Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Monster Hunter Wilds: Info Baru Tentang Gameplay!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 31, 2024 - Updated on February 13, 2025
in ARPG, Artikel, Berita, MHWilds, PC, PS5, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Monster Hunter Wilds: Info Baru Tentang Gameplay!
Share on FacebookShare on Twitter

Melalui siaran State of Play hari ini, Capcom telah mengeluarkan trailer rasmi pertama untuk Monster Hunter Wilds, yang memperkenalkan landskap liar yang penuh dengan monster baharu, gameplay, jalan cerita, watak, sistem dan banyak lagi.

Anda boleh tonton dahulu trailer di bawah untuk gambaran umum:

Dalam Monster Hunter Wilds, pemain menyertai pasukan Research Commission khas yang menyiasat Forbidden Lands. Sepenuhnya bersuara buat pertama kali dalam siri Monster Hunter, Hunter menerokai tanah ini bersama rakan mereka, termasuk handler Alma yang dilantik oleh Guild, rakan Palico mereka dan seorang kanak-kanak misteri.

Monster Hunter Wilds menampilkan biom berbilang dimensi yang boleh berubah dalam cara yang tidak dijangka. Tempat pertama yang didedahkan ialah Windward Plains, sebuah tanah luas merangkumi padang pasir, batu dan padang rumput penuh dengan kehidupan.

Kredit: Capcom

Ekosistem ini dihuni dengan hidupan liar, termasuk monster kecil seperti Dalthydon – wyvern herbivor yang berhijrah secara bermusim, dan Ceratonoth, yang bergantung pada jantan untuk melindungi kawanan daripada ribut.

Kredit: Capcom

Sudah tentu, monster besar juga berkeliaran di Windward Plains, termasuk Doshaguma. Besar dan teritorial, monster bertaring ini kadang-kadang boleh datang menyerang dalam kumpulan yang agresif. Sementara itu, Chatacabra menggunakan persekitaran dan air liur untuk melawan Hunter dengan melapisi badannya dengan bahan semula jadi seperti ore.

Kredit: Capcom

Untuk membantu para Hunter menghadapi cabaran yang menanti, game ini telah berkembang dengan pelbagai ciri baharu. Untuk merentasi persekitaran dunia yang luas, game ini memperkenalkan Seikret, sejenis mount baharu. Makhluk lincah ini boleh membawa penunggang ke destinasi dan membenarkan Hunter melakukan pelbagai aksi semasa dalam perjalanan, seperti mengasah senjata, mengumpul bahan dan menggunakan slinger. Pemburu juga boleh bertukar kepada senjata kedua dengan Seikret mereka, tanpa perlu kembali ke base.

Kredit: Capcom

Kesemua 14 jenis senjata ikonik siri kembali dalam Monster Hunter Wilds dan kini telah berkembang untuk aksi baharu. Selain itu, game ini memperkenalkan sistem serba baharu, seperti Focus Mode, yang memberikan kawalan yang lebih tepat ke atas sasaran, guard, dan menyerang titik lemah monster. Hook Slinger baharu juga menawarkan kebolehan tambahan, termasuk kebolehan untuk mengumpul item dari jauh – walaupun sedang menunggang Seikret.

Kredit: Capcom

Pemain Monster Hunter Wilds yang link save data Monster Hunter mereka boleh menerima item bonus istimewa. Ini termasuk Felyne Leather Set (Palico Armor) dan Felyne Acorn Spade (Palico Weapon) untuk link save data bagi base game Monster Hunter: World, dan Felyne Duffel Set (Palico Armor) dan Felyne Trekker Peckaxe (Palico Weapon) untuk link save data Monster Hunter World: Iceborne.

Kredit: Capcom

Monster Hunter Wilds akan keluar untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC melalui Steam pada tahun 2025.

Tags: Monster Hunter Wilds
ShareTweetSend
Previous Post

God of War Ragnarök Akan Datang Ke PC Steam & Epic Games pada September 2024!

Next Post

Silent Hill 2 Remake Akan Datang Oktober 2024, Boleh Pre-Order!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Silent Hill 2 Remake Akan Datang Oktober 2024, Boleh Pre-Order!

Silent Hill 2 Remake Akan Datang Oktober 2024, Boleh Pre-Order!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd