Dalam satu kenyataan rasmi, Presiden Nintendo Shuntaro Furukawa berkata bahawa Nintendo akan mengumumkan pengganti Switch dalam tahun fiskal ini, yang sepatutnya berakhir pada 31 Mac 2025.
Bagi mereka yang kurang faham, tahun fiskal (atau tahun kewangan) merupakan suatu tempoh yang digunakan bagi menghitung penyata kewangan tahunan dalam bidang perniagaan dan organisasi yang lain.
Bukan itu sahaja, siaran langsung Nintendo Direct baru turut akan diadakan pada bulan Jun tahun ini, tetapi hanya akan tertumpu pada barisan perisian Switch untuk separuh kedua tahun 2024, dan tidak akan menampilkan sebarang maklumat mengenai konsol baharu yang disebutkan tadi.
Menurut kata Furukawa:
“Ini ialah [Shuntaro] Furukawa, presiden Nintendo. Kami akan membuat pengumuman mengenai pengganti Nintendo Switch pada tahun fiskal ini. Sudah lebih sembilan tahun sejak kami mengumumkan kewujudan Nintendo Switch pada Mac 2015.”
“Kami akan mengadakan Nintendo Direct pada Jun ini mengenai barisan perisian Nintendo Switch untuk separuh kedua tahun 2024, tetapi harap maklum bahawa tidak akan ada maklumat mengenai pengganti Nintendo Switch semasa pembentangan itu.”
Penggemar Nintendo pasti akan suka berita ini! Semoga tarikh pengumuman lebih dekat daripada yang dijangkakan.
@gamersantaimy
Discussion about this post