Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game Batman: Arkham Shadow Diumumkan, Tetapi Untuk VR!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 2, 2024
in Artikel, Berita, VR
0 0
0
Game Batman: Arkham Shadow Diumumkan, Tetapi Untuk VR!
Share on FacebookShare on Twitter

Menerusi pengumuman mengejutkan, entri terbaru dalam francais Batman: Arkham telah didedahkan. Penerbit Oculus Studios dan pembangun VR Camouflaj telah mengumumkan Batman: Arkham Shadow. Malangnya, ini bukan game untuk platform utama kerana ia akan dilancarkan khas untuk Meta Quest 3 pada penghujung 2024.

Berikut adalah teaser rasmi:

Bak kata deskripsi rasmi: “Bandar Gotham dalam bahaya. Dan anda satu-satunya yang boleh menyelamatkannya.”

Kredit: Oculus Studios

Trailer pun tidak menunjukkan banyak butiran; ia hanya menunjukkan Batman meneroka jalan-jalan gelap Gotham pada waktu malam. Kemudian Batman dikerumuni oleh sekumpulan tikus dan terpaksa menggunakan bom asap untuk melarikan diri. Tikus-tikus itu mempunyai mata merah dan sudah pasti ia bukan tikus biasa, jadi mungkin ia dikawal oleh penjahat yang dikenali sebagai The Ratcatcher, aka Otis Flannagan.

Kredit: Oculus Studios

Walaupun info masih terhad, maklumat lanjut akan diumumkan di Summer Game Fest 2024 Showcase pada 7 Jun.

Kredit: Oculus Studios

Pada tahun 2016, Rocksteady telah mengeluarkan Batman: Arkham VR, untuk headset PlayStation VR original di PS4 yang kemudian dibawa ke platform VR lain. Batman: Arkham VR berlaku sebelum peristiwa game utama dan mengisahkan Batman cuba menyelesaikan pembunuhan. Walaupun menerima ulasan bercampur, game itu masih dipuji kerana bijak menggunakan teknologi VR dan menyampaikan kisah berkualiti tinggi.

Oleh itu, ini bermaksud Batman: Arkham Shadow adalah kali kedua siri Arkham dikeluarkan secara realiti maya.

Baca segala berita kami tentang Batman di SINI.

Tags: Batman: Arkham Shadowvr
ShareTweetSend
Previous Post

MyHolo TV Entertainment Dihentikan Selama Setahun, Efektif Sekarang

Next Post

Jom Hadir Tayangan Khas Masked Rider Faiz 20th: Paradise Regained – Peluang Jumpa Handa Kento!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Jom Hadir Tayangan Khas Masked Rider Faiz 20th: Paradise Regained – Peluang Jumpa Handa Kento!

Jom Hadir Tayangan Khas Masked Rider Faiz 20th: Paradise Regained - Peluang Jumpa Handa Kento!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd