Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

5 Fighter Terkuat untuk Meta Mobile Legends buat masa ini! [September 2019]

Tanky tetapi masih membunuh.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 6, 2019
in Android, Artikel, Berita, Bimbingan, iOS, Mobile
0 0
0
5 Fighter Terkuat untuk Meta Mobile Legends buat masa ini! [September 2019]
Share on FacebookShare on Twitter

Fighter merupakan salah satu peranan penting dalam Mobile Legends. Ia penting kerana tanpa fighter, pasukan akan merasa sukar untuk melibatkan diri di dalam team fight. Fighter ditugaskan untuk memulakan war dan membunuh barisan hadapan pasukan musuh. Seramai 26 orang Fighter kini ada di Mobile Legends dan seperti biasa, hanya lima Fighter terbaik sahaja saya akan pilih untuk bulan September ini. Siapakah yang terpilih? Jom kita usya list di bawah.

Aldous

Aldous adalah mimpi ngeri untuk mana-mana hero dengan pertahanan dan nyawa yang rendah seperti marksmen dan mage kerana Aldous mempunyai keupayaan untuk membunuh mereka dalam satu pukulan sahaja. Aldous boleh menyerang formasi belakang musuh kerana skill ultimate-nya. Kerana burst damage-nya terlalu banyak, Aldous adalah salah satu fighter yang masih dipakai hari ini dan sering di-BAN di Rank bawah.

Leomord

Ksatria menunggang kuda ini adalah sebahagian daripada senarai fighter terbaik setiap bulan kerana hero ini mempunyai damage dan pertahanan yang tinggi. Apabila Leomord menggunakan skill Ultimate-nya dan menunggang kuda, beliau boleh menggangu formasi musuh kerana serangannya AOE yang sangat besar. Selain daripada mempunyai skill crowd-control, kudanya juga menghasilkan nilai damage yang besar bersama Leomord. Mana-mana hero pasti merasa sukar untuk berlawan 1v1 dengan Leomord.

Dyrroth

Hero yang baru-baru ini menerima skin hasil kerjasama dengan King of Fighter membuat kemunculan di senarai Fighter terbaik Mobile Legends bulan ini. Dryrroth mempunyai pelbagai kelebihan seperti serangan AOE yang besar, lifesteal yang banyak, dan burst damage yang dahsyat. Dengan mempunyai kelebihan ini, Dyrroth akan sentiasa mempunyai kelebihan menentang mana-mana hero musuh. Dyrroth juga boleh digunakan sebagai assassin dalam pasukan kerana set kemahiran yang membolehkannya mengejar musuh.

Chou

Populariti Chou sentiasa tinggi sehingga sekarang. Walaupun berkali-kali di-NERF, Chou masih dipilih sebagai fighter terbaik kerana dia boleh digunakan untuk banyak peranan seperti tank, fighter, dan juga assassin. Fleksibiliti ini menjadikan Chou seorang hero yang boleh mengisi apa-apa peranan yang diperlukan oleh pasukan. Selain daripada versatil, Chou mempunyai kelebihan lain seperti crowd-control yang menjengkelkan, dan Chou juga immune terhadap crowd-control musuh apabila menggunakan skill keduanya.

X.Borg

Hero ini sentiasa diharamkan di Rank Epic dan kerana satu alasan, terlalu OP. X.Borg mempunyai banyak kelebihan berbanding fighter lain seperti ADS yang tinggi, perisai yang tahan lama dan cooldown yang pendek untuk skillnya. X.Borg juga mempunyai keupayaan rahsia, iaitu dia tidak boleh dibunuh oleh serangan maut seperti serangan Aldous ketika perisainya aktif.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AldousChouDyrrothFighterLeomordMobile LegendsX.Borg
Previous Post

The Sims 4 menerima Content Inspirasi Islam untuk Ulang Tahun ke-5!

Next Post

13 September Ini – New Game+ Untuk Days Gone

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
13 September Ini – New Game+ Untuk Days Gone

13 September Ini - New Game+ Untuk Days Gone

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd