Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game ‘One Piece Project: Fighter’ Bikin Hype Di Kalangan Gamer & Peminat Anime

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 21, 2024
in Anime, Artikel, Berita, Mobile
0 0
0
Game ‘One Piece Project: Fighter’ Bikin Hype Di Kalangan Gamer & Peminat Anime
Share on FacebookShare on Twitter

Antara semua siri anime/manga, boleh dikatakan One Piece adalah antara paling popular sekarang ini. Manganya menghampiri saga finale, adaptasi aksi langsung musim 2 dalam pembikinan oleh Netflix, dan anime pun amat popular setiap minggu. Kini, One Piece menjadi gembar-gembur di seluruh dunia dengan pengenalan game mobile baharu bernama One Piece Project: Fighter!

Kredit: More Fun Studios Group

Tidak tahu tentang One Piece Project: Fighter? Rupanya, ini adalah game mobile genre 2D fighting yang dibangunkan oleh More Fun Studios Group (salah satu pembangun di bawah Tencent) dengan lesen rasmi oleh Bandai Namco. Dengan tayangan gameplay penuh baru-baru ini, ramai berkata inilah game mobile anime yang mereka impikan selama ini.

Malangnya, ada berita buruk. Game ini masih tidak mempunyai tarikh keluaran rasmi, dan lebih malang lagi; ia hanya dirancang untuk dikeluarkan di China buat masa ini.

Kredit: More Fun Studios Group

Tentang gameplay; Project: Fighter membolehkan pemain mengawal watak One Piece kegemaran mereka dan bertarung dalam persekitaran pertempuran 2D. Pemain boleh menerokai lokasi One Piece yang berbeza dalam peringkat berbentuk side scrolling, di mana musuh akan muncul untuk menghalang anda.

Seperti mana-mana game mobile anime, kawalan menggunakan skrin sentuh di mana bahagian kiri mengawal pergerakan dan bahagian kanan akan mengawal serangan asas dan istimewa. Bagi soal grafik dan prestasi, game ini dibina menggunakan Unreal Engine 4.

Kredit: More Fun Studios Group

Seperti yang anda boleh lihat di bawah, peminat One Piece sudah taksub dengan game baharu itu. Game ini baru sahaja mempamerkan senarai watak, animasi dan gameplay pada minggu lepas, tetapi ia tidak mengambil masa yang lama untuk menjadi viral.

Antara komen netizen:

It’s so dumb how this is leaps and bounds ahead of anything we got on consoles pic.twitter.com/M58Nrf4d2V

— ⚡️ Soul ⚡️ (@Soul_StormOP) May 19, 2024

Woah! The cutscenes of a One Piece Project Fighter/Ambition mobile game is looking sick! Why can’t we have this type of animation and fluidity for the future console OP game? pic.twitter.com/fxgPQqcX26

— Crimrui (@Crim_Rui) May 9, 2024

Pasti ramai yang ingin bermain game ini, dan menurut laporan, versi keluaran global berkemungkinan besar mungkin akan datang tidak lama lagi selepas pelancaran pertama di China. Buat masa ini, pihak One Piece Project: Fighter masih tidak membuat apa-apa pengumuman rasmi tetapi memandangkan ia amat popular di internet, semoga kita dapat mencuba game ini dalam masa terdekat.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Mobileone pieceOne Piece Project: Fighter
ShareTweetSend
Previous Post

Sekuel Stellar Blade & Versi PC Dalam Rancangan, Game Baru ‘Project Witches’ Sedang Diusahakan

Next Post

Himawari Membangkitkan Kuasa Kyubi, Malah Memiliki Chakra Lagi Serasi Berbanding Naruto

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Stranger Things 5 Umum Tarikh Keluaran, Akan Tayang Hujung Tahun
Movie/siri

Stranger Things 5 Umum Tarikh Keluaran, Akan Tayang Hujung Tahun

June 1, 2025
Debut Live Action Tony Tony Chopper Dalam ONE PIECE Season 2, Akan Datang 2026!
Movie/siri

Debut Live Action Tony Tony Chopper Dalam ONE PIECE Season 2, Akan Datang 2026!

June 1, 2025
Gaming Phone Terbaik Bawah RM2000 di Malaysia untuk 2025
Smartphone

Gaming Phone Terbaik Bawah RM2000 di Malaysia untuk 2025

May 30, 2025
Next Post
Himawari Membangkitkan Kuasa Kyubi, Malah Memiliki Chakra Lagi Serasi Berbanding Naruto

Himawari Membangkitkan Kuasa Kyubi, Malah Memiliki Chakra Lagi Serasi Berbanding Naruto

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd