Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Infinix Note 40 Pro 5G Review: Telefon Mantap & Berkuasa Buat Gamer Tanpa Koyak Dompet!

Maira by Maira
March 29, 2024
in Artikel, Berita, Review, Review Produk, Smartphone, Teknologi
0 0
0
Infinix Note 40 Pro 5G Review: Telefon Mantap & Berkuasa Buat Gamer Tanpa Koyak Dompet!
Share on FacebookShare on Twitter

Infinix telah pun melancarkan Infinix Note 40 Pro 5G baru-baru ini. Dengan pelbagai penambahbaikan serta ciri hebat seperti pengecasan pantas, sudah pasti telefon ini menarik perhatian ramai. Dengan memberi tumpuan kepada gamer dengan fokus pada prestasi lancar, kawalan tepat, pengalaman gaming yang mengasyikkan dan harga yang cukup baik untuk mereka yang mempunyai bajet tertentu, Infinix Note 40 Pro 5G boleh dikatakan antara telefon terbaik untuk dimiliki sekarang. Ingin tahu kenapa? Teruskan baca review penuh kami untuk telefon ini!

Paparan ultra-lancar

Paparan AMOLED melengkung 3D mencipta pengalaman yang lebih imersif, terutamanya dengan game yang menggunakan format skrin lebar. Lengkungan tepi menambah sentuhan elegan dan menjadikannya selesa untuk dipegang untuk masa yang lama. Dengan sokongan refresh rate 120 Hz, telefon ini memastikan visual yang lancar untuk detik aksi dan pergerakan pantas dalam game. Ia kelihatan sangat jelas serta memberikan anda kelebihan daya saing.

Walaupun Note 40 Pro 5G menawarkan paparan AMOLED yang baik dengan 120Hz, tidak semua game yang menawarkan sokongan untuk 120Hz. Jadi anda mungkin tidak dapat memanfaatkan kelebihan paparan ini pada beberapa game.

Pengecasan pantas 45W & Pengecasan Wayarles

Infinix Note 40 Pro 5G mempunyai 45W All-round Fast Charge 2.0, membolehkan anda mengecas bateri 5000mAh dengan cepat apabila diperlukan. Anda boleh jangka untuk mengecas telefon anda dengan cepat daripada 0% hingga 50% dalam masa 19 minit. Alang-alang menunggu, sempat lagi untuk anda membancuh kopi sebelum sambung sesi gaming atau menonton filem.

Jika anda jenis yang tidak suka untuk mengecas menggunakan wayar kabel yang kadang-kadang nampak serabut, ada pilihan untuk anda mengecas telefon ini secara wayarles. Telefon ini menyokong pengecasan wayarles 20W. Setiap pembelian Infinix Note 40 Pro 5G hadir dengan MagCase bersama-sama MagPower yang merupakan gabungan hebat untuk pengecasan wayarles. Anda juga boleh sahaja menggunakan MagCharge untuk mengecas secara wayarles tetapi aksesori ini dijual secara berasingan.

Walaupun kelajuan pengecasannya sedikit perlahan, tetapi anda tidak perlu bersusah payah mencari kabel untuk mengecas phone anda. Letakkan sahaja pada MagCharge atau menggunakan MagPower, telefon akan terus dicas.

Prestasi hebat

Dikuasakan oleh cipset MediaTek Dimensity 7020 5G, anda boleh mendapatkan pengalaman gaming yang lancar dengan sokongan rangkaian mudah alih 5G. Direka sebagai peranti mid-range, cipset ini secara khusus memfokuskan pada mengimbangi prestasi dan kecekapan kuasa. Untuk tugas harian dan game yang memerlukan kuasa yang tinggi, anda boleh harapkan prestasi lancar dan pengalaman gaming tanpa lag atau sangkut dengan sokongan daripada XBOOST.

Prestasi gaming

Untuk menguji prestasi telefon ini, kami telah memilih untuk bermain Mobile Legends: Bang Bang untuk melihat prestasi MediaTek Dimensity 7020 5G. Kami telah mainkan game ini menggunakan Performance Mode telefon.

Mobile Legends: Bang Bang mampu dimainkan dengan 60FPS stabil dengan menggunakan tetapan game Ultra dan High Frame Rate ditetapkan kepada High. Dengan High Frame Rate ditetapkan pada Super, Infinix Note 40 Pro 5G mempunyai purata FPS sekitar ~88 FPS.

Pengalaman game stabil dengan XBOOST

Dengan kehadiran XBOOST, ia membantu mengekalkan frame rate yang konsisten untuk game seperti Mobile Legends: Bang Bang. Sebab itu game tersebut boleh mencapai purata 88.8 fps pada tetapan grafik Ultra dan High Frame Rate yang ditetapkan pada Super. Ini sudah tentu memberikan anda kuasa yang cukup untuk mengalahkan musuh-musuh anda dalam game itu.

Ciri ini juga berfungsi dengan mengoptimumkan sumber sistem dan mengutamakannya untuk game yang anda mainkan. Ini memastikan telefon mengutamakan kuasa pemprosesannya untuk menyampaikan prestasi terbaik dalam game.

Kawalan sentuh yang responsif

Telefon ini menggunakan algoritma perisian untuk mengenal pasti kawasan sentuhan yang ditetapkan pada lengkungan tepi, meminimumkan sentuhan tidak sengaja didaftarkan sebagai input yang disengajakan.

Dengan menghapuskan sentuhan yang tidak disengajakan, anda boleh fokus pada game tanpa sebarang kerisauan tentang perkara seperti anda keluar daripada game atau ke halaman utama telefon. Ciri ini sangat berharga untuk pemain kompetitif yang bergantung pada kawalan sentuh yang tepat.

Maklum balas haptic yang imersif

Wide-band X-Axis Linear Motor menyediakan rangkaian maklum balas haptik yang lebih luas berbanding motor getaran biasa. Anda akan dapat merasakan aksi dalam game dan persekitaran dengan lebih terperinci, membawa anda masuk ke dunia game.

Gabungan haptik yang tepat dan visual yang mengagumkan pada paparan mencipta pengalaman gaming 4D yang benar-benar mengasyikkan, menjadikan anda berasa lebih terhubung dengan aksi pada skrin.

Dua Speaker dengan JBL Sound

Infinix Note 40 Pro 5G mempunyai dua speaker, menawarkan bunyi stereo untuk pengalaman yang lebih mengasyikkan berbanding dengan satu speaker sahaja. Ini membolehkan anda mendengar bunyi daripada pelbagai arah dengan lebih baik dalam game serta menikmati muzik dan filem.

Speaker ditala oleh JBL dan dianugerahkan dengan Hi-Res Certification, anda boleh menjangkakan bunyi yang lebih mantap dengan bass yang lebih dalam, lebih jelas dan kualiti audio yang lebih baik secara keseluruhan berbanding speaker yang tidak ditala dalam telefon pintar pada julat harga ini dalam pasaran sekarang.

Sokongan perisian

Note 40 Pro 5G didatangkan dengan XOS 14 berdasarkan Android 14. Infinix menjanjikan dua kemaskini perisian versi Android utama untuk Infinix Note 40 Pro 5G. Ini bermakna anda akan menerima ciri Android terbaharu selama dua tahun selepas keluaran awal telefon dan tampung keselamatan sehingga tiga tahun di samping dua peningkatan versi Android utama. Ini memastikan telefon anda kekal selamat dengan kemajuan terkini pada Android.

Perbandingan dalam pasaran

Pada tanda harga RM 1,098, hanya ada beberapa telefon lain yang mempunyai build sama yang boleh bersaing dengan Infinix Note 40 Pro 5G. Telefon ini menawarkan paparan terbesar pada 6.78 inci berbanding telefon yang menawarkan saiz seperti 6.67 inci dan 6.72 inci.

Walaupun mempunyai kapasiti bateri yang sama iaitu 5000mAh dengan pengecasan berwayar 45W, Infinix Note 40 Pro 5G lebih menonjol kerana ia menawarkan MagCharge wayarles 20W serta pengecasan reverse untuk kedua-dua cara mengecas.

Perkara yang kurang pada Infinix Note 40 Pro 5G hanyalah cipsetnya, Mediatek Dimensity 7020. Ia masih lagi cipset yang bagus untuk sesi gaming dan mempunyai kecekapan kuasa yang baik berbanding Mediatek Dimensity 6080 dan Mediatek Dimensity 6100+.

Sesi gaming tanpa masalah dengan 5G

Dengan liputan 5G semakin meluas di Malaysia, sokongan 5G pada telefon ini sememangnya satu kelebihan yang bagus, lebih-lebih lagi buat gamer. Tidaklah anda tiba-tiba hilang sambungan internet semasa bermain. Malah kepantasan 5G juga lebih baik berbanding 4G, yang pastinya membuatkan sesi gaming anda berjalan lancar.

Kesimpulan

Jika anda sedang mencari telefon bajet baharu yang mengutamakan pengalaman gaming yang lancar, paparan yang menakjubkan dan ciri-ciri inovatif untuk game anda, Infinix Note 40 Pro 5G adalah pilihan yang baik pada harga RM 1,098.

Kalau anda inginkan alternatif yang lebih mesra bajet, Infinix Note 40 mungkin pilihan yang sesuai untuk anda. Ia mengekalkan beberapa ciri hebat pada Infinix Note 40 Pro 5G seperti AMOLED 120Hz, pengecasan pantas 45W dan pengecasan wayarles 20W, kamera Super-Zoom 108MP, dua speaker oleh JBL.

Satu-satunya perbezaan utama antara kedua-dua telefon ialah Infinix Note 40 biasa menggunakan cipset Mediatek Helio G99 Ultimate yang agak rendah prestasinya berbanding Mediatek Dimensity 7020 Pro. Walau bagaimanapun, ia tidak akan menjejaskan pengalaman gaming kerana anda masih boleh mainkan game seperti Mobile Legends: Bang Bang pada sekitar 60 FPS dan bukannya 88 FPS seperti model Pro.

Infinix Note 40 bermula pada harga RM898 manakala Infinix Note 40 Pro 5G bermula pada harga RM1,098. Kedua-dua telefon tersedia dalam warna: Obsidian Black, Titan Gold, Vintage Green. Tidak kiralah anda mendapatkan varian biasa atau pro, kedua-duanya menawarkan paparan skrin yang menawan, pengecasan pantas dan sokongan perisian yang baik. Ini menjadikannya pilihan yang tepat untuk kegunaan harian selain daripada gaming.

Anda sudah boleh dapatkan telefon ini melalui kedai rasmi Infinix. Untuk promosi jualannya, anda berpeluang untuk mendapatkan MagPower yang bernilai RM 69 secara percuma dengan setiap pembelian NOTE 40 Pro 5G atau NOTE 40 selagi stok masih ada. Anda boleh mendapatkan telefon ini melalui kedai offline dan kedai online seperti berikut:

  • Lazada
  • Shopee
  • TikTok Shop

Untuk mendapatkan segala liputan mengenai produk Infinix daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: InfinixInfinix NOTE 40Infinix NOTE 40 Pro 5G
ShareTweetSend
Previous Post

[Pandangan Pertama] Stellar Blade Demo — Combat Penuh Moveset Menarik, Kawalan Perlu Ditambah baik

Next Post

Corpse Party II: Darkness Distortion Bakal Lancar Secara Global Hujung Tahun 2024!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

BIC Festival 2025 Tampilkan Visual Utama, Janjikan Pengalaman Gaming Indie Bertemakan Kosmik
Acara

BIC Festival 2025 Tampilkan Visual Utama, Janjikan Pengalaman Gaming Indie Bertemakan Kosmik

May 9, 2025
Mafia: The Old Country Bakal Dilancarkan 8 Ogos 2025
Berita

Mafia: The Old Country Bakal Dilancarkan 8 Ogos 2025

May 9, 2025
Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!
Berita

Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!

May 8, 2025
Next Post
Corpse Party II: Darkness Distortion Bakal Lancar Secara Global Hujung Tahun 2024!

Corpse Party II: Darkness Distortion Bakal Lancar Secara Global Hujung Tahun 2024!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd