Final Fantasy Crystal Chronicles merupakan sebuah siri Final Fantasy bergenrekan aksi RPG yang hadir pada tahun 2003. Nampaknya dalam Square Enix membuat pengumuman terbaru menyatakan permainan ini akan hadir dalam versi Remastered di platform PlayStation 4, Nintendo Switch juga Telefon Pintar pada 23 Januari 2020! Sebelum ini di E3 2019 turut ada sebuah pengumuman mengenai pengeluaran ini, anda boleh ujuk disini;
E3 2019 Square Enix: Final Fantasy Crystal Chronicles Remastered untuk mobile!
Sebuah treler telah dikongsikan dan nampaknya lebih banyak lagi akan dikongsikan pada Tokyo Game Show 2019 (TGS 2019) minggu ini. Saksikan treler tersebut disini;
Beberapa ciri baru akan tersedia dalam versi Final Fantasy Crystal Chronicles Remastered ini antara yang menarik perhatian adalah mod multiplayer dalam talian! Selain itu, suara baru untuk watak-watak, ada dungeons, pilihan kulit varian watak, kostum baru, Bos baru dan barangan baru.
Crystal Chronicles adalah jenis Final Fantasy yang unik di GameCube, menekankan gaya seni comel serta agak chibi dan mempunyai mod berbilang pemain sehingga empat pemain. Ia menggunakan sambungan GameCube dengan Game Boy Advance melalui kabel pautan khas. GameCube Final Fantasy mempunyai eksklusifnya sendiri dan PlayStation menerima sebahagian besar peminat utama.
Versi remastered Final Fantasy Crystal Chronicles diumumkan tahun lepas, tetapi sehingga kini peminat tidak pasti sejauh mana proses “remastering” akan berubah dalam satu siri entri yang paling disukai. Sekarang treler TGS 2019 untuk Crystal Chronicles dah keluar dan akhirnya peminat yang menanti mendapat jawapan mereka!
Final Fantasy Crystal Chronicles adalah salah satu permainan RPG yang paling menyeronokkan dalam generasi Final Fantasy. Walaupun bukan satu-satunya remaster Final Fantasy yang boleh didapati, tetapi Crystal Chronicles adalah putaran hebat daripada siri-siri biasa. Dan tidak seperti dalam Remake Final Fantasy 7 yang eksklusif untuk PlayStation 4 yang akan datang, untungnya Square Enix telah mengubah secara drastik untuk Final Fantasy Crystal Chronicles Remastered Edition ini hingga hadir ke platform Android!
Jadi macam mana? Tidak sabar untuk ketahui lebih lanjut tentang permainan ini? “Versi pratonton” Final Fantasy Crystal Chronicles Remastered Edition akan dimainkan di TGS minggu ini, jadi lebih banyak maklumat mengenai ciri-ciri baru harus lebih awal daripada kemudian.
Sumber: Droidgamers
@gamersantaimy
Discussion about this post