Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Apple Umum iPad Pro 2024 – Paparan Dual-layer OLED & Cipset M4

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 8, 2024
in Artikel, Berita, Tablet, Teknologi
0 0
0
Apple Umum iPad Pro 2024 – Paparan Dual-layer OLED & Cipset M4
Share on FacebookShare on Twitter

Di acara Let Loose pada 7 Mei, Apple telah mendedahkan model iPad Pro 2024 dengan cipset M4 akan datang, yang bakal dilancarkan pada 15 Mei di negara tertentu. 

Kredit: Apple

Daripada pendedahan itu, iPad Pro 2024 mungkin adalah upgrade terbesar untuk barisan peranti ini setakat sekarang. Hampir segala-galanya adalah serba baharu dan lebih baik daripada sebelum ini. Pada masa yang sama, Apple juga menunjukkan beberapa ciri untuk Apple Pencil Pro baharu, termasuk maklum balas haptik dan respons yang lebih baik, dan Magic Keyboard baharu untuk iPad Pro, yang akan datang dalam pelbagai saiz dan warna.

iPad Pro 2024

Kredit: Apple

Dibina pada nod 3nm gen kedua, CPU iPad Pro 2024 adalah 1.5x lebih pantas daripada M2, manakala tugas grafik boleh ditingkatkan sehingga 4x. Kecekapan digandakan kerana M4 boleh memberikan prestasi yang sama seperti M2 yang terdapat di dalam iPad Pro 2022 pada separuh kuasa. Apple melancarkan beberapa ciri berkuasa AI baharu untuk Final Cut Pro dan aplikasi lain dan yang disokong oleh M4, yang menjanjikan sehingga 38 TOPS.

Kredit: Apple

Ini juga adalah produk Apple paling nipis – lebih nipis daripada iPod Nano gen ke-7, yang hanya setebal 5.4mm. Model 11” ialah 5.3mm dan model 13” lebih nipis pada 5.1mm. Badan aluminium tablet (tersedia dalam Silver dan Space Black) diperbuat daripada 100% bahan kitar semula.

Untuk paparan, kedua-dua mini-LED dan IPS LCD digantikan oleh OLED. Apple memanggil ini sebagai “paparan OLED bersamaan”, yang sebenarnya bermakna dua panel OLED yang berlapis di atas satu sama lain untuk meningkatkan kecerahan. Mereka menjanjikan sehingga 1,000 nits kecerahan skrin untuk kandungan SDR dan sehingga 1,600 nits untuk HDR.

Kredit: Apple

Paparan ProMotion boleh melaraskan frame rate antara 10Hz dan 120Hz. Kedua-duanya mempunyai ketumpatan piksel 264ppi – model 11” mempunyai resolusi 2,420 x 1,668x dan model 13” mempunyai resolusi 2,752 x 2,064px.

Hanya pilihan optional, kaca pelindung boleh terukir dengan tekstur nano untuk mengurangkan silau dan menyerakkan kurang cahaya ambien. Cuma, pembeli perlu membayar lebih dan ini hanya tersedia untuk model 1TB dan 2TB sahaja.

Apple Pencil Pro 2024

Kredit: Apple

Apple Pencil Pro mempunyai sensor baharu yang merasakan betapa kuatnya anda memegang stylus. Ini boleh digunakan untuk melakukan beberapa fungsi (contoh: untuk menukar tetapan dengan cepat semasa melukis).

Gerak isyarat untuk menukar fungsi akan disahkan oleh enjin haptik tersuai. Selain itu, Pencil Pro bersambung ke rangkaian Find My, jadi anda boleh mencarinya jika hilang tanpa sengaja.

Magic Keyboard 2024

Kredit: Apple

Magic Keyboard serba baharu adalah lebih nipis dan ringan, sepadan dengan reka bentuk yang lebih langsing bagi tablet Pro baharu. Keyboard kini termasuk baris “function” dan trackpad yang lebih besar.

Apple mengatakan bahawa “keseluruhan pengalaman terasa seperti menggunakan MacBook”. Jika anda tidak memerlukan keyboard penuh, terdapat juga Smart Folio baharu yang turut dilekatkan secara magnetik pada tablet dan boleh memegangnya pada pelbagai sudut tontonan.

Harga dan ketersediaan

Apple masih belum mengesahkan bila iPad Pro baharu akan dilancarkan di Malaysia, tapi berikut adalah harga rasmi:

  • iPad Pro WiFi 11″
    • 256GB – RM5,299
    • 512GB – RM6,299
    • 1TB – RM8,299
    • 2TB – RM10,299
  • iPad Pro WiFi + Cellular 11″
    • 256GB – RM6,299
    • 512GB – RM7,299
    • 1TB – RM9,299
    • 2TB – RM11,299
  • iPad Pro WiFi 13″
    • 256GB – RM6,799
    • 512GB – RM7,799
    • 1TB – RM9,799
    • 2TB – RM11,799
  • iPad Pro WiFi + Cellular 13″
    • 256GB – RM7,799
    • 512GB – RM8,799
    • 1TB – RM10,799
    • 2TB – RM12,799

Magic Keyboard serba baharu akan tersedia mulai 15 Mei dan berharga RM1,479 untuk pilihan 11″ dan RM1,699 untuk 13″. Apple Pencil Pro, sebaliknya, akan dijual pada harga RM599 tetapi tidak pasti bila akan dilancarkan di Malaysia.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: appleiPad Pro 2024
ShareTweetSend
Previous Post

Bethesda Softworks Tutup Arkane Austin, Tango Gameworks & Dua Lagi Game Studio

Next Post

Demon Slayer: Hashira Training Arc Akan Datang 12 Mei – Episod Pertama 1 Jam!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

aespa Membawa Sentuhan K-pop Ke Dalam Street Fighter 6 Melalui Kolaborasi Khas!
Berita

aespa Membawa Sentuhan K-pop Ke Dalam Street Fighter 6 Melalui Kolaborasi Khas!

July 1, 2025
JoJo’s Bizarre Adventure: Ora Ora Overdrive – Game Baharu Untuk Platform Mobile!
Mobile

JoJo’s Bizarre Adventure: Ora Ora Overdrive – Game Baharu Untuk Platform Mobile!

July 1, 2025
Steam Menambah “In-Game Performance Monitor” untuk Tingkatkan Pengalaman Gaming!
Teknologi

Steam Menambah “In-Game Performance Monitor” untuk Tingkatkan Pengalaman Gaming!

July 1, 2025
Next Post
Demon Slayer: Hashira Training Arc Akan Datang 12 Mei – Episod Pertama 1 Jam!

Demon Slayer: Hashira Training Arc Akan Datang 12 Mei - Episod Pertama 1 Jam!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd