Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Gameplay Hunter x Hunter: Nen x Impact Akhirnya Ditunjukkan, 3v3 Fighting Game Berdasarkan Anime

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 26, 2024
in Anime, Artikel, Berita, Fighting, Nintendo Switch, PC, PS5, Steam
0 0
0
Gameplay Hunter x Hunter: Nen x Impact Akhirnya Ditunjukkan, 3v3 Fighting Game Berdasarkan Anime

Kredit: CAG Osaka

Share on FacebookShare on Twitter

Pada lewat hari semalam, organisasi esport Jepun CAG Osaka telah memuat naik video gameplay bagi fighting game “Hunter x Hunter: Nen x Impact” sempena penampilan sulungnya sebagai “playable demo” di EVO Japan 2024 pada hujung minggu ini.

Sebelum saya jelas lebih lanjut, berikut adalah video gameplay tersebut:

Sebagai salah satu kejutan terbesar pada tahun ini, Hunter x Hunter: Nen x Impact dibangunkan oleh Eighting, pembangun di sebalik Naruto: Clash of Ninja, Tatsunoko vs. Capcom: Cross Generation of Heroes, dan juga Marvel vs Capcom 3. Oleh kerana resume pemaju yang hebat, padan lah ramai tidak sabar untuk melihat rupa Nen x Impact.

Kredit: CAG Osaka

Kembali ke soal gameplay, CAG Osaka telah mengeluarkan gameplay 13 minit untuk game itu yang memaparkan pandangan pertama untuk fighting game 3v3 tersebut.

Kami diperkenalkan kepada enam watak di dalam ketika mereka dipilih di daripada roster watak yang terdiri daripada 16 watak terkenal. Mungkin ramai yang kurang senang dengan rupa visual, tetapi game Hunter x Hunter ini masih dalam proses, jadi visual awal itu tidak mewakili rupa akhir produk.

Kredit: CAG Osaka

Watak yang boleh dimainkan dalam demo ialah Netero, Hisoka, Leorio, Kurapika, Gon dan Killua.

Pemain akan membentuk satu pasukan yang terdiri daripada tiga watak dan kemudian memilih urutan yang mereka akan bertarung sebelum perlawanan bermula. Aksi mengikut formula Eighting di mana watak bergerak pantas di atas darat, boleh air dash, kombo pantas dan assist maneuver oleh watak-watak dalam parti.

Kredit: CAG Osaka

Kita juga dapat melihat lima Ultimate Attack dalam rakaman gameplay itu, di mana watak menggunakan teknik mereka yang paling kuat yang ditunjukkan dalam animasi gah.

Kredit: CAG Osaka

Selain daripada gameplay di atas, laman web gaming Goziline turut menyiarkan gameplay tambahan untuk Hunter x Hunter: Nen x Impact yang anda boleh lihat di bawah.

【世界最速】『HUNTER×HUNTER NEN×IMPACT』EVO Japan2024試遊版を最速プレイレポート!初心者も格闘ゲームファンも楽しめる傑作の予感https://t.co/RFt8OpXDRC

この難しそうなコンボもボタンだけでできちゃう!?#HxHNI #EVOJ24 #ハンター #ハンターハンター pic.twitter.com/Rg6kChHyxP

— Goziline公式 (@goziline_staff) April 25, 2024

Hunter x Hunter: Nen x Impact akan tersedia untuk PlayStation 5, Switch dan PC melalui Steam tetapi malangnya, tarikh keluaran masih belum diumumkan.

Tags: fighting gameHunter X HunterHunter x Hunter: Nen x Impact
ShareTweetSend
Previous Post

Tiada BlizzCon Pada 2024, Mungkin Akan Kembali Pada Masa Akan Datang

Next Post

Game Launcher HoYoPlay Akan Datang – Menggabungkan Semua Game HoYoverse Ke Dalam Satu Platform

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahu PC Edisi Terhad? Koleksi Ultra-Premium ASUS ROG “Edition 20” Kini Di Malaysia
Teknologi

Mahu PC Edisi Terhad? Koleksi Ultra-Premium ASUS ROG “Edition 20” Kini Di Malaysia

June 26, 2026
10 Lagu Tema Anime Paling Ikonik Pilihan Pakar Muzik Dunia
Anime

10 Lagu Tema Anime Paling Ikonik Pilihan Pakar Muzik Dunia

June 26, 2026
Resident Evil: Survival Unit Berkolaborasi Dengan Monster Hunter Untuk Acara Crossover Pertama
Mobile

Resident Evil: Survival Unit Berkolaborasi Dengan Monster Hunter Untuk Acara Crossover Pertama

June 26, 2026
Next Post
Game Launcher HoYoPlay Akan Datang – Menggabungkan Semua Game HoYoverse Ke Dalam Satu Platform

Game Launcher HoYoPlay Akan Datang - Menggabungkan Semua Game HoYoverse Ke Dalam Satu Platform

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd