Baru-baru ini, Riot Games telah melancarkan sistem anti-cheat bernama Vanguard untuk League of Legends di dalam patch 14.9; yang tanpa sengaja mampu merosakkan PC atau laptop anda.

Bagi mereka yang kurang tahu, Vanguard ialah sistem anti-cheat oleh Riot Games yang digunakan terutamanya dalam game shooter popular Valorant. Cara ia berfungsi adalah dengan berjalan di latar belakang untuk menghalang perisian yang tidak dibenarkan seperti “cheat” atau “skrip” daripada dilancarkan di dalam game.

Malangnya, Vanguard juga terkenal sebagai sangat agresif berbanding majoriti perisian anti-cheat lain dan akan kekal aktif walaupun game tersebut tidak berjalan.
Pada masa yang sama, Vanguard memerlukan pemain untuk mematikan ciri sekuriti Microsoft secara manual supaya dapat memberikan akses kepada program kernel yang menghuni fungsi-fungsi penting dalam komputer.
Oleh itu, ramai pemain telah melaporkan bahawa PC atau laptop mereka mula berkelakuan aneh sehingga nak ON pun tidak boleh, selepas mengemas kini game League of Legends.
Punca isu ini kebanyakannya dikaitkan dengan Vanguard yang silap menandakan fail system32 dan perisian sistem sebagai “perisian third party”, lantas mengunci pemain daripada game League of Legends sehingga mereka membetulkan isu tersebut. Hal ini berisiko merosakkan komputer mereka.
Comment
byu/PankoKing from discussion
inleagueoflegends
Sudah tentu, ramai pemain tidak gembira dan meluahkan kebimbangan tentang isu keselamatan yang mungkin ditimbulkan oleh Vanguard. Pada masa yang sama, Riot mendakwa bahawa Vanguard tidak akan menimbulkan sebarang risiko kepada komputer.
Buat masa ini, Riot Games mahupun League of Legends masih tidak membuat sebarang kenyataan rasmi berhubung isu ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post