Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Bergaya Dengan PUMA x PLAYSTATION Suede Sneakers! Unboxing Kasut Puma Suede Baharu!

Maira by Maira
April 24, 2024
in Artikel, Berita, Fesyen
0 0
0
Bergaya Dengan PUMA x PLAYSTATION Suede Sneakers! Unboxing Kasut Puma Suede Baharu!
Share on FacebookShare on Twitter

Kita telah melihat pelbagai jenama terkenal telah melakukan kolaborasi dengan PlayStation. Nampaknya salah satu jenama terkenal, PUMA juga hadir dengan kolaborasi bersama syarikat gaming PlayStation! Koleksi baharu tersebut bukan sahaja memperkenalkan rekaan kasut mantap malah beberapa pakaian serta beg yang boleh didapatkan.

Tetapi kali ini, kami mahu fokus pada kasut PUMA x PlayStation yang telah dikeluarkan! Kami sendiri telah mendapatkan kasut sneaker daripada koleksi tersebut dan tidak sabar untuk kongsikan kepada anda rekaan kasut tersebut dengan lebih dekat. Tanpa membuang masa, jom kita lihat PUMA x PLAYSTATION Suede Sneakers warna Glacial Gray-New Navy.

Sekali pandang, rekaan kasut ini kelihatan sangat kemas dan boleh nampak vibe “PlayStation” padanya, terutamanya ikon-ikon yang terdapat padanya. Kalau dilihat dengan lebih dekat, badan PUMA x PLAYSTATION Suede Sneakers ini diliputi dengan ikon-ikon PlayStation, sama seperti controller DualSense. Kasut itu juga rasa lembut sahaja apabila menyentuh bahagian tersebut.

Selain itu, lidah kasut juga menunjukkan nama PUMA serta ikon ∆ O X □ padanya. Kedua-dua belah kasut mempunyai rekaan lidah kasut yang sama. Melihat dalam kasut pula, terdapat TPU film dengan logo Puma dan Playstation. Bahagian belakang kasut juga mempunyai logo jenama koleksi ini.

Lihat pada tapak kasut pula, kita boleh nampak ikon PlayStation dengan susunan ∆ O X □. Ikon tersebut telah dilitupi dengan getah untuk tapak kasutnya. Boleh tahan juga tebalnya. Jadi tidaklah kasut ini mudah haus nanti.

Kalau anda berminat untuk dapatkan kasut ini, bolehlah ke kedai fizikal atau kedai online PUMA. Untuk mendapatkan segala liputan mengenai produk PUMA daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: playstationPUMAPUMA x PLAYSTATION
ShareTweetSend
Previous Post

MSI Titan 18 HX Review — Laptop Berkuasa Seakan-akan Desktop

Next Post

One Piece Live-Action Season 2 Menyasar Tayangan 2025 Bersama Bantuan Penulis Baru

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Setiap Pengumuman Besar di Netflix TUDUM 2025!
Movie/siri

Setiap Pengumuman Besar di Netflix TUDUM 2025!

June 1, 2025
Stranger Things 5 Umum Tarikh Keluaran, Akan Tayang Hujung Tahun
Movie/siri

Stranger Things 5 Umum Tarikh Keluaran, Akan Tayang Hujung Tahun

June 1, 2025
Debut Live Action Tony Tony Chopper Dalam ONE PIECE Season 2, Akan Datang 2026!
Movie/siri

Debut Live Action Tony Tony Chopper Dalam ONE PIECE Season 2, Akan Datang 2026!

June 1, 2025
Next Post
One Piece Live-Action Season 2 Menyasar Tayangan 2025 Bersama Bantuan Penulis Baru

One Piece Live-Action Season 2 Menyasar Tayangan 2025 Bersama Bantuan Penulis Baru

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd