Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Pandangan Pertama] Stellar Blade Demo — Combat Penuh Moveset Menarik, Kawalan Perlu Ditambah baik

Maira by Maira
March 27, 2024
in Action, Artikel, Berita, Game, Pandangan Pertama, PS5
0 0
0
[Pandangan Pertama] Stellar Blade Demo — Combat Penuh Moveset Menarik, Kawalan Perlu Ditambah baik
Share on FacebookShare on Twitter

Diperkenalkan sebagai Project EVE pada 2019, game Stellar Blade nampaknya sudah bersedia untuk menemui pemain pada bulan April nanti. Kalau anda ingin tahu, game ini merupakan game AAA pertama oleh studio SHIFT UP yang popular dengan game mobilenya, Goddess of Victory: NIKKE. Dengan keluaran demonya tidak lama lagi, kami telah berpeluang untuk mencuba demo Stellar Blade dengan lebih awal. Jadi tanpa membuang masa, ini merupakan pandangan pertama kami untuk demo Stellar Blade!

Cerita

Buka sahaja demo game, terdapat dua mode yang tersedia untuk dipilih iaitu Story dan Normal. Ia seperti tahap kesukaran untuk anda pilih sebelum mula bermain. Buat anda yang ingin pengalaman yang mencabar, bolehlah pilih Normal. Kalau anda ingin menikmati cerita game dan mahu bermain dengan lebih santai, bolehlah pilih mode Story. Tidak kiralah mode mana yang anda pilih, anda boleh menukarnya pada bila-bila masa tanpa mengulangi semula progress game daripada awal.

Sumber: SHIFT UP

Cerita Stellar Blade membawa kita mengikuti ahli 7th Airborne Squad bernama EVE yang dihantar ke Bumi untuk selamatkan manusia daripada raksasa Naytiba. Misi berakhir dengan tragedi apabila hampir semua ahli skuad itu terkorban termasuklah komander Tachy yang telah membantu EVE untuk selamatkan diri sebelum dia sendiri menjadi mangsa keganasan Naytiba.

EVE akhirnya diselamatkan oleh seorang manusia bernama Adam yang akan menjadi rakannya dalam game ini. Walaupun tidak terlibat secara langsung dalam battle, Adam membantu EVE dalam setiap langkahnya di medan perang dengan memberi sokongan melalui dron terbang untuk mengimbas kawasan sekitar serta mengesan objek.

Sumber: SHIFT UP

Bila alami ceritanya, ia mengingatkan kami kepada game NieR: Automata. Bukan setakat cerita malah reka bentuk EVE turut menyerupai 2B dalam pelbagai aspek. Tidak pelik sebenarnya melihat perkara ini kerana direktor game mengaku bahawa NieR: Automata telah meninggalkan kesan yang besar pada dirinya malah merupakan inspirasi untuk game ini. Walaupun begitu, Stellar Blade mempunyai identitinya tersendiri melalui sistem combat game itu.

Combat

Sejujurnya combat game ini agak sukar untuk kami nilaikan kerana walaupun ia mempunyai sistem combat yang kukuh, penuh dengan moveset serta combo hebat untuk dipelajari, agak sukar untuk kami biasakan diri dengan kawalannya. Ia seakan-akan tidak begitu fleksibel dan terasa kurang reponsif.

Sumber: SHIFT UP

EVE dilengkapi dengan senjata seperti pedang yang mempunyai banyak kebolehan terikat padanya. Anda boleh memberikan serangan normal, serangan berkuasa, gabungan antara kedua-dua serangan termasuklah akses pada empat serangan utama yang anda boleh gunakan selepas mengumpul tenaga yang cukup. Terdapat juga serangan istimewa yang boleh meneruskan serangan anda kepada musuh untuk menjatuhkan pertahanan mereka.

Selebihnya, kita ada elak atau block attack, lompat, parry dan Blink, di mana anda bergerak dengan laju ke belakang musuh untuk mengelak serangan kuat musuh. Beberapa daripada moveset ini memerlukan masa yang teliti, terutamanya parry dan mengelak, yang anda boleh tangkis dengan counter attack yang berkuasa supaya musuh anda tidak lagi berdaya. Ini juga membolehkan anda untuk memberikan serangan kombo. Teknik ini memerlukan detik yang sempurna dan agak mencabar untuk dikuasai. Ini antara sebab mengapa kami rasa kawalannya kurang responsif dan fleksibel.

Sumber: SHIFT UP

Pergerakan dalam Stellar Blade bagi kami elok sahaja tidak kiralah anda mengayun senjata atau melakukan pergerakan lain. Tetapi boleh nampak perbezaan yang ketara apabila bermain dalam mode Graphic dengan Prioritize Resolution. Walaupun tetapan grafik diubah kepada Prioritize Performance atau Balance, prestasi game sememangnya mantap tanpa mengorbankan grafik begitu banyak. Walaupun begitu, pergerakan EVE masih tidak selancar yang kami bayangkan. Serangan udara juga seperti tidak begitu penting dalam game dan kelihatan seperti bonus sahaja. Pertahanan watak juga lebih terdedah jika anda tidak parry atau menghalang serangan yang tiba.

Sumber: SHIFT UP

Ada beberapa musuh yang mampu menyerang dengan pantas sehingga susah untuk dijangka, parry game pula terasa agak perlahan untuk menyekat segala serangan pantas itu. Kadang-kadang sampai kami kena tunggu animasi serang atau kebolehan tamat untuk melakukan pergerakan yang lain. Lebih daripada sejam kami habiskan dalam mode latihan untuk betul-betul memahami sistem combat. Walaupun begitu, kami masih tidak begitu selesa ketika bermain. Perkara yang paling jelas sekali dalam game ini adalah ia mempunyai detik-detik yang membuatkan game itu sendiri tidak mampu membaca segala input yang ditekan pemain.

Sepanjang bermain sehingga battle pertama dengan boss Abaddon, boleh dikatakan kami agak enjoy. Penerokaan dalam game ini walaupun linear, ia mampu menyampaikan dunia pasca-apokaliptik dengan baik. Ditambah pula dengan soundtrack yang hebat tidak kiralah semasa dalam pertarungan yang sengit, meneroka atau bersantai di Camp, memang sedap betul lagunya.

Sumber: SHIFT UP

Kandungan tambahan

Selepas berjaya menyelesaikan demo Stellar Blade ini, ada kejutan yang anda akan dapat! Kejutan tersebut adalah Boss Challenge menentang Stalker yang anda boleh akses melalui Main Menu. Anda boleh ulang berkali-kali cabaran ini. Boleh tahan juga untuk kalahkan boss ini kerana ia mempunyai moveset yang paling agresif dan susah untuk dijangka dalam versi demo ini. Tetapi kalau anda memilih tahap kesukaran yang lebih mudah, tentunya tiada masalah untuk boss ini dikalahkan. EVE dalam cabaran ini juga mempunyai lebih banyak akses kepada kebolehan yang tersedia. Anda juga boleh pakaikan kostum baru serta aksesori pada EVE.

Sumber: SHIFT UP

Pendapat

Secara ringkasnya, Stellar Blade nampaknya membawa sistem combat yang agak susah untuk dimahiri buat masa ini. Tetapi itu pastinya boleh ditambah baik oleh pembangun menjelang pelancarannya nanti. Game ini juga mempunyai banyak perkara lain yang membuatkan pengalaman bermain tidaklah begitu teruk. Dengan reka bentuk dunia yang menggambarkan dunia pasca kemusnahan dengan baik serta soundtrack yang hebat, Stellar Blade mempunyai potensi yang besar untuk berjaya. Harap-harap game penuh nanti lebih baik berbanding versi demo ini.

Sumber: SHIFT UP

Stellar Blade akan dilancarkan secara rasmi pada 26 April 2024 di PlayStation 5. Anda boleh mainkan demo game ini pada 29 Mac 2024. Untuk segala berita mengenai game ini, anda boleh klik pautan ini.

Tags: Stellar BladeStellar Blade Demo
ShareTweetSend
Previous Post

Dragon’s Dogma 2 Review (PC) — Pengembaraan Penuh Huru-hara! Sistem Combat Lebih Menyeronokkan!

Next Post

Infinix Note 40 Pro 5G Review: Telefon Mantap & Berkuasa Buat Gamer Tanpa Koyak Dompet!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!
Promosi

RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!

June 5, 2026
BrownDust2 Tersedia Untuk Main Di Launcher PC Rasmi Sempena Ulang Tahun Ke-3!
PC

BrownDust2 Tersedia Untuk Main Di Launcher PC Rasmi Sempena Ulang Tahun Ke-3!

June 5, 2026
Next Post
Infinix Note 40 Pro 5G Review: Telefon Mantap & Berkuasa Buat Gamer Tanpa Koyak Dompet!

Infinix Note 40 Pro 5G Review: Telefon Mantap & Berkuasa Buat Gamer Tanpa Koyak Dompet!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd