Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sudah Tiba Masa Untuk Hasilkan Final Fantasy Tactics Baharu, Menurut Yoshi-P

Maira by Maira
April 8, 2024
in Artikel, Berita, Game
0 0
0
Sudah Tiba Masa Untuk Hasilkan Final Fantasy Tactics Baharu, Menurut Yoshi-P
Share on FacebookShare on Twitter

Sudah 17 tahun berlalu sejak pelancaran game terbaru Final Fantasy Tactics (FFT). Boleh dikatakan bahawa game itu telah menjadi game kegemaran ramai malah menjadi inspirasi kepada banyak game strategi kini. Dengan lebih dua dekad spin-off itu dilancarkan, sudah tentu ramai yang inginkan entri baharu untuk Final Fantasy Tactics dan producer Final Fantasy 16 juga nampaknya menyokong idea tersebut.

Sumber: Square Enix

Semasa temu ramah bersama TheGamer di PAX East, Producer Final Fantasy, Naoki Yoshida ataupun Yoshi-P bersama-sama direktor Taeko Kujiraoka dan direktor lokalisasi Michael-Christopher Koji Fox masing-masing menunjukkan rasa suka mereka terhadap siri Final Fantasy Tactics.

Media itu sempat bertanyakan soalan jika Final Fantasy 16 boleh digunakan sebagai asas untuk entri Tactics yang baharu tetapi ketiga-tiga pembangun itu bersetuju bahawa game itu bukanlah tajuk yang sesuai untuk bangkitkan siri tersebut.

Sumber: Square Enix

Yoshi-P juga merasakan Eikon Final Fantasy 16 tidak boleh diterjemah dengan baik untuk game Tactics. Katanya “Bagaimana kami ingin hasilkan Eikon lawan Eikon dalam gaya itu? Jika anda ada Eikon, berapa banyak kotak yang diperlukan untuk satu Eikon? Anda juga mempunyai ramai orang di luar, jadi bagaimana dengan masa menunggunya?”

Walaupun seperti tiada harapan untuk entri baru dihasilkan, tetapi apa yang didedahkan oleh Yoshi-P agak menarik. Menurutnya, ramai daripada stafnya telah menghasilkan FFT atau Final Fantasy 12. Dia turut berasa gembira melihat ramai peminat yang inginkan entri baru Tactics malah mengatakan sudah tiba masanya untuk entri baru Tactics dihasilkan.

“Tetapi siri ini sesuai dengan penceritaan jenis itu, dan kami juga menyukai Tactics. Mungkin sudah tiba masanya kita melakukan yang baharu.”

Sumber: Square Enix

Membaca kata-kata Yoshi-P itu sudah tentu membuatkan ramai peminat yang ingin entri baru Tactics menjadi realiti. Tetapi seperti yang ramai tahu, Square Enix nampaknya seperti tiada rancangan untuk menghasilkan game tersebut buat masa ini. Walaupun begitu, kita telah diperkenalkan dengan pelbagai game strategi menarik sejak beberapa tahun ini, termasuklah Unicorn Overlord yang telah dilancarkan pada bulan lalu. Jadi ada sahaja game yang peminat game strategi boleh mainkan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: final fantasyNaoki YoshidaYoshi-P
ShareTweetSend
Previous Post

TableCon Quest 2024 Bakal Berlangsung Pada Jun Ini di Singapura!

Next Post

JDM: Rise of the Scorpion Akan Tersedia Secara Percuma! Prolog Khas Japanese Drift Master!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
JDM: Rise of the Scorpion Akan Tersedia Secara Percuma! Prolog Khas Japanese Drift Master!

JDM: Rise of the Scorpion Akan Tersedia Secara Percuma! Prolog Khas Japanese Drift Master!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd