Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Semua Game Minecraft Dapat Diskaun Besar Sempena Ulang Tahun Ke-15

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 16, 2024
in Artikel, Berita, Promosi
0 0
0
Semua Game Minecraft Dapat Diskaun Besar Sempena Ulang Tahun Ke-15
Share on FacebookShare on Twitter

Berita baik buat sesiapa yang ingin bermain Minecraft bersama kawan-kawan, kerana Mojang Studios sedang menawarkan diskaun besar untuk semua game Minecraft sempena ulang tahun ke-15 siri game itu.

It may be our 15th anniversary, but we’ve got a gift for YOU!

Starting today, you can get up to 50% off Minecraft games and up to 70% off on mobile.

Get it here: https://t.co/RiOKnzIGp2 pic.twitter.com/4BhHsI7xMZ

— Minecraft (@Minecraft) May 15, 2024

Jualan itu akan berlangsung selama 15 hari bermula 15 Mei hingga 31 Mei 2024, dan termasuk diskaun 50% untuk semua game Minecraft di PC, seperti Minecraft Java dan Bedrock Edition, Minecraft Dungeons dan Minecraft Legends melalui laman web rasmi permainan. Minecraft versi mobile untuk Android dan iOS sebaliknya akan menerima diskaun sebanyak 70%.

Kredit: Mojang Studios

Peminat Minecraft seharusnya mengambil peluang keemasan ini untuk mendapatkan game pada harga diskaun, kerana kali terakhir Minecraft Java menerima diskaun adalah semasa Ulang Tahun ke-10 permainan.

Untuk meraikan ulang tahun itu, Minecraft akan mengeluarkan item Character Creator eksklusif baharu yang pemain boleh tuntut secara percuma setiap hari. Item untuk direbut pada hari pertama ialah Cave Game Hoodie, yang melambangkan asal usul permainan tersebut.

Kredit: Mojang Studios

Selain itu, semasa tempoh ini, mereka yang menonton mana-mana stream Minecraft di Twitch selama 15 minit akan menerima jubah Purple Heart. Penonton yang menderma sub kepada streamer semasa tempoh ini juga akan mendapat Glitch Mask tambahan.

Pada 18 Mei 2024, pasukan rasmi Minecraft akan membawa perayaan itu ke TikTok, di mana peminat boleh memperoleh jubah bertemakan TikTok yang unik untuk Bedrock Edition dan bingkai profil custom untuk gambar profil TikTok mereka.

Tentang Minecraft

Kredit: Mojang Studios

Minecraft ialah game sandbox yang dibangunkan oleh Mojang Studios dan asalnya dikeluarkan pada tahun 2009. Kini, ia telah menjadi permainan video terlaris dalam sejarah, dengan lebih 300 juta salinan terjual dan hampir 140 juta pemain aktif bulanan setakat tahun 2023.

Dalam Minecraft, pemain meneroka dunia tiga dimensi berpiksel yang dijana secara rawak. Pemain boleh menemui dan mengekstrak bahan mentah, alat dan cipta item serta membina struktur, dan mesin. Bergantung pada mode permainan pilihan mereka, pemain boleh melawan musuh raksasa, serta bekerjasama atau bersaing dengan pemain lain di dunia yang sama.

Kredit: Mojang Studios

Bukan itu sahaja, komuniti besar Minecraft juga menawarkan pelbagai jenis kandungan yang dibuat oleh pengguna, seperti modifikasi, server, skin, pek tekstur dan peta custom, yang menambah mekanik gameplay dan keseronokan baharu.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Minecraftpromosi
ShareTweetSend
Previous Post

Katalog PS Plus Mei 2024 – Red Dead Redemption 2, Cat Quest II, Stranded: Alien Dawn & Banyak Lagi

Next Post

Jom Sertai ‘Black Myth: Wukong Mythology Contest’ – Boleh Menang GPU RTX 4070 Super, Peluang Kolaborasi & Banyak Lagi

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Jom Sertai ‘Black Myth: Wukong Mythology Contest’ – Boleh Menang GPU RTX 4070 Super, Peluang Kolaborasi & Banyak Lagi

Jom Sertai 'Black Myth: Wukong Mythology Contest' - Boleh Menang GPU RTX 4070 Super, Peluang Kolaborasi & Banyak Lagi

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd