Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Himawari Membangkitkan Kuasa Kyubi, Malah Memiliki Chakra Lagi Serasi Berbanding Naruto

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 21, 2024
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Himawari Membangkitkan Kuasa Kyubi, Malah Memiliki Chakra Lagi Serasi Berbanding Naruto
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam bab sebelum manga Boruto: Two Blue Vortex, kita mendapat tahu bahawa Kyubi (atau nama sebenarnya Kurama) telah hidup semula di dalam badan Uzumaki Himawari (anak perempuan Naruto). Memandangkan bab 10 baru sahaja keluar semalam, akhirnya kita dapat melihat bagaimana Himawari akan menggunakan kuasa Kyubi untuk melawan ancaman baharu yang datang menyerang Konoha.

Death is never eternal, and the universe is full of mysteries. 🌀🦊

Read Boruto: Two Blue Vortex, Ch. 10 in Shonen Jump for free! https://t.co/UnJg8cezKh pic.twitter.com/Pc4syOvHCy

— Shonen Jump (@shonenjump) May 20, 2024

AMARAN! SPOILER UNTUK BORUTO: TWO BLUE VORTEX BAB 10!!

Kredit: Shueisha

Sebagai rumusan, antagonis baru Jura dan Hidari telah menyerang Kampung Konoha. Khususnya, Jura sedang memburu Himawari kerana dapat mengesan chakra Kyubi di dalam badannya. Diselamatkan oleh Team 10, mereka melarikan diri tetapi Himawari mendapati dirinya bertemu dengan Kyubi di Seishin Sekai (Mental World).

Penjelasan di bawah menceritakan apa yang berlaku di bab 10.

Kredit: Shueisha

Kurama memperkenalkan dirinya kepada Himawari, lalu gadis itu bertanya sama ada “adakah dia yang wujud dalam badan bapanya dan di mana mereka berada sekarang”. Kurama menjelaskan bahawa mereka tidak berada di dunia sebenar, dan boleh bercakap sesama sendiri kerana memiliki satu badan dan roh. Hakikatnya, Himawari pengsan di dunia sebenar.

Kurama mengaku kepada Himawari bahawa dirinya sebelum ini memang wujud di dalam Naruto, tetapi nyawanya telah hilang. Namun, Kurama menjelaskan bahawa kematian hanya sementara untuk binatang berekor, kerana sebahagian daripada mereka akhirnya akan menjelma semula di suatu tempat lain.

Kredit: Shueisha

Kurama berkata tidak tahu di mana perkara ini akan berlaku, atau berapa lama masa yang diperlukan, tetapi tidak sangka ia berlaku begitu cepat, malah dalam badan anak perempuan Naruto.

Ia membuat spekulasi; jika ia disebabkan oleh kerana Himawari dilahirkan dengan sebahagian kecil chakra Kyubi, atau nasib kerana dilahirkan daripada darah Uzumaki dan Hyuga. Selepas memahami apa yang berlaku, Himawari serta-merta bangun di dunia sebenar bersama Team 10.

Kredit: Shueisha

Walaupun diselamatkan oleh Team 10, mereka masih dikejar oleh Jura. Dalam keadaan panik, Himawari meminta bantuan Kurama, tetapi tiada apa yang berlaku.

Kurama menegur Himawari, dan mengatakan bahawa hanya gadis itu sahaja yang mempunyai kuasa untuk menyelamatkan mereka, sama ada menggunakan chakra Kurama atau tidak. Malah, Kurama juga menjelaskan bahawa chakra Himawari lebih serasi dengannya berbanding mana-mana hos sebelum, termasuk Naruto.

Kredit: Shueisha

Digalakkan oleh kata-kata Kurama, Himawari cuba menyerang, tetapi Jūra, dengan mudahnya, mematahkan pergelangan kaki kanannya, lalu mula mencipta pokok di sekeliling Himawari untuk memakannya.

Yamanaka Inojin cuba menyerang, tidak mendengar amaran Nara Shikadai, tetapi dilutut ke perut oleh Jura sehingga jatuh ke tanah. Himawari meminta Jura untuk berhenti, tetapi apabila Inojin masih tidak henti bergelut, Jūra mencipta pokok baru yang menembusi badan Inojin.

Kredit: Shueisha

Dalam keadaan terkejut dan marah, Himawari berjaya melepaskan diri dari pokok itu, di mana kita dapat melihat rambutnya bergerak ala-ala ekor musang, misai yang lebih tebal, dan mata yang menyerupai Kurama.

Di halaman akhir, Kurama tertawa dan menyatakan bahawa Himawari akhirnya “meletup”.

Baca segala berita kami tentang Boruto di SINI.

Tags: animeBorutoHimawariKyubimanganaruto
ShareTweetSend
Previous Post

Game ‘One Piece Project: Fighter’ Bikin Hype Di Kalangan Gamer & Peminat Anime

Next Post

Aerith, Gadis Mempesona & Lambang Suci Dalam Game – Interviu FINAL FANTASY VII REBIRTH Bersama Briana White

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Aerith, Gadis Mempesona & Lambang Suci Dalam Game – Interviu FINAL FANTASY VII REBIRTH Bersama Briana White

Aerith, Gadis Mempesona & Lambang Suci Dalam Game - Interviu FINAL FANTASY VII REBIRTH Bersama Briana White

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd