Supergiant Games mengumumkan bahawa game sekuel roguelike dungeon crawler, Hades II, kini tersedia secara Early Access untuk PC melalui Steam dan Epic Games Store pada harga RM72.00.
Berikut adalah trailer rasmi:
Berlangsung selepas peristiwa Hades di universe yang sama, sekuel ini menampilkan Melinoë, Puteri kepada Underworld dan kakak kepada protagonis dalam game pertama, Zagreus. Di samping mentornya Hecate, dia berhasrat untuk mengalahkan Chronos, iaitu dewa masa.

Mempunyai gameplay yang sama seperti game pertama, pemain boleh melengkapi senjata legenda dengan sihir purba, dan menjadi lebih kuat bersama bantuan Boon yang boleh diperolehi daripada lebih sedozen dewa Olympia, seperti Apollo, Zeus, dan lain-lain. Apa yang baru tentang sekuel ini ialah “Mana Bar”, sumber pertempuran yang digunakan untuk abiliti yang mengisi semula pada permulaan setiap pertarungan.

Lokasi, cabaran, sistem upgrade dan kejutan baharu menanti sambil pemain menyelidik Underworld yang sentiasa berubah-ubah. Dedahkan misteri Arcana Altar, berkawan dengan makhluk-makhluk aneh dan kumpulkan kuasa menggunakan Tools of the Unseen untuk mencapai matlamat anda.
Dalam perjalanan, anda akan menemui berpuluh-puluh watak bersuara penuh, termasuk ramai muka baharu dan beberapa rakan lama. Jalin hubungan dengan mereka melalui pelbagai interaksi baharu, dan alami pelbagai peristiwa cerita unik berdasarkan perjalanan anda.

Walaupun tersedia secara Early Access, game ini masih tidak lengkap dan kekurangan beberapa kawasan, watak, musuh, peristiwa naratif dan sistem besar.
Sepanjang tempoh Early Access, Supergiant Games akan mengeluarkan update besar setiap beberapa bulan yang memperkenalkan ciri-ciri dan kandungan baharu, diikuti dengan patch untuk menyelesaikan sebarang isu yang timbul.
Walaupun Supergiant Games tidak mempunyai tarikh tamat khusus untuk Early Access, Hades II akan mengadakan Early Access sekurang-kurangnya sehingga penghujung tahun 2024.
@gamersantaimy
Discussion about this post