Acer mengumumkan bahawa komputer riba nipis lagi ringan siri Swift mereka akan dilengkapi dengan cip pemproses komputer riba AMD Ryzen AI siri 300, bermula dari suku 3 2024.

Datang dengan lebih teras CPU dan GPU diadakan dalam PC dalam kelas ini yang dikuasakan oleh AMD, dan dilengkapi dengan enjin AI Ryzen yang cekap, cip pemproses AMD bersedia untuk menyediakan kecepatan dan prestasi yang luar biasa di atas tawaran-tawaran AI PC baharu dari Acer.
Model-model terbaru ini akan datang lengkap dengan pengalaman [NGAI] PC setelah Windows di kemas kini di akhir 2024 sehingga 2025.

Jack Huynh, naib presiden kanan dan GM, Kumpulan Pengkomputeran dan Grafik di AMD, berkata:
“Kami teruja untuk bekerjasama dengan Acer dalam komputer AI generasi seterusnya yang ringan dan nipis. Kami sedang mencipta kategori baharu komputer AI dengan Acer yang menampilkan pemproses AMD Ryzen AI generasi ke-3 kami dengan NPU paling berkuasa di dunia dengan 50 TOPS, APU terpantas di dunia, CPU paling berkuasa dengan seni bina Zen 5 generasi akan datang, dan grafik terbaik di dunia untuk permainan.”

Berdasarkan seni bina berprestasi tinggi baharu “Zen 5”, cip pemproses AMD Ryzen AI 300 dengan sehingga 12 teras berprestasi tinggi dan 24 jalur diunjurkan untuk menyediakan prestasi bertahap tinggi untuk komputer riba nipis.
Seni bina AMD XDNA 2 adalah seni bina NPU terkini menguasakan Ryzen AI dengan prestasi pemprosesan AI sehingga 45+ TOP untuk kebolehan AI seperti menjalankan aplikasi AI generatif, Model Bahasa Besar, dan pembantu AI secara langsung di atas komputer-komputer riba Acer Swift yang akan datang.

Cip pemproses AMD Ryzen AI 300 dioptimumkan untuk penggunaan kuasa yang lebih rendah dan jangka hayat bateri yang baik walau di bawah tugasan komputerisasi yang berat, dengan tambahan tawaran cache sehingga 36 MB untuk produktiviti dan tindak balas yang lebih cepat.
Grafik terbina dalam AMD Radeon™ 800M juga memberi sokongan untuk paparan beresolusi tinggi dan pengekodan yang dipercepat dengan atau tanpa kad grafik diskret.
Baca segala berita kami tentang Acer di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post