Bethesda Softworks akan menutup game studio Arkane Austin (yang mencipta Redfall), Tango Gameworks (yang mencipta Hi-Fi RUSH dan The Evil Within), serta Alpha Dog Games dan Roundhouse Studios.

Berita ini disampaikan melalui e-mel ke seluruh syarikat yang dihantar oleh presiden Microsoft Gaming bagi kandungan dan studio permainan, Matt Booty. Berikut adalah emel lengkap, menurut IGN.
“Hari ini saya berkongsi perubahan yang kami lakukan kepada pasukan Bethesda dan ZeniMax. Perubahan ini didasarkan pada mengutamakan judul berimpak tinggi dan terus melabur dalam portfolio game blockbuster Bethesda dan dunia tercinta yang telah anda pelihara selama beberapa dekad.”
“Untuk menggandakan francais ini dan melabur untuk membina yang baharu memerlukan kami melihat seluruh perniagaan untuk mengenal pasti peluang yang paling sesuai untuk berjaya. Pengutamaan semula judul dan sumber ini bermakna beberapa pasukan akan diselaraskan semula dengan yang lain dan beberapa rakan sekerja kami akan meninggalkan kami.”
Berikut ialah perubahan yang akan berkuat kuasa:
- Arkane Austin – Studio ini akan ditutup, dengan beberapa ahli pasukan menyertai studio lain untuk mengusahakan projek di seluruh Bethesda. Arkane Austin mempunyai sejarah membuat game yang berkesan dan inovatif dan ia adalah satu salasilah yang semua orang harus banggakan. Update Redfall sebelum ini akan menjadi yang terakhir apabila kami menamatkan semua pembangunan pada game. Game dan server-nya akan kekal online untuk dinikmati oleh pemain dan kami akan memberikan tawaran baik kepada pemain yang membeli DLC “Hero”.
- Alpha Dog Studios – Studio ini juga akan ditutup. Kami menghargai kreativiti pasukan dalam membawa DOOM kepada pemain baharu. Mighty DOOM akan menamatkan produksi pada 7 Ogos dan kami akan mematikan keupayaan pemain untuk membuat sebarang pembelian dalam game.
- Tango Gameworks – Tango Gameworks juga akan ditutup. Kami berterima kasih atas sumbangan mereka kepada Bethesda dan pemain di seluruh dunia. Hi-Fi RUSH akan terus tersedia kepada pemain di platform seperti sekarang.
- Roundhouse Games – Pasukan di Roundhouse Games akan menyertai ZeniMax Online Studios (ZOS). Roundhouse telah memainkan peranan penting dalam kebanyakan pelancaran game kami baru-baru ini dan membawanya ke ZOS untuk mengusahakan The Elder Scrolls Online yang bermakna kami boleh melakukan lebih banyak lagi untuk mengembangkan dunia yang dianggap sebagai “rumah” oleh jutaan pemain.
“Dengan penyatuan pasukan studio Bethesda ini, supaya kami boleh melabur dengan lebih mendalam dalam portfolio game dan IP baharu kami, sebilangan kecil peranan merentas pasukan penerbitan dan korporat Bethesda terpilih juga akan dihapuskan.”
“Mereka yang peranannya akan terjejas akan dimaklumkan hari ini dan kami meminta anda memperlakukan rakan sekerja yang pergi dengan hormat dan belas kasihan. Kami akan memberikan sokongan penuh kepada mereka yang terjejas dalam notifikasi hari ini dan melalui peralihan mereka, termasuk faedah pemberhentian yang dimaklumkan oleh undang-undang tempatan.”
“Perubahan ini bukanlah cerminan kreativiti dan kemahiran individu berbakat dalam pasukan ini atau risiko yang mereka ambil untuk mencuba perkara baharu. Saya mengakui bahawa perubahan ini juga mengganggu pelbagai pasukan sokongan di seluruh ZeniMax dan Bethesda yang membawa game kami ke pasaran. Kami membuat keputusan sukar ini untuk mewujudkan kapasiti untuk meningkatkan pelaburan di bahagian lain portfolio kami dan menumpukan pada game keutamaan.”
“Bethesda kekal sebagai salah satu tonggak utama Xbox dengan portfolio game yang hebat dan komuniti yang berkembang maju. Sambil kita melihat ke masa hadapan, terdapat barisan game yang mengagumkan. Pada tahun 2024 sahaja kami mempunyai Starfield “Shattered Space,” Fallout 76 “Skyline Valley,” Indiana Jones and The Great Circle, dan The Elder Scrolls Online’s “Golden Road”. Semasa kami menyelaraskan rancangan dan sumber kami untuk menyediakan diri yang terbaik untuk berjaya dalam industri yang kompleks dan berubah ini, pasukan kami merentasi Arkane Lyon, Bethesda Game Studios, id Software, MachineGames, ZeniMax Online Studios dan pasukan penerbitan dan korporat Bethesda akan berkedudukan baik untuk membina IP baharu, meneroka konsep game baharu dan mengembangkan francais sedia ada kami.”
—Matt
Berikut adalah respon daripada studio game di atas:
@gamersantaimy
Discussion about this post