengakhiran Kepada ‘Light & Darkness Saga!’
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Bungie telah melancarkan Destiny 2: The Final Shape secara global pada semua platform utama. Merupakan bab penutup kepada “Light & Darkness Saga” yang berlangsung selama sedekad, The Final Shape meminta para Guardian untuk menghadapi musuh terunggul demi menamatkan Perang Cahaya dan Kegelapan.

Berikut adalah kandungan baru yang bakal ditemui oleh pemain:

Prismatic – Buat pertama kali dalam Destiny, gabung kuasa Darkness dan Light bersama dengan subkelas Prismatic. Seimbangkan Light dan Darkness untuk memperoleh Transcendence, yang membuka abiliti baharu dan melepaskan kuasa sebenar Prismatic.

The Pale Heart – Selama sedekad, pemain Destiny telah memandang Traveler dengan hairan. Kini, mereka akan memasukinya buat kali pertama. Terokai destinasi baharu ini, landskap yang penuh dengan perbuatan silam Guardians. Dengan bertahan hidup di tempat misteri ini, pemain akan menemui apa yang terletak di tengah Traveler, yang disesatkan oleh Witness.

Kredit: Bungie

Legendary Campaign – Legendary campaign kembali di The Final Shape, dengan ganjaran yang lebih besar, dan cabaran yang hanya boleh dihadapi oleh Guardian dan pasukan mereka.

Kredit: Bungie

Item Kelas Exotic – Buat pertama kali dalam Destiny 2, pemain akan dapat memakai item kelas Exotic . Item ini akan menampilkan perk popular daripada gear Exotic terkenal lain dan juga daripada kelas lain, lalu mendorong pemain untuk mencampur dan memadankan dua perk ability.

Kredit: Bungie

The Dread – Sebuah puak musuh yang berkhidmat untuk Witness, The Dread, menampilkan beberapa jenis musuh baharu dalam Destiny 2 termasuk:

  • Grim: Musuh terbang yang jeritannya boleh melambatkan para Guardian dan menyekat abiliti mereka.
  • Husk: Musuh jarak dekat ini amat pantas dan maut, bersenjatakan dua pedang gergasi dan boleh menggunakan serangan kedua yang dikenali sebagai Geist.
  • Weaver & Attendant: Musuh ala Psion ini masing-masing menggunakan kuasa Strand dan Stasis dan boleh membekukan Guardian atau menarik mereka merentasi medan perang.
  • Omen & Harbinger: Pakar kepada Stasis and Stand, Subjugator ini mengetuai pasukan Dread ke dalam perang.
Kredit: Bungie

Raid Baharu Akan Datang 7 Jun

Kredit: Bungie

Tidak lama selepas pelancaran The Final Shape, Bungie akan memperkenalkan raid terbarunya, Salvation’s Edge. Khusus direka untuk enam Guardian mahir, yang bertekad untuk menguji kemahiran, kerja berpasukan dan keupayaan mereka dalam menyelesaikan cabaran paling sukar yang tersedia dalam game.

Salvation’s Edge akan dilancarkan untuk semua pemain The Final Shape pada 7 Jun.

Episode: Echoes

Kredit: Bungie

Selepas pelancaran Destiny 2: The Final Shape, Bungie akan melancarkan Episode pertama, Echoes, pada 11 Jun.

Echoes ialah yang pertama daripada tiga Episode yang akan dilancarkan dalam Destiny 2 pada tahun The Final Shape. Kisah kali ini; para Guardian memulakan pengembaraan baharu selepas konfrontasi dengan Witness. Pemain akan melakukan pengembaraan baharu, aktiviti baharu dan memperoleh ganjaran baharu dalam cerita kendiri ini.


Destiny 2 kini tersedia untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Steam.

Tags: Destiny 2Destiny 2: The Final Shape
ShareTweetSend
Previous Post

Tiket Fan Screening ‘Ultraman Blazar The Movie’ Kini Dijual – Tayangan Pada 15 Jun!

Next Post

Terokai Strategi Baharu Dalam Set MTG: Modern Horizons III

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Terokai Strategi Baharu Dalam Set MTG: Modern Horizons III

Terokai Strategi Baharu Dalam Set MTG: Modern Horizons III

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd