Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Marvel Rivals Tambah Platform PS5 & Xbox Series, Closed Beta Test Akan Datang Julai 2024

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 31, 2024
in Artikel, Berita, Epic Store, PC, PS5, Shooter, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Marvel Rivals Tambah Platform PS5 & Xbox Series, Closed Beta Test Akan Datang Julai 2024
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, NetEase Games mengumumkan bahawa game free-to-play shooter “Marvel Rivals” turut akan dilancarkan untuk PlayStation 5 (PS5) dan Xbox Series bersama dengan PC (Steam, Epic Games Store). Selain itu, Closed Beta Test juga akan bermula di PS5 pada bulan Julai. Tarik tepat belum didedahkan.

Sempena pengumuman ini, mereka telah mengeluarkan trailer baru, yang menampilkan Venom dan Adam Warlock.

Sinopsis

Kredit: NetEase Games

Direka oleh pasukan NetEase, pertarungan dahsyat antara diktator zalim Doctor Doom dan versi masa depannya pada tahun 2099 telah memaksa banyak universe untuk bertembung dalam Timestream Entanglement, lantas mewujudkan dunia baharu dan krisis yang masih belum diketahui.

Kini, segala Super Hero dan Super Villain dari seluruh dunia mesti berjuang bersama-sama dan menentang satu sama lain kerana kumpulan yang berbeza berusaha untuk mengalahkan kedua-dua Doom demi menguasai realiti ini. Wajah yang biasa jumpa menjadi musuh baharu manakala bekas musuh menjadi rakan terhebat dalam Marvel Rivals!

Gameplay

Kredit: NetEase Games

Marvel Rivals ialah game “6v6 super hero team-based player-versus-player shooter” di mana pemain mengumpul skuad Marvel sendiri, susun strategi dengan menggabungkan kuasa untuk membentuk skill Team-Up yang unik dan bertarung dalam medan perang yang sentiasa berubah di seluruh alam semesta Marvel.

Pilih daripada pelbagai jenis Super Hero dan Super Villain Marvel kegemaran peminat termasuk seluruh Avengers, Guardians of the Galaxy, X-Men dan ramai lagi dari Marvel Multiverse.

Kredit: NetEase Games

Setiap watak dibahagikan kepada tiga peranan berbeza berdasarkan kuasa unik masing-masing: Vanguard, Duelist dan Strategist. Anda bebas memilih peranan dan hero, bekerjasama dengan sekutu untuk mencipta skuad serba boleh dan dinamik untuk pertempuran.

Susun kombinasi unik antara watak untuk melancarkan skill Team-Up! Lepaskan sinergi antara dua kuasa besar dan cipta taktik baharu yang boleh mengubah arus pertempuran. Sebagai contoh, Rocket Raccoon boleh duduk di belakang Groot untuk menyerang musuh sekaligus sebagai duo berbahaya, Hulk dapat melepaskan tenaga untuk mengecas kuasa Iron Man bagi melancarkan kuasa besar, dan banyak lagi!

Kredit: NetEase Games

Bagi content, setiap season baharu akan memperkenalkan watak baharu ke medan perang bersama dengan peta yang mencabar dan pelbagai.

Khas untuk pemain PlayStation, anda akan menerima kostum eksklusif Spider-Man “Scarlet Spider” apabila memuat turun Marvel Rivals di PS5 pada hari pertama pelancaran.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Marvel Rivals
ShareTweetSend
Previous Post

Dynasty Warriors: Origins Diumumkan, Akan Keluar Pada 2025

Next Post

Game Multiplayer FPS ‘Concord’ Diumumkan – Bertarung Seluruh Galaksi Sebagai Freegunner!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Pra-Pendaftaran Chaos Zero Nightmare Kini Dibuka — RPG Roguelite Fantasi Dari Pencipta Epic Seven
Mobile

Pra-Pendaftaran Chaos Zero Nightmare Kini Dibuka — RPG Roguelite Fantasi Dari Pencipta Epic Seven

July 10, 2025
AFA Creators Super Fest 2025 Kembali Ke Singapura – Lokasi Baharu Dengan Lineup Hebat!
Acara

AFA Creators Super Fest 2025 Kembali Ke Singapura – Lokasi Baharu Dengan Lineup Hebat!

July 10, 2025
Netflix Umumkan Siri Live-Action Solo Leveling Dibintangi Byeon Woo-seok
Movie/siri

Netflix Umumkan Siri Live-Action Solo Leveling Dibintangi Byeon Woo-seok

July 10, 2025
Next Post
Game Multiplayer FPS ‘Concord’ Diumumkan – Bertarung Seluruh Galaksi Sebagai Freegunner!

Game Multiplayer FPS 'Concord' Diumumkan - Bertarung Seluruh Galaksi Sebagai Freegunner!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Reviu Gachiakuta EP1 & EP2 – Konsep “Sampah Pun Barang Berharga”
Review

Reviu Gachiakuta EP1 & EP2 – Konsep “Sampah Pun Barang Berharga”

Daemons of the Shadow Realm Diadaptasi Ke Anime – Karya Terbaru Pencipta Fullmetal Alchemist
Anime

Daemons of the Shadow Realm Diadaptasi Ke Anime – Karya Terbaru Pencipta Fullmetal Alchemist

July 8, 2025
Netmarble Umum Solo Leveling: KARMA, Sebuah RPG Aksi Roguelite Untuk PC & Mobile
Berita

Netmarble Umum Solo Leveling: KARMA, Sebuah RPG Aksi Roguelite Untuk PC & Mobile

July 7, 2025
Anime Garena Free Fire Dedahkan Trailer Pertama, Fokus Utama Pada Watak Kelly!
Anime

Anime Garena Free Fire Dedahkan Trailer Pertama, Fokus Utama Pada Watak Kelly!

July 7, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd