Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Silent Hill 2 Remake Akan Datang Oktober 2024, Boleh Pre-Order!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 31, 2024
in Artikel, Berita, PC, PS5, Seram, Steam
0 0
0
Silent Hill 2 Remake Akan Datang Oktober 2024, Boleh Pre-Order!
Share on FacebookShare on Twitter

Melalui acara Silent Hill Transmission hari ini, Konami dan Bloober Team mengumumkan bahawa remake Silent Hill 2 akan dilancarkan untuk PlayStation 5 dan PC melalui Steam pada 8 Oktober. Bukan itu sahaja, prapesan juga kini tersedia di mana pemain boleh menerima topeng Robbie the Rabbit (eksklusif PlayStation 5) dan topeng Mira the Dog untuk protagonis James.

Sinopsis Rasmi

Kredit: Konami

“Setelah menerima surat daripada mendiang isterinya, James pergi ke tempat mereka berkongsi begitu banyak memori, dengan harapan dapat berjumpa dengannya sekali lagi: Silent Hill. Di sana, di tepi tasik, dia menjumpai seorang wanita yang serupa dengannya…”

“Nama saya… ialah Maria,” wanita itu tersenyum. Muka dia, suara dia… Sama macam dia.

“Alami psychological survival horror terbaik—dipuji sebagai yang terbaik dalam siri ini—pada perkakasan terkini dengan visual yang menakjubkan dan bunyi yang mengasyikkan.”

Gameplay

Dalam siaran langsung yang sama, anda boleh menonton gameplay mendalam tentang Silent Hill 2 dan pembaharuan yang diperkenalkan. Ini termasuk:

Kredit: Konami

Persekitaran Lebih Besar – Terokai lokasi dan bangunan yang dahulu tidak boleh diakses atau baru ditambahkan dalam remake. Nikmati kisah yang sama, tetapi alami bandar Silent Hill serba baharu di peta yang diperluaskan.

Kamera Over-the-Shoulder – Remake beralih daripada sudut pandangan kamera tetap kepada perspektif over-the-shoulder, yang mendekatkan kita kepada perkara yang James lihat, untuk pengalaman lebih mendebarkan dan mengasyikkan sambil menerokai bandar dan berhadapan dengan raksasa.

Kredit: Konami

Sistem Pertempuran Yang Maju – Senjata biasa seperti paip keluli dan pistol akan kembali, tetapi kini dengan sistem tempur yang dikemas kini. Elak serangan dengan ciri dodge, tambahan aim down sights (ADS) dan banyak lagi. Ini menjadikan pertarungan raksasa lebih menarik dan bikin tension berbanding sebelum ini.

Grafik Semakin Cantik, Bunyi Lebih Mendalam – Dengan ray tracing dan peningkatan teknikal lain, dunia Silent Hill dan suasananya yang seram menjadi lebih nyata berbanding sebelum ini.

Digital Deluxe Edition

Kredit: Konami

Selain edisi standard, Digital Deluxe Edition juga akan tersedia, yang termasuk buku seni digital, runut bunyi digital dan topeng Pyramid Head (pizza box) untuk James. Prapesan untuk Digital Deluxe Edition termasuk 48 jam Early Access untuk game ini pada 6 Oktober.

Tags: RemakeSilent Hill 2
ShareTweetSend
Previous Post

Monster Hunter Wilds: Info Baru Tentang Gameplay!

Next Post

Dynasty Warriors: Origins Diumumkan, Akan Keluar Pada 2025

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Dynasty Warriors: Origins Diumumkan, Akan Keluar Pada 2025

Dynasty Warriors: Origins Diumumkan, Akan Keluar Pada 2025

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd